...Kategori-Kategori Pilihan...

Friday, February 24, 2012

Masakan Untuk Ibu Mengandung


1...TEMPE GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

3 keping tempe – dipotong
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:

a) Sangai jintan manis dan jintan putih sehingga wangi kemudian tumbuk kasar.
b) Tempe digaul dengan rempah dan bahan-bahan yang lain hingga rata.
c) Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Toskan minyak sebelum dihidangkan.


2...MASAK LEMAK TELUR KAMPUNG

Bahan-bahan:

4 biji telur ayam kampung
8 biji cili padi
4 sm kunyit hidup
600 ml santan – dari sebiji kelapa
1 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – disimpulkan
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Kisar cili padi dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan ke dalam periuk.
b) Satukan santan dan bahan-bahan lain (kecuali telur) dalam periuk tadi. Jerang dengan api kecil sambil dikacau.
c) Apabila mendidih, perlahankan api. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masak hingga telur keras.

Info: Telur ayam kampung berkhasiat menambahkan tenaga dan darah


3...KERAPU KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan kerapu – dibersihkan
30 gm halia – dikisar
8 kuntuk cendawan cina – dihiris
4 sudu makan sos ikan
½ sudu makan kicap cair
½ sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Gaul ikan dengan garam, gula pasir, sos ikan dan halia hingga rata. Letakkan dalam pinggan tahan panas. Taburkan cendawan di atasnya. Titiskan kicap cair rata-rata.
b) Kukus ikan hingga masak.


4...TELUR GORENG HALIA

Bahan-bahan:

2 biji telur – dipukul sedikit
4 sm halia – dihiris
1 sudu makan minyak bijan
1 – 2 sudu teh kicap manis

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Goreng halia hingga wangi.
b) Masukkan telur dan kacau bersama halia. Masak hingga garing.
c) Tambah kicap dan hidangkan dengan nasi panas.


5...SALAD AYAM

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam
1 biji tomato – dihiris
1 ulas bawang putih – dicincang halus
½ sudu makan minyak jagung
½ sudu makan serbuk cili
½ sudu teh garam
Sedikit daun salad & cili benggala

Cara menyediakan:

a) Gaul dada ayam dengan serbuk cili, bawang putih, minyak jagung dan garam. Perapkan sekejap.
b) Panggang dada ayam hingga masak.
c) Hidangkan dengan daun salad, tomato dan cili benggala.


6...HATI MASAK KICAP

Bahan-bahan:

5 ketul hati ayam – direbus sekejap
1 biji bawang besar – dihiris
2 sm halia – ditumbuk halus
3 ulas bawang putih – ditumbuk halus
3 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu makan kicap pekat
½ sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
250 ml air
Garam secukup rasa
Minyak jagung secukupnya

Cara menyediakan:

a) Gaulkan hati ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dalam minyak panas hingga garing. Ketepikan.
b) Panaskan 2 sudu makan minyak jagung. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu.
c) Masukkan air, kicap, asam keping dan garam.
d) Ketika mendidih, masukkan hati ayam dan masak hingga pekat.


7...BUBUR KACANG HIJAU

Bahan-bahan:

250 gm kacang hijau
½ biji kelapa – ambil santan secukupnya
Gula melaka secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Rendam kacang hijau selama 4 jam. Kemudian rebus hingga kembang. Tambah air jika perlu.
b) Masukkan gula melaka dan santan. Kacau bubur di atas api sederhana hingga mendidih.


8...NASI GORENG JAGUNG

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih
100 gm sayur campur
50 gm ikan bilis halus – digoreng
2 keping dada ayam – didadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji telur – digoreng hancur
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan kicap masin
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
b) Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan pula sayur campur, telur, kicap dan garam secukup rasa.
c) Masukkan nasi dan gaul hingga bercampur rata. Masak lagi selama 2 minit.
d) Taburkan ikan bilis di atas nasi goreng ketika menghidang.

Thursday, February 23, 2012

Lelaki Yg Wanita Harus Jauhi


1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak
bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

p/s: heheheheehe...aku gak lelaki tp nasib baik semua tu x ada pada aku huhuhhuu

Wednesday, February 22, 2012

Jimak (Bersetubuh) Secara Islam


Rasulullah bersabda: “Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai.

”Hadis riwayat Ibnu Mas’ud R.A.
Cara melakukan persetubuhan atau jimak yang dianjurkan dengan kaedah Islam :

SUNAT

1- Suci daripada hadas kecil dan sunat terlebih dahulu berwuduk.
Mandi dan memakai wagi wangian sebelum jima’.

2- Sunat lakukan persetubuhan atau hubungan seks ketika sihat dan jangan waktu lapar atau waktu terlalu kenyang.

3- Lakukan gurau senda dahulu sebelum bersetubuh.

Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat atau pada harinya.Dan malam Isnin atau malam Khamis.

4- Sunat membaca doa sebelum jimak :


Ertinya:

Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.

5- Berselimut dan diatas satu hamparan disunatkan ketika bersetubuh.



HARAM

1- Haram melakukan hubungan seks ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

2- Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).

3- Haram jima’ dalam masjid .


MAKRUH

1- Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada akhir setiap bulan dan pertengahan bulan- tanggal 15.

2- Makruh bersetubuh selepas solat Zohor hingga petang.

3- Makruh jima’ di bawah matahari dan dibawah bulan mengambang.


Untuk mengulangi menyetubuhi isteri … hendaklah dibasuh dahulu zakar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits Riwayat Baihaqi)

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya

p/s : sekadar perkongsian yg baik...yg pasti kahwin dulu yer....
-->

Wednesday, February 8, 2012

Guna Sihir Nak Lulus Exam

KUALA LUMPUR: “Tindakan ini sebenarnya merugikan diri mereka sendiri kerana jika menggunakan ‘sirih azimat’ yang diberikan bomoh untuk lulus dalam peperiksaan bahasa Inggeris, hakikatnya mereka tidak dapat menguasai bahasa berkenaan, tidak guna juga.

“Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai pelajaran sepatutnya tidak percaya dengan perkara seperti itu kerana setiap kejayaan memerlukan usaha serta diiringi doa dan bukannya dengan mengambil benda mengarut seperti ini,” kata bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai segelintir pelajar di sebuah IPT di Lembah Klang yang mempercayai kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bahasa Inggeris.

Mereka juga sanggup membayar RM350 kepada seorang bomoh yang menawarkan khidmat untuk membekalkan daun sirih itu dengan bantuan jin handal bahasa Inggeris untuk mendampingi pelajar berkenaan ketika peperiksaan.

Menurut Ibrahim, kebanyakan pelajar Melayu yang sering terdedah kepada kepercayaan sedemikian dan pengambilan sirih berkenaan amat tidak realistik kerana pelajar IPT seharusnya tahu kepentingan pelajaran pada masa depan.

sumber : HMetro

p/s : zaman aku belajar dulu kemudahan dah lh x cukup, photostat x boleh kena salin tp x pernah lak terpikir nak guna bomoh...masalah sekarang pelajar tu masuk ipt sebab dia cerdik ke atau kenapa....adussss ...boleh terpikir macam ni...

Sunday, February 5, 2012

..Coretan Malam..

Kehidupan mesti diteruskan...perjuangan tidak pernah selesai....dalam kehidupan ada yg menang (katanya) dan ada yg terkandas...tp adakah yg menang itu mengerti erti kemenangan dan yg kalah itu tahu sebab kekalahan...manusia suka mengeluh...hanya yg bisu tidak pandai mengeluh...
semua manusia pandai berkata2 tp itu bukan yg dinilai....
teknologi semakin ke depan kata manusia tp hakikat manusia tetap sama dari dulu kini dan mungkin selamanya...yg berbeza hanya teknologi dan keadaan...
dalam mencari arah kehidupan yg terkandas itu selalu merintih kesedihan dan yg menang juga tidak pernah diam kerana menganggap kesempurnaan belum tiba....manusia di lambung ombak nafsu tanpa mereka sedari mereka semakin hanyut....
...jika dulu ilmu didada menjadi amalan untuk kesenangan dan keselesaan hidup agar keluarga dan keturunan ada jaminan...tp kini sekeping kertas yg dikejar hingga lupa duri2 perjalanan...demi sekeping kertas....
..dulu baik buruk dinilai dari perbuatan..
...tp kini kebaikan kewangan lebih dititk beratkan...hingga anak2 hanyut dalam buaian...hakikat semakin menjauh yg hadir hanya angan2....
....persoalan SIAPA DIRI KAMU DAN KENAPA KAMU DIJADIKAN? semakin dilupakan...
...yg ada hanya ke mana kan ku cari kemewahan...untuk ku jadikan tongkat kehidupan...
...air mata yg tua mengalir merintih kesedihan melihat yg muda di buai mimpi yg panjang tanpa tua sedari mereka yg mengulik si muda itu untuk terus bermimpi...
...si muda terus hanyut di buai keindahan mimpi...Doa si musafir agar si muda sedar sebelum senja mendatang...
...Bangunlh tunaikan AMANAH mu ni sini..kerana senja pasti akan datang...bila malam tiba tiada lg mentari untuk menerangi perjalananmu..
...ini hanya lh coretan malam....

Wednesday, February 1, 2012

Biodata Jujungan Besar Nabi Muhammad (SAW)

Nama:
• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
• Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.



Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL