...Kategori-Kategori Pilihan...

Tuesday, May 1, 2012

Wanita Melamar Lelaki

Wanita melamar lelaki..dalam budaya dan adat kita perkara ini sangat ganjil walau pun ia tidak salah di sisi agama...tp jika berlaku juga masyarakat pasti akan mengata...
  • tidal malu lh perempuan tu...
  • mesti tak laku..sb tu gatal...
  • malu lh perigi cari timba...
 Tapi Hakikatnya...
Sekalipun ditolak, pihak wanita atau wanita itu sendiri sebenarnya telah melakukan satu usaha yang mulia malah mengikuti jejak langkah Sayidina Umar yang menawarkan puterinya untuk Sayidina Abu Bakar. Bukankah pinangan Umar juga ditolak dengan baik oleh Sayidina Abu Bakar? Namun kemudiannya Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah sendiri sudi memperisterikan Siti Habsah. Jadi bagaimana dengan anda? Tidak mustahil natijah yang sama mungkin anda alami… insya’ Allah s.w.t., Allah s.w.t. tidak akan mengecewakan para hamba yang komited mengikut syariatNya. 
 Usah berasa malu untuk menjadi “perigi” yang mencari “timba”. Malu yang sedemikian tidak kena pada tempat dan perkaranya. Sayang sekali, kekadang malu kita tidak merujuk kepada syariat. Ketika ramai kaum wanita tidak malu mendedahkan aurat, bergaul bebas dan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat… apakah anda harus berasa malu mengikut syariat dan menyusuri langkah-langkah para salafussoleh untuk mendapatkan jodoh terbaik untuk anda? 

(KISAH DARI SEORANG TEMAN)
 Bukan Sekadar Perigi Cari Timba
 Satu sketsa perbualan suami isteri...

“Kekadang bimbang juga memikirkan, bagaimana agaknya nak menentukan jodoh anak kita nanti?” Luah saya kepada isteri. “lambat lagi bang, anak kita baru di tahun pertama… ikut kebiasaannya ada tiga atau empat tuhun lagi,” pintas isteri saya, mententeramkan.

“tapi soal jodoh ni tak tentu. Sering juga… tup, tup jadi! Macam kita dulu,” usik saya. Kami bernikah sewaktu saya masih belajar – pada tahun kedua pengajian. Isteri saya tersenyum.

Jelas “mesej” usikan saya mula menerjah hatinya. “macam mana kalau kita mula amalkan prinsip “perigi cari timba”?” cadang saya. “eh, malulah. Nanti orang kata anak kita tak laku,” jawabnya. Dia memang begitu. mesti ada kontranya.

Tapi ini sudah dikira macam mesyuarat. – pasti ada “give and take”nya. “balik-balik apa orang kata… mulai sekarang cuba kita buat anjakan paradigma – apa tuhan kata. Tuhan kita hanya satu, mudah kita nak patuh. Kalau manusia kan beribu… mana satu yang kita nak dengar dan ikut?” balas saya. “tapi dalam masyarakat, kalau dapat jaga kedua-duanya sekali, kan baik?” “masyarakat boleh berubah. Kita kena ubah persepsi mereka dengan apa yang ditentukan oleh Tuhan. Insya’ Allah s.w.t., lama-kelamaan tak ada konflik lagi antara prinsip agama dan budaya masyarakat.” “dah mulalah tu… kita fikir kecil, dia dah mula melarat ke persoalan yang besar. Takut tak faham saya,” usiknya. “macam nilah, perigi cari timba… memang suatu yang luar biasa.

Biasanya timba yang cari perigi. Itu biasa. Tetapi sesuatu yang dah biasa tak semestinya sentiasa betul dan tidak boleh diubah. Dan sesuatu yang “luar biasa” bukan semestinya tak betul. Sekurang-kurangnya ia boleh dicuba,” jelas saya. “maksud abang?” “budaya hanya berasaskan sistem nilai yang selama ni diamalkan secara berterusan. Ia tidak selama-lamanya relevan…” “apa yang lebih relevan?” “syariat. Hukum daripada Tuhan. Ia sesuatu yang mutlak… relevan sampai bila-bila.” “kaitannya dalam soal ini?” Nampaknya isteri saya mula terpancing dalam “persoalan” besar ketika membincangkan soal kecil. Namun saya rasa itu perlu, kerana kita perlu kembali ke akar sesuatu persoalan bukan sekadar berlegar-legar di ranting dan dahannya sahaja. “dalam soal meminang ini, Islam tidak menetapkan siapa yang harus memulakan dahulu… timba cari perigi ke atau perigi cari timba.

Yang mana pun boleh asalkan prinsip peminangan itu menepati syariat.” “maksudnya?” “boleh sahaja perempuan meminang lelaki. Seperti Siti Khadijah meminang Nabi. Sayidina Umar juga pernah meminang Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Usman untuk dijodohkan dengan anaknya.

Dan boleh juga lelaki meminang wanita seperti Abul Ash pernah melamar Zainab puteri Nabi Muhammad…” “ertinya, kedua-dua cara okeylah. Perigi cari timba, atau timba cari perigi… sayang, selama ni kita cuma amalkan satu cara sahaja.” “kenapa satu cara? Sebab malu dikatakan orang anak kita tak laku?” usik saya lagi. “bukan malu tu sahaja… tetapi bagi anak perempuan juga ada rasa malunya. Malu nak buka mulut, apalagi nak mula langkah melamar lelaki… isy, saya pun malu.” “malu tu sesuai dengan syariat tak? Kalau syariat membenarkan kenapa harus malu. Benar-benarkah malu kita tu memang patut malu, atau malu tak bertempat?” “kenapa abang kata begitu?” “sebab, banyak lagi perkara yang mesti malah wajib dimalukan tetapi wanita kita dah tak malu lagi.

 Sepatutnya wanita kita malu berpeleseran, malu mendedahkan aurat, malu bergaul bebas, malu melakukan aksi-aksi tidak bermoral di khalayak ramai… itu sepatutnya dimalukan. Bukan malu nak melamar lelaki.” “tapi, macam mananya?” “lamarlah secara terhomat. Melalui perantara. Menerusi situasi dan kondusi yang terpelihara. Eh, tak susahlah. Susah lagi nak mendedahkan aurat, bergaul bebas dan lakukan aksi tak bermoral tu… malukah Siti Khadijah ketika melamar Rasulullah?” “betul kata abang, susahnya sebab luar biasa…” “perkara yang biasa asalnya pun luar biasa juga. Kena dilakukan dengan niat membaiki keadaan.

Yang timba cari perigi boleh diteruskan, yang perigi cari timba kena mulakan!” “apa halangannya?” “halangan ilmu. halangan budaya. halangan dalaman-syaitan dan nafsu.” “jadi kita perlu sampaikan ilmu, kemudian berani merentas budayalah ya?” “bemula dengan melawan syaitan dan nafsu. Syaitan ingin menyempitkan jalan kebaikan dengan meluaskan jalan kejahatan.
Nafsu pula menghasut kepada yang buruk dengan menserabutkan yang baik.” “tetapi tidak ke lelaki rasa hebat sangat, perempuan yang melamar dia? Macam low class sangat perempuan ni.
Macam takut sangat jadi Andalusia…” “tinggi atau rendah martabat diukur pada nilaian Tuhan, bukan rasa-rasa kita. Tidak hina mengikut syariatNya. Bila meminang lelaki itu diharuskan, maka itu pastinya tidak akan merendahkan martabat wanita. Dan kita kena yakin bahawa hinanya kaum wanita mahupun lelaki kerana melanggar syariat.” “jadi nantinya lelakilah yang letakkan harga hantaran, belanja hangusnya?” “itu tidak termasuk dalam prinsip Islam.

Yang wajib hanya mas kahwin. Itu tetap dari lelaki untuk wanita. Yang wajib akad nikah… walimah, kenduri-kendara itu sunat sahaja. Jadi pandai-pandailah berunding bila lelaki dah terima lamaran wanita.” “pelik ya bang…rasa macam aneh pulak.” “sebab dah banyak amalan dalam budaya kita yang tidak tepat mengikut ukuran syariat.

Yang wajib, dipandang remeh. Yang harus, macam wajib. Yang haram dianggap penting. Yang sunat, dilupakan. Kita kena ubah semua tu, walaupun kekadang dipandang serong pada awalnya.” “susah, kalau orang tak faham…” “sebab tu kita kena sampai-sampaikan. Sampaikan apa yang benar. Kemudian cuba jadi role-model kepada apa yang kita sampaikan tu. kan aneh, dulu kita kahwin tanpa bercinta?” ujar saya.

 Dia senyum lagi. “jadi apa yang abang bimbangkan lagi?” “siapa agaknya yang akan kita lamar nanti…” “itu tugas kita ke, anak perempuan kita?” “itulah… takut kita ada calon, dia ada calon…” “apa susahnya, kita berundinglah nanti.”

 Seperti biasa, dia menenangkan. “entah-entah masih timba cari perigi?” usik isteri saya. “terpulanglah, kita tawakkal sahajalah. Yang penting, kita didik anak kita baik-baik. Mudah-mudahan dapat suami yang soleh… walau apa jua kaedah pertemuannya.”

 Itulah persoalan terasnya. Siapa anak perempuan kita, solehkah dia? Siapa calon menantu kita, solehkah dia? Soal “perigi cari timba”? itu soal kedua, soal kaedah sahaja… 

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas r.a.: Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah SAW Dan berkata: “ya Rasulullah! Apakah baginda memerlukan daku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “dia lebih baik daripada mu nak! wanita itu senang kepada Nabi SAW dan menawarkan dirinya!” (riwayat Bukhari) Sepintas Lalu, 

 - dalam soal meminang, Islam tidak menetapkan siapa yang harus memulakan dulu asalkan prinsip peminangan itu menepati syariat. 
- Kenapa harus malu jika syariat membenarkan. Malu biar bertempat.  
- Lamar secara terhormat, melalui perantara, menerusi situasi dan kondisi yang terpelihara.
- Halangan ilmu, halangan budaya dan halangan dalaman-syaitan dan hawa nafsu.

p/s: wahai wanita lamarilh aku huhuhuhuhuuu.....

8 kata-kata para sahabat......:

sesumpahmerah said...

kahwinlh...untuk menambah pahalamu dan megurangkan maksiatmu...

tukang kata said...

tak salah langsung untuk orang perempuan untuk melamar lelaki.. tak jadi dosa pon.. macam dalam post la, zaman nabi.. sahabat melamar untuk anak wanita die dengan anak lelaki sahabat yang lain. dan nabi x cakap pon 2 dosa ke ape.. yang jadi masalahnye, kaum MELAYU kita yang terlalu mengikut adat sendiri dan terpengaruh ngan adat dari barat.. dimana lelaki perlu melamar wanita.. sampai sehinggakan, perempuan zaman skrg dok ngidam kene lamar di khlayak ramai, cam cerita orang putih ape semue tu.. hukum hakam agama x nak plak ikot.. macam adat-adat yang lain gak..

Noor Maizan said...

masyarakat masih tak buka mata tentang hal nie :)

kenanga said...

hi....
maaf bertanya disini..
saya new blogger
ingin bertanya tentang nuffnang..
kalau sudi bantu saya dan keberatan... ini blog saya..

http://long-journey-kenanga.blogspot.com/

maaf tulis disini,,nanti deletekomen nie..malu kenanga bertanya disini....ekekekkekke

kenanga said...

oh ya...kalau sudi ym kenanga di

akumasihd@gmail.com....

thanks

Afasz said...

:)

di india..wanita yg melamar lelaki.

singgah n follow sini

dr,
afasz.blogspot.com

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Hye , Yana dah tukar link blog , faker-pinkeyes.blogspot.com dah tak wujud , yana tukar dah kepada liyana-fauzi.blogspot.com ok ! harap maklum . tq

farazura said...

ye..sy stuju.. xsalah kalau perempuan yg lamar lelaki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL