...Kategori-Kategori Pilihan...

Sunday, August 26, 2012

15 Perkara Mengundang Bahaya - Wajib Baca

15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA 

Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu: 

Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu 

Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 

Zakat dijadikan hutang 

Suami mengikut kehendak isteri 

Anak menderhakai ibunya 

Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya 

Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya 

Suara sudah ditinggikan di dalam masjid 

Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka 

Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya 

Arak diminum di merata-rata tempat

 Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki) 

Para artis disanjung-sanjung 

Muzik banyak dimainkan 

Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu 


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Imam Turmizi) 

 Huraian hadith: 
 Semua perkara di atas sudah biasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Sebab itulah banyak bala diturunkan Tuhan. Kekayaan negara biasanya berlegar di kalangan kaum keluarga pemerintah dan sahabat handainya sahaja (kroni). Sekiranya ada apa-apa peluang untuk mendapatkan duit, maka kaum keluarga dan sahabat handainyalah yang akan didahulukan. Zakat tidak dibayar atau pun ditunggak-tunggak, suami ikut cakap isteri (queen control), anak-anak melawan ibu bapa, masjid digunakan untuk bercerita hal-hal keduniaan dan berlawak jenaka, arak mudah didapati, para artis menjadi pujaan, muzik menjadi teman seharian dan lain-lain.

Wednesday, August 8, 2012

Antara Dua Darjat


Beza mereka:
orang yg berharta dan berpegaruh:
 org sentiasa berfikir dan meyangka mereka berharta dan gembira walau pun dalam keadaaan mereka hanya tinggal seringgit di dalam bank dan bersedih...
mereka tidak pernah mengeluh atau menunjukkan kesedihan tp sentiasa cuba mencari penyelesaian

orang miskin dan pekerja:
 mereka sentiasa fikir susah untuk berjaya dan mendapatkan harta yg banyak seperti org2 kaya kerana segalanya perlukan modal yg besar...
mereka akan menampakkan kesedihan dan merungut2 dengan kehidupan

Beza mereka hanya pada pemikiran dan keberanian dalam mengubah nasib...
ingat lh PERUBAHAN adalah penting dalam hidup dan perubahan itu adalah sesuatu yg tersangat sukar..
....Merubah Diri Sendiri Adalah Lebih Sukar Dari Kita Merubah Org Lain...

Kita boleh melihat org lain, pergerakan dan personaliti..kita akan menegur dan berharap mereka berubah
tapi untuk diri sendiri kita sukar mengesan kerana setiap pergerakan dan personaliti itu telah menjadi rutin dalam hidup kita....

Mungkin selangkah dan perubahan mampu membawa seribu kejayaan...
tapi 1 langkah itu lebih berat dari segunung kinabalu...
selagi kita tidak dapat nampak kejayaan di hadapan...

tapi kita mudah berubah bila nampak kejayaan orang lain dan kita mula ingin berangan untuk jadi seperti mereka walaupun mereka hanya menggunakan kita untuk kejayaaan mereka...

bantuan yg sebenar bukan dari org lain tp dari dalam diri kita sendiri..yg kuat menarik kita untuk tidak berubah...pecahkan lh dinding kota lama itu maka kita bina istana baru yg lebih gemilang....

....Cari lh Keberkatan Walau Kita Miskin Atau Kaya....
kerana harta akan ditinggalkan jua

Tuesday, August 7, 2012

Mati Itu Pasti

Salam buat teman semua...
hari ini sudah 18 ramadhan...
masa terus berlalu tnapa sesaat pun menuggu kita...
bila hari2 terus berlalu itu beerti kita terus kehilangan masa dalam kehidupan...
sehari berlalu bermakna sehari kita semakin dekat dengan kematian..
walau apa pun yg telah terjadi atau akan terjadi yg pastinya hidup mesti kita teruskan...
biarkan kisah2 lalu menjadi kenangan dan pegajaran dalam menempuh masa depan yg masih belum kita tahu mana hujungnya....
kita tiada beza dengan banduan akhir di penjara...
banduan itu akan mati bila tiba tarikhnya..begitu juga kita..tp banduan itu mungkin lg bernasib baik dari kita kerana ia sudah tahu bila tarikh akhir hidupnya dan masa yg ada boleh digunakan untuk menginsafi diri dari kesalahan lalu...
tapi kita sama seperti mereka kita juga akan mati yg bezanya kita tidak tahu bila tarikhnya akan tiba...mungkin tahun depan atau tahun ini atau minggu depan atau minggu ini atau lusa,esok atau hari ini,,ataupun seminit lg....
tidak ramai org yg ingat akan kematian tapi terlalu ramai yg alpa dengan dunia...
harta benda lebih penting dari keberkatan hingga membuat kita lupa akan bekalan ke hari depan....
aku juga insan lemah yg selalu lupa akan kematian bila dibelai keenakan dunia yg pelbagai...
dugaan dan ujian dunia ini sangat indah dan mengasyikkan hingga ramai terlalai dibuainya...
Ya ALLAH swt kau ampunkan lh dosa2 lalu ku..
ku mengharapkan redha dan keberkatan dari mu....
ku berdoa agar ku mendapat kebahagiaan dalam hidup di dunia dan di akhiratMu, ya ALLAH swt

Cukupkah AMALANku untuk menghadapmu YA ALLAH swt?
AMPUNKAN AKU...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL