...Kategori-Kategori Pilihan...

Sunday, October 9, 2011

Penanti Kesepian

Penanti Kesepian

“Mila anggap Fiq kawan sahaja, Mila harap Fiq boleh terima kenyataan yang kita tak mungkin berpasangan. Lagipun kita kan wakil pelajar. Fiq kena ingat ramai yang perhatikan kita” Mila berterus terang perasaannya terhadap aku. Terpaku aku seketika. Hanya kedengaran suara unggas bertebangan.
“Tapi hati Fiq ..”
“Cukup la Fiq, Mila faham. Mila memang sayangkan Fiq tapi Mila tak boleh nak terima Fiq. Mila tak bersedia untuk mencari seseorang mengantikan tempat Adi. Kita di sini tak lama Fiq. 2 tahun saja. Lepas 2 tahun nanti Fiq mesti akan lupakan Mila. Asal kita berlainan. Fiq di Kedah, Mila pula Di Johor. Sudah la Fiq, tak mungkin kita bersama.” Mila menambah penerangannya terhadap aku.
“Kalau begitu tak apa la. Fiq paham Mila mungkin ingat Fiq Cuma nak permainkan Mila. Maaf la kalau selama ini Fiq menganggu ketenangan Mila. Cuma Fiq tak boleh nak kawal perasaan Fiq dah. Mulai hari ini, Fiq dah buat keputusan Fiq tetap akan tunggu Mila sampai Mila terima diri Fiq. Tak apa la Mila, ada orang datang tu. Nanti diaorang cakap apa pula kalau nampak kita berdua saja kat sini. Fiq balik dulu. Salam..” aku berlalu pergi meninggalkan Mila keseorang di tepi reban ayam. Hendak saja aku menangis di situ tapi ego lelaki telah menghadkan bahawa aku takkan menangis kerana seorang perempuan.
“Fiq, Mila taknak Fiq tunggu Mila!!!” aku terdengar Mila menjerit dari belakang. Air mataku berlinangan tapi tak aku izinkan ianya turun membasahi pipi. Biarlah aku seorang sahaja memendam rasa.



Beberapa bulan selepas itu, Mila tidak pernah menghubungiku. Aku pula menjadi tak bersemangat untuk meneruskan pelajaran. Mindaku hanya memikirkan dia. Nama aku semakin popular dalam pejabat pensyarah kerana kekurangan disiplin sewaktu kelas. Mana tidaknya, orang mengajar di hadapan, aku di belakang tidur. Orang bagi penerangan dalam kelas ladang, aku bercakap. Orang sampai ke kelas jam 8 pagi, aku pula 8.30 pagi. Segala tindakan aku telah diperhatikan oleh kawan baikku, Yeop.
“Fiq, udah udah le tu. Orang dah tak sudi, usah dikenang” Yeop menasihatkan aku.
“Tapi Yeop, aku tak boleh nak lupakan dia” aku membalas sambil menyedut rokok Astro yang baru dibeli dekat kedai hadapan.
“Mu ni, kawe tengok mu da makin teruk. Rokok sokmo mu ni. Mu nak mampuh cepat ke?” Abe menambah nasihat Yeop.
“aku bukan apa Abe, Yeop. Hidup aku macam dah takdak makna dah. Susah aku nak belajar kalau dah jadi mcm ni. Macam aku kat poli dulu. Hampa Cuma tau aku berenti poli sebab masuk sini. Hampa tau kan ex aku sapa?” aku menyoal kembali dua orang sahabat aku
“kalau kawe dop salah, nama dalam facebook dia tu Lady Coco tu kang?, kawe lupo lak nama gapo dia betol” Abe menjawab pertanyaanku.
“Mai ni aku nak ghoyat kat mu Abe ngan Yeop” aku menceritakan kepada mereka..


2 tahun yang lepas...
“Fiq, Enel nak bagitau 1 perkara ni”
“Apa dia Enel, kejap lagi boleh tak? Fiq tengah ada masalah ni.”
“Enel nak break dengan Fiq. Antara kita dah tak boleh nak bersama. Hati Enel dah tak ada kat Fiq. Buat apa Enel nak terus bersama dengan Fiq kalau hati Enel kat orang lain.”
Aku terpaku. Perasaanku bercampur aduk. Sedih, marah, geram, semuanya ada. Bayangkanlah orang yang aku betul-betul sayang, yang telah aku korbankan segalanya. Bukan aku nak berkira, tapi aku rasa menyesal kerana jadi ****h sebab cinta aku bertepuk sebelah tangan.
“Enel, kenapa Enel buat macam ni kat Fiq? Tak cukup lagi ke sayang yang Fiq bagi kat Enel? Enel jangan la buat lawak macam ni, Fiq tengah serabut nak final ni. Fiq harap Enel faham keadaan Fiq macam mana sekarang ni dan jangan bebankan Fiq..”
“Sudah la Fiq, Enel tak tahu nak cakap macam mana. Hati Enel dah tawar untuk bercinta dengan lelaki. Termasuk Fiq. Enel akui Fiq memang baik. Bukan niat Enel nak permainkan Fiq sepanjang 3 tahun kita berkawan tapi hubungan ni dah terlalu lama. Enel harap Fiq faham.” Enel memberi penjelasan. Sukar untukku terima kenyataan mahligai indah yang telahku bina bersama-sama Enel kini menjadi pusara cinta yang sepi.
“Terimalah kenyataan Fiq. Maafkan Enel...” aku letakkan telefon bimbitku sebelum dia sempat menghabiskan ayat terakhir. Tak sanggupku untuk mendengar suara perempuan yang aku cintai memohon dilepaskan.
Nokia 1200 aku berdering. Aku menerima sms memohon kemaafan daripada Enel. Aku redhai pemergiannya. Tiada guna bersama kalau tiada persefahaman. Mungkin aku dah tak memahami apa kesukaan Enel, apa ketidaksukaan Enel, dan mungkin Enel sudah tidak memahami aku.



“Fiq, En Ally nak jumpa mu. Ada benda gapo deh dia nak kecek ngan mu” Abe memberitahuku bahawa Timbalan HEP hendak berjumpa dengan aku.
“Mu buat masalah gapo lagi nih?”
“aku tak pergi kelas dia kmarin. Tu jer”
“Huk alo.. da brapo kami mu dop g kat kelas dia? Mu tahu dok mu leh kena bar sokmo final kalau asik macam nih”
“aku nak berenti la Abe” aku meluahkan perasaanku.
“Mu biar betol ni Fiq, kito da nak stahun da sini.” Abe tak berpuas hati dengan jawapan aku.
“Betol sokmo deh” aku membalas dalam pelat kelantan Abe.



Di bilik pensyarah...
Aku tertunduk rapat. Mendengar leteran EN Ally merupakan satu jangkamasa yang panjang. Biasa la, orang da ada pangkat memang suka bagi nasihat kepada mereka-mereka yang tidak punya pangkat sepertinya.
“kalau betul awak hendak berhenti, baiklah. Saya akan uruskan. Tapi saya bagi awak satu minggu untuk fikir masak-masak. Minta maaf la kalau soalan terakhir saya nak tanya ni menyentuh peribadi awak.” En Ally cuba mengorek rahsia aku.
“Tanya la encik. Tak ada hal la.” Aku membalas dengan relaks.
“Saya dapat tahu awak ada masalah hubungan dengan kawan awak, Mila.” En Ally cuba menduga perasaan aku.
“Eh! Mana Encik tahu semua ni?” aku terperanjat dengan soalan yang diajukan sebentar tadi.
“Biasa la Fiq, saya pun pernah muda. Saya pun pernah bercinta. Situasi saya sama seperti kamu suatu ketika dahulu. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Kamu kena ingat , kamu tu wakil pelajar. Dia pun wakil pelajar. Saya tak salahkan kamu nak berkawan dengan dia. Cuma biarlah kena pada caranya.” En Ally menambah motivasinya kepadaku. Aku menjadi semakin bersemangat untuk mendengar motivasi daripada orang yang pernah melalui hal seperti aku sendiri.
“Maksud saya biarlah kamu habiskan pengajian kamu dahulu. Jangan sebab dia tidak melayan kamu, kamu terus berputus asa. Perempuan ni senang sahaja saya nak beritahu. Mereka pada usia muda biasanya akan mencari lelaki yang mereka sayangi tapi bila dah lepas daripada peringkat matang, mereka akan terima sesiapa sahaja yang boleh menerima mereka seadanya. Kenapa saya cakap begitu? Sebab mereka perlukan tempat untuk bergantung.” En Ally terus membasuh aku dalam biliknya.



Berita tentang aku hendak menamatkan pengajian pada semester 2 ternyata menjadi perhatian para pelajar. Banyak gosip-gosip panas mengatakan aku berhenti kerana mendapat tawaran kerja tapi hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengapa aku ingin berhenti dari ters belajar di sana.
Mila akhirnya menghantar mesej kepada ku. “Kenapa Fiq jadi macam ni? Fiq tak sayangkan mak ayah Fiq ke yang Fiq buat macam ni”
“Bukan Fiq tak sayang. Tapi Fiq tak boleh nak teruskan pengajian Fiq di sini. Makin hari makin teruk. Mila takkan faham keadaan Fiq”
“Mila taknak sebab Mila , Fiq berhenti dari pengajian. Mila tahu, Mila yang jadi punca segalanya. Perubahan Fiq, semua tu Mila perasan. Sudah la Fiq, Hentikanlah dari terus menunggu Mila.”
“Fiq harap Mila hormat keputusan Fiq. Fiq betul-betul dah tak boleh nak terima kenyataan.” Aku berterus terang dengan Mila. Deringan telefon bimbitku berbunyi. Aku meneliti nama di skrin, “Mek La”... aku menjawab dan terus berkata...
“Selamat tinggal Mila... mungkin Mila tak pernah anngap Fiq sebagai seorang kekasih, tapi bagi Fiq , Mila lah kekasih Fiq, Tak pernah Fiq rasa sedih seperti sekarang ni. Fiq betul-betul sayangkan Mila. Dan kalau ada jodoh, Fiq akan hantar rombongan ke rumah Mila. Fiq akan pergi tingalkan IPT kita. Fiq harapkan Mila dapat menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa yang ceria. Jangan pendamkan masalah Mila sangat tau” aku berterus terang kuputusan muktamad ku.



5 tahun telah berlalu...
“En Taufiq, kita berjaya dapatkan tender daripada kerajaan negeri untuk sesi pengambaran bagi majalah PESEMAI. Dan kita akan bergerak ke setiap institut pertanian di seluruh Malaysia.”
Aku kini merupakan ketua bahagian Multimedia untuk Syarikat kepunyaan abang saudaraku. Terkenang kembali sewaktu aku menjadi Ketua Exco Multimedia di IPT. Ah, di mana Mila sekarang. Aku telah berusaha mencarinya sebaik sahaja aku mendapat kerjaya dalam goverment. Mila.. gadis johor yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Suaranya, senyumannya, gelak tawanya.. semua itu masih segar di ingatanku.
“En Taufiq?” Setiausaha aku menegur aku. Aiseh, boleh mengelamun pula waktu kerja.
“ Ye saya. Baiklah, esok awak postkan surat ke setiap institut pertanian. Kita akan bergerak ke setiap IP. Make sure awak dapatkan senarai nama bagi setiap pelajar, pensyarah. Saya tak mahu jadi macam kita uruskan pengambaran staf-staf di Jabatan Pertanian Kota Bharu minggu lepas.” Aku memberi arahan kepada setiausahaku.
“Baik Encik”
Pintu ditutup kemas dan tinggal aku keseorangan dalam bilikku. Interkom aku berbunyi. “En, maaf menggangu, jam 2 petang hari ini encik ada mesyuarat dengan semua sidang redaksi.”
“Batalkan semua agenda saya hari ini. Saya ada masalah kesihatan. Tolong ya?”



Sedang aku melihat senarai nama pensyarah di institut Pertanian Titi Gantong, aku ternampak nama yang familiar. Mila!! Tersenyum aku bersendirian. Dah jadi pensyarah sekarang. Subjek sains makanan pula tu. Bertambah la semangat aku untuk turun padang sendiri bagi menjayakan program pengambaran di IPTG.
“aku akan kembali.. tunggu aku mila!!!”


Hari yang ditunggu telah tiba. Terkenang kembali detik pengajian aku yang separuh jalan di IPTG. Pokok yang aku tanam sewaktu semester dua dahulu pun masih segar. Aku menghampiri pokok tersebut dan melihat ukiran namaku dan Mila masih disitu. “Fiq & Mila Was Here 2010 / 2011”. Cuma terdapat pertambahan yang aku belum baca. Aku membelek ukiran di pokok tersebut. Terpampang ukiran yang bukan milik aku, “”. Aku masih belum dapat tangkap maksud ayat tersebut.
Aku memasuki bangunan pentadbiran. Masih seperti dahulu. Cuma staff sahaja yang bertukar. “Ya encik, ada apa yang boleh saya bantu?”. Wah! Siap ada penyambut tetamu lagi.
“Saya Tengku Taufiq Tengku Ihsan dari MIAH Company, dan saya berhajat untuk berjumpa dengan tuan pengetua IPTG.” Aku menyatakan hajat aku kemari.
“Maaf encik, Tuan Haji tak ada. Apa kata encik berjumpa dengan timbalan pengetua, Cik Jamilah.
“Mila?” terlepas cakap pula aku di hadapan penyambut tetamu ni.
“Encik kenal ke Cik Mila?” dia cuba beramah mesra. Pandai juga budak ni ajak borak kosong yer. Ni mesti dah tak ada kerja lain dah nak dibuat.
“Kenal la sikit-sikit. Kenalan lama saya. Kami sekelas la dahulu dekat sini” aku pun melayan gadis genit tersebut.
“Cik Mila tu garang. Tapi pendiam. Saya ada dengar cerita tentang dia. Tapi tak pasti la betul ke tidak perkara ni. “ Hish, ajak gosip pulak minah ni aku berkata dalam hati. Alang-alang dengar, baik dengar je terus.
“cer citer..”
“macam ni, khabarnya la kan, dulu ada sorang mamat ni minat kat dia. Tapi cik Mila ni tolak cinta mamat tu. Saya tak ingat dah sapa nama mamat tu. Sebab cik mila tolak cinta dia, dia dah gagal semester waktu tu” penyambut tetamu tersebut terus bercerita. Aku rasa mamat yang disebutkan tu aku.
“mamat tu macam mana lepas gagal semester waktu tu?” aku cuba korek rahsia lagi.
“mamat tu dulu jurukamera kat sini. Lepas kena buang, dengar cerita dia kerja dengan syarikat keluarganya. Itu sajalah yang saya tahu. Cik Mila pula Setiausaha Wakil Pelajar. Lepas mamat tu kena buang sebab gagal, Cik mila menangis. Dia tu pun satu, orang dah suka tak nak terima. Bila dah tak ada, baru nak sedar”
“maksud awak?”
“ye la, mamat tu memang serius nak dekat dia. Dia yang jual mahal. Orang tua-tua cakap, orang yang telah pergi jangan dikenang. Lepas mamat tu pergi dari sini, apa saja kenangan yang ada kaitan dengan mamat tu semua cik mila yang jaga. Barang yang paling dia sayang tu kamera besar tu la. Siap ada box frame lagi untuk kamera tu. Sanggup dia beli kamera baru semata-mata nak tukar dengan kamera yang mamat tu selalu guna.”
“oh! Tak apa la. Boleh saya jumpa dia sekarang?” aku dah makin bosan melayan orang yang suka bergosip. Bukan aku tak suka, tapi malas nak dengar.
“sebentar ya.”



“Fiq?” Mila terkejut melihat aku di depan matanya.
“Maaf cik, saya Tengku. Cik salah orang ni” aku cuba mengelak.
“Fiq, Mila ni. Jangan la buat Mila macam ni.” Mila cuba meminta simpati supaya aku mengenalinya. Aku mengalah akhirnya.
“Yer, saya Fiq. Itu semua kisah dahulu. Dan tujuan Fiq datang sini nak bincang pasal sesi pengambaran. Maaf la kalau saya ada buat salah sebelum ni. Tolong berbincang secara professional.” Aku menyusun kata-kata supaya tidak tewas dengan ego aku yang sebenarnya ingin berbual lama dengan Mila.
Perbincangan yang memakan masa satu jam akhirnya berakhir. Aku berjaya menandatangani surat persetujuan antara MIAH Company dan Institut Pertanian Titi Gantong. Dan sesi pengambaran tersebut akan dilakukan sebulan dari tarikh perjumpaan aku dengan Mila.
“Fiq, ni kad Mila. Kalau free, Fiq call la Mila.” Mila memberikan kad kerjanya kepadaku. Boleh tahan juga pangkat. Timbalan Pengetua Pembangunan merangkap HEP kerana kekurangan kakitangan.
“InsyaAllah kalau diizinkan. Fiq minta diri dahulu. Kita jumpa lagi sebulan ya. Assalamualaikum” aku mengakhiri bicara dengan Mila dalam pejabatnya. Berat kakiku melangkah pergi dari pejabatnya kerana inginku berbual kosong dengan Mila lebih lama. Hendak juga aku pastikan kebenaran cerita si penyambut tetamu itu tadi. Tapi, etika kerjaya lebih penting daripada semua itu. Aku terpaksa menjadi professional style dalam jam bekerja.
Terlihat kamera Nikon D3000 yang berada dalam kotak kaca dalam biliknya. Memang itu kamera yang pernah aku gunakan satu masa dahulu sebagai jurufoto IPTG. Kesan calar pada tepi lensa memang mengiakannya.



Pemanduan pulang ke Putrajaya sememangnya membosankan pada waktu malam. Setiausaha aku telah aku hantar ke kampung siang tadi kerana dia asal dari perak. Maka, pulanglah aku keseorangan ke Putrajaya.
Ternyata mataku tidak mampu untuk menahan kantuk yang terpendam. Aku terleka seketika di atas jalanraya dan akhirnya terbabas. Apa yang terjadi selepas itu aku tidak tahu.


Dan senyapku terbayar. Aku hilang sedar. Terasa diri melayang-layang dalam ruang hitam. Namun cuma sebentar. Aku terjaga ketika diusung masuk ke OT. Nampak muka bertopeng hijau, berkep kepala hijau ramai-ramai. Kemudian aku hilang semula.
Aku tak tahu berapa minit atau jam aku hilang. Yang pasti ketika aku sedar, tiada siapa disisi. Tapi aku terasa sakit itu sudah tiada. Badan lebih ringan. Aku cuba bangun. Boleh. Cuba duduk. Berjaya. Aku sengih. Mungkin aku boleh cuba berdiri? Perlahan aku juntaikan kaki. Tiada selipar. Tak mengapa. Lantai itu sejuk. Aku kuatkan otot kaki. Senang pula aku berdiri. Aku berjalan perlahan keluar dari wad. Aku lemas di situ.
Pintu wad aku tolak perlahan. Berkeriut bunyinya. Aku hayun kaki ke kaunter di sebelah kanan. Sepi. Tiada orang. Pelik. Tapak kaki yang semakin berasa sejuk memaksa aku terus berjalan. Lampu suram disini buat aku takut. Takkanlah tiada orang? Aku buka mulut, cuba jerit helo. Tapi aku tergamam sebelum sempat menjerit. Nahu aku dipegang. Sejuk.
Aku pusing. Seorang doktor lengkap berkot putih bermuka serius merenung tepat anak mata aku.
"Kamu buat apa di luar?"
Aku lihat tag namanya. Johari. Aku cuma boleh jawab pertanyaannya dengan geleng.
"Cari seseorang?"
Angguk. Cari nurse yang secara normalnya akan duduk di kaunter. Cari mami dan dedi yang seperlunya menunggu aku. Cari mesin automat yang jual kopi atau apa. Aku lapar.
"Tiada di sini. Mereka di luar." Dia pandang aku atas bawah. "Jadi kamu boleh berjalan? Mari ikut aku."
Aku yang keliru cuma menurut, membontoti dia melalui lorong wad yang kelam. Dinding lorong itu bertampal poster larangan merokok. Ada poster kesedaran kanser. Ada poster iklan ubatan klinikal. Dia terus berjalan namun tidak seperti doktor biasa yang selalu terkejar-kejar. Dia nampak tenang dan melangkah perlahan. Bunyi kasutnya bergema di lorong itu.
"Aku jarang jumpa pesakit yang boleh berjalan macam kamu disini. Ada. Tapi amat jarang. Jadi kamu mesti tolong aku."
Tolong apa?
"Jadi pembantu aku."
Aku? Aku tidak terlatih!
"Jangan risau. Pesakit disini tidak perlu perawat terlatih. Cukup ada aku. Aku sudah berada di sini sejak 1902. Aku sudah lihat banyak."
Aku senyap. Biar betul doktor ni! Mukanya masih muda. Tiada garis sedikit pun. Rambutnya hitam. Badannya tegap seperti berumur awal 30an. Mustahil.
"Tengku Taufiq , disini tiada apa yang mustahil." Dia berhenti di hadapan sebuah pintu bertulis 02-11. "Ini pesakit kanser. Baru saja dimasukkan ke sini beberapa hari lalu. Mari kita tengok progres kansernya."
Dia masuk. Aku turut masuk. Tapi aku terundur ke dinding. Terkejut melihat pesakit itu. Pucat terbaring, dadanya terkopak menampakkan paru-paru yang hitam dan berulat. Dr. Johari menggeleng.
"Jiwa yang kasihan. Kamu tidak sayang diri kamu. Perlukah aku kasihankan kamu? Masa aku akan sampai seminit lagi. Jadi bersedialah. Aku akan keluarkan kesakitan kamu."
Dan lelaki itu adalah aku..
Serentak itu aku aku terasa hangat seluruh tubuh. Aku hilang lagi dan sedar beberapa saat kemudia, melihat Mila dan dedi di kiri kanan katil. Nampak nurse berbaju putih. Nampak doktor berkepala hampir licin.
"Fiq! Kamu dah sedar!"
Sedar? Tadi kan aku sudah sedar?


Aku terbayang apa yang aku lalui sewaktu koma minggu lepas. Kanser paru-paru? Aku bingung. Tak mungkin aku ada kanser. Argh!!!! Tak mungkin!
Hari ini aku akan pergi berjumpa doktor untuk mengambil laporan rawatan. Aku harapkan apa yang aku lihat sewaktu koma adalah Cuma sekadar mainan perasaan. Siapa yang mahu menghidapi kanser paru-paru? Tidak ada seorang pun yang inginkan kematian dalam dunia ini.
“En Taufiq?” Dr. Nawhki memangilku.
“ya saya.”
“saya harap kamu jujur dengan saya dengan soalan yang bakal saya tanyakan. Kamu sering batuk? Sakit dada? Sakit tulang belakang ke?”
“sering juga la kalau sakit dada. Sebab saya perokok. Serius ke sakit saya ni doktor?” aku menjadi cuak dengan soalan yang doktor tanyakan. Aku mengharapkan jawapan yang diberikan adalah negatif untuk kanser. Aku tidak mahu menjadi seperti apa aku nampak sewaktu koma.
“kamu disyaki mengidap malignant tumour atau lebih dikenali dengan nama Barah Paru Paru.” Doktor menerangkan kepadaku.
“Dan peluang hidup kamu sudah tipis kerana ianya sudah sampai ke tahap kronik”


Aku hidup dengan kemuraman. Tarikh untuk pengambaran di IPTG tinggal lagi 2 hari. aku menjadi tidak bersemangat untuk berjumpa dngan Mila. Bagaimana harus aku berhadapan dengan orang yang aku sayangi bersama-sama penyakitku ini. Aku tidak mampu untuk berdiri dengan kedua belah kakiku lagi bagi menangani masalah ini.


Hari Pengambaran PESEMAI IPTG...
“Cik Yaya, bos awak tak datang lagi ke?” Mila bertanyakan kepada setiausahaku.
“Dia nak datang katanya. Tapi ada urusan lain yang menyebabkan dia lewat agaknya. Biasanya En Taufiq tak pernah lewat dari mana-mana temujanji.
Lagu techno berputar. Telefon Yaya berdering.
“Yaya, saya dalam perjalanan. Ada dekat Bruas sekarang.” Aku memandu sambil bercakap telefon.
“EN. Klien kita Cik Mila dah lama tunggu ni. Cepat sikit ya.” Yaya meminta aku supaya cepat.
“ye ye. Saya tahu la. Saya bukak pekak!” entah kenapa mood aku bertukar. Susah untukku memarahi seorang insan yang bergelar perempuan. Yaya terkedu. Sepanjang dia kerja denganku, belum pernah aku meninggikan suara dengannya.
Aku meletakkan telefon bimbitku di dashboard kereta.
Tiba-tiba...
Lori kelapa sawit entah dari mana muncul menyebabkan Fiq hilang kawalan. Keretanya terbabas memasuki ladang kelapa sawit di tepi jalan. Keretanya rosak retuk kerana berlanggar dengan pokok sawit dan melambung tinggi.
Aku bergerak keluar dari kereta. Cuba meminta pertolongan. Namun orang di situ seakan-akan tidak mempedulikan aku. Mereka lebih berminat kepada wang yang bertaburan keluar dari keretaku. Kebetulan pula aku membawa wang tunai hampir 10 ribu ringgit untuk membeli kamera baru bagi sesi pengambaran di IPTG.



Akhirnya aku tiba juga di IPTG. Aku lihat Mila menangis teresak-esak sambil membaca surat yang aku tulis tapi tidak sempat untukku beri kepadanya..
“Kehadapan Mila yang Fiq sayangngi..
Maafkanlah Fiq seandainya sepanjang perkenalan kita, Fiq membuat Mila terasa hati dengan Fiq. Fiq Cuma nak Mila tahu, Fiq ambil berat tentang Mila. Bukanlah niat Fiq nak buatkan Mila rasa bersalah. Tapi, Fiq sedar darjat kita tak sama. Mila pernah beritahu Fiq, jangan tunggu Mila kerana ianya adalah mustahil. Sehingga hari Fiq menulis surat ini, barulah Fiq faham kenapa ianya mustahil walaupun Fiq rasakan Fiq mampu memiliki Mila. Sengaja Fiq nak terkenangkan memori indah kita bersama.
Mila ingat lagi tak sewaktu kita sama-sama pergi ke Sungai Congkak? Di situ lah bermulanya perkenalan kita. Waktu tu, Fiq dengan Mila satu kumpulan. Kita makan nasi dalam buluh sama-sama, lepas tu Fiq tolong angkatkan beg Mila sewaktu kita trakking jungle. Kaki Mila sakit waktu tu.
Lepastu waktu kita pergi Pulau Pangkor, kita jalan tepi pantai sama-sama, kita mandi laut sama-sama. Kita nyanyi sama-sama. Waktu tu, Fiq rasa Fiq dah mula sukakan Mila. Tapi Fiq tak berani nak berterus terang sebab Fiq takut cinta Fiq tak berbalas.
Lagi, sewaktu kita pergi ke Lumut, Fiq ingat lagi Mila segan nak sembang-sembang dengan Fiq. Walaupun kita dalam satu Myvi yang sama. Sebab kawan-kawan Fiq ada di belakang. Lepas diaorang tukar kereta, Abe dengan Sofea naik sekali barulah Mila berani sembang-sembang dengan Fiq.
Lepas tu Fiq pernah ajak Mila jumpa famili Fiq, tapi Mila malu-malu. Segan dengan Ibu Fiq. Fiq punya la pujuk Mila. Akhirnya Mila setuju sewaktu Ibu Fiq melawat Fiq.
Kali terakhir kita keluar, sebelum hubungan kita renggang, kita pergi ke Melaka sama-sama. Time tu Fiq memang terasa sangat-sangat sebab Mila buat endah tak endah saja kat Fiq. Tapi Mila kan pandai amik hati. Kita naik Taming Sari sama-sama, kita naik cruise boat sama-sama. Lepastu kita pergi jalan makan angin tepi pantai.lepastu Mila sesat dengan Sofea sewaktu kita dalam perjalanan pulang dari Melaka. Mila nak tahu tak, bertapa risaunya Fiq waktu tu.
Banyak pantai saja dalam surat ni kan. Biar ombak merubah pantai, kasih Fiq kepada Mila tak pernah terusik.
Dengan surat ni, Fiq sertakan sekali gambar-gambar Mila yang ada dengan Fiq buat peneman Fiq tahun-tahun kebelakangan ni. Fiq tak mungkin akan bersama dengan Mila. Fiq mengidap penyakit Barah paru-paru. Mungkin sebab Fiq kuat hisap rokok dari dahulu. Jangkahayat Fiq pun dah tak lama.
Akhirkata fiq nak minta maaf sekali lagi untuk segala kesilapan Fiq pernah buat sepanjang Mila kenal Fiq. Waktu surat ni sampai kepada Mila, Fiq pun mungkin dah tak ada di dunia ni. Cuma Fiq nak beritahu Fiq tak pernah menyesal menjadi seorang penanti yang sepi.”
Mila menangis teresak-esak..
Di kaca televisyen, terdapat satu kemalangan maut membabitkan CEO MIAH Company, tengku Taufiq Tengku Ihsan. ..
Penanti Kesepian tak pernah menanti sesuatu yang tak pasti akan kehadirannya..

3 kata-kata para sahabat......:

RinsyaRyc said...

wah... kejam nye si mila...

*kalau perempuan memng taknak lelaki camtula.. dia emosi...*

sesumpahmerah said...

itulh kehidupan

RinsyaRyc said...

hehe... kehidupan penuh pelbagai cerita kan? hehe.. jom men hujan.. hak3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL