...Kategori-Kategori Pilihan...

Tuesday, May 31, 2011

...AMARAN buat perogol...

Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.

Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. “Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah,” kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer. - AFP

sumber : HMetro

ni lh kalu dah nasib..dahlh wat jahat terus terima balasan...syabas pada wanita yg berani menpertahankan hak anda...

...BERINGATLAH WAHAI PEROGOL BERSIRI HAHAHAHA...

Monday, May 30, 2011

...Gambar Abg Salleh Yaakob Kahwin Isteri ke 4...





...akuu ingin mengucapkan tahniah pada abg salleh moga bahagia bersama empat org isteri dan anak2 tersayang....

....ABG MEMANG LEGEND LAH...

Saturday, May 28, 2011

‘Bir halal’ jadi haram - menarik metro hari ini..

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.


Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.


“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.


Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.


“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.


Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.


“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.


“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

sumber : Hmetro

.....kenapa boleh jadi macam ni..semasa msuk pasaran x cek dulu ke status halal haram produk ni..ada logo halal ke pada produk sebelum ni..xsemestinya barangan dari arab semuanya halal..arab pun manusia macam kita gak......

Thursday, May 26, 2011

...DAJJAL...

Disini ada beberapa pendapat berkenaan asal usul Dajjal dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Kita hanya mampu berikhtiar untuk mempelajari dan mendalami segala ilmu yang baik didunia ini. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini. Tetapi mereka tidak sedar betapa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang mafhumnya, “sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal.” (Misykat hal. 472) HR Muslim.

Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak. Semoga kita sentiasa berhati-hati dengan fitnah Dajjal kerana ianya mungkin sudah lama bermula dan semakin parah.


Asal-Usul Keluarganya

Dajjal adalah seorang manusia daripada keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain dia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yang diangkat oleh Allah swt ke langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga baginda nantinya turun semula ke muka bumi ini lalu baginda akan mati dan di kuburkan di Madinah al-Munawwarah. Sama juga halnya dengan Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yang ditangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan ‘syaqq’ manakala ibunya adalah daripada bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu ia akhirnya ditangkap oleh Nabi Sulaiman as dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.


Sifat Badannya

Hadis Huzaifah ra katanya : Rasulullah saw telah bersabda ,“Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.” (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam hadis Rasulullah saw diantaranya : Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.”

Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua :

Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua : Tertulis didahinya tulisan 'Kafir (Kaf-Fa-Ra)'. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat at-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang


Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama “al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan disebelah Barat.

Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia) Rome, Italy.


Berapa Lama Dia Akan Hidup Setelah Kemunculannya

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam hadis riwayat Muslim ada disebutkan :

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?” Nabi saw menjawab : “Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.”

Lalu kami bertanya lagi, Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja)?” Nabi saw menjawab : “Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.”

Maksud sabda Rasulullah saw ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.


Fitnah Dajjal

http://www.youtube.com/watch?v=r1H8vBES7No (Kedatangan Dajjal. Sila klik disini.)


Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah swt memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah :

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana ygan percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan, “Hujanlah kamu di daerah ini!” Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah saw bertanya, “Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab,“Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.”HR Ibnu Majjah.

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

Secara analoginya kita lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup didalam syurga. Juga keluarnya bermacam alat – alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan pelbagai alatan lagi. Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.

Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa boring dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam. Kami bertanya, “Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?” Nabi menjawab, “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR Muslim

Dan ada lagi kenderaan yang lebih pantas dari jet, yang dapat bergerak sepantas cahaya iaitu piring terbang. Mengikut gambar-gambar yang dapat dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak, memang mereka dapat bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannyaSyaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam as.

Syaitan-syaitan daripada jin dan juga manusia akan berusaha membantunya, kerana mereka ingin mewujudkan satu pemerintahan di muka bumi ini. Iaitu pemerintahan sebuah kerajaan yang akan diperintah oleh Lucifer (Iblis). Dan gerakan yang mewakili syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini dikenali sebagai gerakan Illuminatiyang pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan seperti Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The Trilateral Commission, The Council on Foreign Relations dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia.



Dajjal Akan Muncul Dari Khurasan, Iran

Di akhir zaman Dajjal akan muncul dari Khurasan di Iran. Ketika baru keluar/terlepas dari belenggunya tinggi Dajjal hanyalah sepuluh dzira’. Pada mulanya tingkah laku Dajjal layaknya tingkah laku orang-orang saleh, iaitu menyeru kepada kebajikan, hingga kerana itu banyak orang yang terkagum-kagum kepada akhlaknya.

Tapi lama kelamaan Dajjal pun mengaku sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan itu orang-orang yang beriman kepada Allah pun berpaling darinya, sebab kaum yang beriman mengetahui benar bahawa sesudah Nabi Muhammad saw tak akan pernah lagi Allah mengutus seorang nabi baru.

Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal sampai ke Khillah, iaitu sebuah jalan yg terletak antara Iraq dan Syam, dia pun menggembar-gemburkan kiri kanan menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan yang dapat menghidupkan dan mematikan, ditambah lagi dengan menunjukkan kemampuannya mengadakan kejadian-kejadian yang menyalahi keadaan normal. Sejak itu orang-orang mu’min semakin menjauh darinya dan menolak mengakui Dajjal sebagai tuhan.

“wa man qaala fid dun-ya yaraahu bi ‘ainihi fa dzaalika zindiiqun thaghaa wa tamarrada”. Siapapun yg mengaku di dunia ini telah melihat Tuhan degan matanya, maka dia telah menjadi zindiq, keluar batas, dan jatuh ke dalam kesesatan.

(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah: hal.29 s/d hal 30). Maktabah Muhammad bin Ahmad bin Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya, Indonesia. 1956 M / 1375 H.


Tempat Bermulanya Fitnah Dajjal

http://www.youtube.com/watch?v=5ithlxj07eo (Bukti-bukti ketibaan Dajjal. Sila klik disini.)

Agaknya menarik perhatian sekali bahawa menurut Hadits Tamim Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain, berada di Timur. Lengkapnya, Hadits itu bermaksud :

“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah Timur.” (Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman 2988).

Dan ada satu hadith lain yang bermaksud :

“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir dua puluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan, “Tidak ! Ia akan muncul di Timur” diikuti dengan kalimat, “Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur." Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahawa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain hadits diterangkan bahawa tempat munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.

Ini menunjukkan bahawa bermaharajalelanya Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperolehi keuntungan dari hasil porak-peranda di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah bermaharajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudakkan penduduknya, baik secara jasmani mahupun rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.

Menurut apa yang diterangkan dalam hadits, terang sekali bahawa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa Eropa pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk menakluki dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga gerak-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Eropah.

Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadits diterangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits lain yang menerangkan bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.

Dalam Sahih Muslim ada sebuah hadits yang bermaksud, “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal.” (Misykat, hal. 472).

Kata-kata seperti itu, terdapat pula dalam kitab hadits yang lain. Misalnya, dalam sebuah hadits, Nabi saw diriwayatkan bersabda,“Wahai manusia! Semenjak Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah di muka bumi yang lebih besar daripada pada fitnahnya Dajjal.” (Kanzul-’Ummal, jilid VII, halaman 2028).

Hadits-hadits tersebut membuktikan bahawa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah bermaharajalelanya Imperialis Eropah (Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya) sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan menunjukkan bahawa sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain yang besarnya seperti itu.

Memang dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita saksikan sekarang ini berupa maharajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropah di seluruh dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Eropah.

Demikian pula kita tak dapat menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperhambakan bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahawa mereka memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang ramai dapat tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka menyesatkan orang ramai melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama, kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani, dan kadang-kadang diberikan kepada mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.

Sering pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi saw bahawa tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa maharajalelanya kaum imperialis Eropah, yang bukan saja membahayakan aspek kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.


Berikut Adalah Khutbah Rasulullah saw Berkenaan Dajjal

http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4 (Dajjal bermata satu. Tandanya ada disekeliling kita. Sila klik disini.)

Daripada Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata, “Rasululah saw telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah swt ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah swt akan menjaga orang-orang mukmin.”

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.”

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah swt tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘KAFIR’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.”

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa diantara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab, “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya, “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” Diantara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai, “lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya, “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab, “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah saw lagi, “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.”

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun ditempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.”

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat.”

“Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

SUMBER :

...kenapa jd begini...lelaki tukar wanita...

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan. Inilah Gambar beliau, cantik tak ?



Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.




Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Baca Seterusnya : MyMetro



http://www.hmetro.com.my/articles/Mahutukarnamalelaki/pix_middle
inilh antara insan yg di dalam hatinya kurang didikan agama..sangup melanggar lumrah alam kerana inginkan kepuasan nafsu sendiri..kembali lh pada didikan agama mu..nasihat akuu belum dia buat keputusan tukar nama tu pergilah jumpa jabatan agama dapatkan nasihat..insaf lh...


Sumber Utama : Hmetro



Wednesday, May 25, 2011

mole people



Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ...
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
'Cerita ini harus diberitahu,' kata sumber itu. 'Ia terlalu besar untuk disorok'. Sumber itu t ela h mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. 'Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah', beliau berkata,
'Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English'.
'Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)', kata sumber itu.

'Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
'Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
>dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. 'Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi'.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.
'Seperti k ita , mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole'
'Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang m ela m pau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi'.
'Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.


Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
'Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau'.
'Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah s ela mat dan hidup
dari insiden itu'.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
'Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria', mengikut kata sumber.
'Amat j ela s mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi'.
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole.. 'Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia'.



sumber

..skodeng..

..zaman sekarang kena hati2 nak buat apa2..mat2 gan minah2 skodeng ni ada kat merata-rata tempat kalu x hati2 nanti kita jd mangsa skodeng...
..nak buang air pun kena skodeng..setakat tgk sajer ok lh ni siap gelak2 lg silap ari bulan kena lastik lak..adussss macam2..
..hati2 masuk bilik air..tgk kiri kanan takut kan x pasal2 kena skodeng macam ni..
...CENSORED...

...jom mandi...

...dah mandi ke belum hari ni..dgn cuaca2 panas ni best kalu dapat mandi kan..
..tp sangup ke kauorg mandi bawah pancutan ni...
...masib baik air warna putih kalu air kaler kuning ape citer...
..JOM MANDI....

..coretan pagi..

...salam sejahtera...
..hai kawan semua semoga hari ini kita lebih baik dari semalam...
..awal akuu bagun pg ni sb xtahu lh kenapa huhuhuu..
yg pasti hari ini byk keje nak kena settle kan untuk persediaan budak2 lama uitm nak masuk ahad ni...
..untuk budak uitm machang yr n.r tu kekosongan bilik kat tempat akuu ada lg..saper nak cepat lh yg kol x pun datang jer kat kedai..
k lh belajar rajin2 k....
XTAHU NAK TULIS APA SEBENARNYA HUHHUUU

Sunday, May 22, 2011

...uitm mache...

..assalamualaikum...salam 1 malaysia...
hari ini adalah hari pendaftaran untuk budak2 baru uitm...
first akuu ingin ucapkan ..tahniah dan selamat datang pada budak2 baru...
bila pendaftaran bermula bermaknanya hari ini akuu akan start buka kedai balik...dua minggu cuti yg membosankan huhuhuuuu...
semoga sem ini rezeki ku semakin bertambah dah semakin diredhai Allah s.w.t.....
....TAHNIAH ADIK2..BELAJAR RAJIN2 JGN TERKENA KEJUTAN BUDAYA DAH LH...

...walkhaton d'raja kelantan...

...
..ini adalah karnival bersama sultan kelantan yg kita sayangi yg akan berlansung pada 3, 4, dan 5 jun ini di stadium sultan mohammad ke 4...
...DAULAT TUANKU...

...hari2 berlalu...

assalamualaikum...salam 1 malaysia..
hai ape kbahar semua teman2...
dah lama x update entry..hari2 akuu rasa semakin sibuk..banyak benda nak settle kan nak kena pk kan..kadang pk best gak kalu keje gan org x payah pk byk2 ikut jer apa yg company tu nak kan huhuhuu..
bila kije mcm aku ni byk nak kena pk..apa nak buat, apa yg perlu di buat...
yg pasti mcm kata sifu akuu...kekayaan dan kesenangan itu datang dari kejayaan kita menyeselaikan masalah...ya lh bila kita selesai kan masalah jd kita akan rasa tenang huhuhuuu....
...semua org ada masalah masing2, jika kita dapat selesaikan masalah maknanya kita menuju kejayaan dan kekayaan...renung2 kan lah...
byeeeeeeee....

Thursday, May 12, 2011

...Idola Lelaki...

EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
..Inilah wajah Bakal Isteri Abg Salleh Yaakob..
BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
..Abg Salleh dgn isteri2nya..

...menarik jugak brita dalam h.metro hari ni..pasal bakal isteri abg SY kit ni lh..lepas ni gerenti cukup kuota...bila dah cukup kouta maka pada wanita2 yg lain dah xleh nak follow abg SY lg lh huhhhuhuuuu...
...abg SY ni memang menjadi idola bg byk lelaki..yg lh dia bgai kan package lengkap..berjaya dalam kerjaya, dalam rumah tangga dan dalam hidup..pada pandangan luaran kita lh tp hakikat abg SY je yg tau...
...mungkin ramai yg nak jd mcm ang SY tp kalu setakat nak tiru untuk kahwin 4 jer kena lh fikir diri sendiri dulu ya mampu ke x..bg cik sesumpah paling suka ialah karektor abg SY yg selalu ceria dan ok dgn semua org...
apa2 pun TAHNIAH ABG SY MOGA HIDUP MU SENTIASA CERIA DAN BAHAGIA SELALU....

Tuesday, May 10, 2011

...puteri saadong...

...tengok tajuk entry mcm nak crita sejarah..tp ni memang sejarah gak tp bukan sejarah puteri saadong lh tp sejarah Cik Sesumpah masa pergi mengajar budak2 kat sekolah puteri saadong...belum tu tgk gambar dulu ya :
..bagus budak2 ni blaja..tp gak ada gak hak moteng tu yg x tahan tu..ni lh budak2 org nak bg ilmu x nak..bila dah masuk umo mcm Cik Sesumpah ni baru nak nyesal huhuuu...
...BLAJA LAH RAJIN2 ADIK KU...

Monday, May 9, 2011

...Rahsia Dewa Cinta...(bab 2)

...dating / berpacaran...

...dalam memikat wanita perlukan byk kesabaran kerana walaupun wanita nampak luarannya lembut tetapi di dalam nya ada batu yg keras tp bisa dicairkan oleh air yg menitik dgn betuk ke atas batu itu...
...dalam bab 1 rahsia dewa cinta akuu telah menyatakan 4 cara untuk berkomunikasi dgn wanita...dalam bab ni lak akuu nak bgtau cara atau tatatertib waktu berdating..

  • ..masa..untuk first round untuk memikat ni masa adalah penting..anda mesti bijak menentukan masa agar si dia rasa bahawa byk masa kita berikan pada dia lebih dari org lain dan kawan2..masa dapat membuat dia merasa dirinya dihargai, caranya tiap kali berjanji untuk keluar berpacaran pastikan anda sampai awal dari masanya..bia lh kita bersabar sikit untuk menungu..ini untuk permulaannya sahaja..

  • ..pakaian..yg ni semua org dah pandai ni..yelah nak jumpa makwa kan mesti pakai ensem bg nampak smart, gaya mutthusammy, keungulan hahahahaa...sebenarnya cara pakaian ni bergantung pada wanita itu juga..ada wanita suka lelaki pakai mcm koperat tp ada juga yg suka casual yg ni kita boleh nilai dan tgk dari pakaian wanita tu mcm mana..

  • ..kejutan..yg ni paling penting sekali..kenapa sb kejutan boleh buat dia rasa berdebar..bila kita bg kejutan mcm hadiah atau bunga ati wanita akan terbuka sedikit..ada yg akan berkata 'awak ni wat malu jer' tp dalam ati dia amat suka..buat dia sampai sipu2 malu..kejutan juga perlu berbeza setiap masa tp jgn selalu sgt buat kejutan nanti bila dia dah biasa x menjadi pulak..kejutan tu bergantung pada kita x semestinya hadian atau bunga kejutan juga boleh dibuat dgn pergerakan badan..yg ni nanti dalam bab lain pulak...

  • ...ucapan..masa anda berjumpa atau mengambil wanita ucapan penting sama penting masa anda menghantar nya juga..cukup dgn ucap 'hai sayang' mungkin ringkas bunyinya tp kata2 sayang tu sudah buat hatinya tersenyum..masa menghantar jugak cukup dgn ucap 'tq sayang sudi keluar gan abang,esok kita jumpa yg'...
...SAYANGI ISTERI ANDA...

...kenapa perlu promote blog?...

..aku pun heran kenapa semua org sibuk nak promote blog..semua pakat2 nak tambah folowwer..
..apa sebenarnya tujuan kita wat blog n menulis kat blog..semua ada tujuan masing2 dan ada agenda masing2...
..ada org buat blog sebagai diary hidup..ada orang sbgai tempat luah perasaan..ada jugak yg jd kan blog sebagai alat untuk menunjuk kan bakat...
..apakah pentingnya promote blog...
..tp apa yg aku rasa sebenanya semua org sibuk nak promote dan tambah folowwer kerana duit..kerana bg mereka bila mereka dah daftar dgn adviser mcm nuffnang gan advlet kena cari ramai2 folowwer lepas tu bila ramai so jd ramai lh yg datang tgk blog bila dah ramai jd peluang semakin tinggi untuk tambah duit...
...BETUL TAK....

Wednesday, May 4, 2011

...Rahsia Dewa Cinta...


..pada petang yg indah ini, tiba2 jer aku rasa ingin berkongsi ilmu dan cerita dengan kawan2 semua...huhuhuuu..
ilmu ini untuk lelaki yg rasa dia ni susah untuk memikat perempuan tp ingin cuba untuk mengambil hati perempuan...rahsia dewa cinta ini akan bersambung untuk beberapa siri huhuhuu...tp untuk siri yg pertama ini aku ingin kongsikn cara2 untuk berkomunikasi dengan insan yg bergelar wanita....
...4 cara komunikasi dengan wanita...
  • menyediakan masa...untuk menambat hati wanita,lelaki mesti bijak mencari ruang masa dan waktu untuk wanita itu..lelaki ada byk masa untuk rehat, borak2 dgn kawan, tengok bola, lepak kat warung...cuba kita cari sedikit jer masa untuk kita lepak dgn wanita yg kita inginkan kerana bg mereka tiap saat kita bersama mereka adalah penting kerana saat itu kita boleh borak2 pasal axtivitinya, kawan2nya, pekerjaannya dan tentang hubungan itu sendiri..kita cuba ciptakan kesempatan untuk menyatakan bahawa kita sangat ingin bersamanya dan betapa indahbya bila boleh bersamanya dan jgn malu2 untuk menyatakan apa yg ingin kita beritahunya..kejujuran yg nampak pada wajah kita waktu bersamanya adalah penting untuk menambat hatinya...

  • jadilah pendengar yg baik...untuk menjadi pendengar yg baik lelaki perlu byk bersabar dan perlu mengetepikan ego sebagai seorang lelaki...lelaki perlu bersabar dan memberi byk masa untuk mendengar luahan perasaan yg ingin wanita sampaikan..penumpuan adalah penting dan menjadi kunci utama kerana lelaki tidak harus sahaja menatap diri wanita tersebut tetapi mesti peka pada ucapannya, bahasa tubuhnya dan suaranya...menjadi pendengar yg baik amat penting kerana ini akan membuat wanita itu merasa dirinya dihargai dan ada yg menyanyangi dirinya..

  • fokus pada komunikasi nonverbal (bahasa tubuh)...komunikasi ini sangat penting tp tidak ramai yg cuba untuk memahami komunikasi ini..kadang2 lelaki tidak peka akan bahasa tubuh wanita..kita mesti peka akan setiap pergerakan wanita itu..pergerakan tubuhnya boleh menyatakan bahawa dia selesa atau tidak pada situasi itu dan apa yg dia inginkan pada situasi itu..kepekaan lelaki amat penting...bahasa tubuh tidak dapat menutup emosi sebenar wanita...

  • biarkan dia tahu anda menyayanginya...ini lh yg selalu disembunyikan oleh lelaki..lelaki takut untuk mengucapkan kata cinta dan sayang kerana perasaan takut dan ego yg menebal dalam diri lelaki...lelaki boleh menyatakan kasih sayang itu dengan memegang tangan, membelai rambut, meletak tangan pada pipi atau cukup dengan mengucapkan anda menyayanginya...mungkin luaran nya wanita itu nampak tiada apa tp didalam hatinya sangat bergelora bila kita membelainya dan mengucapkan kata kasih sayang...
...ini adalah 4 cara penting untuk anda berkomunikasi dengan wanita..yg penting wanita akan merasa sangat dihargai bila kita tunjukkan sifat bahawa kita sangat beria-ia ingin menolongnya dan ada masa untuk nya..lelaki perlu wujudkan keadaan itu..
..good luck..SAYANGI ISTERI ANDA..

Monday, May 2, 2011

Osama bin Laden killed in Pakistan

US president Barack Obama said bin Laden, the most-wanted fugitive on the US list, had been killed on Sunday in a US operation in the Pakistani city of Abbottabad, about 61km north of Islamabad.

"Tonight, I can report to the people of the United States and the world, the United States had carried an operation that has killed Osama Bin Laden, a terrorist responsible for killing thousands of innocent people," Obama said in a statement.

"Today, at my direction, the United States carried out that operation... they killed Osama bin Laden and took custody of his body.

"The death of bin Laden marks the most significant achievement to date against al-Qaeda.

"We must also reaffirm that United states is not and will never be at war against Islam. Bin Laden was not a Muslim leader, in fact, he slaughtered many Muslims," Obama said.

According to New York Times, bin Laden's body was taken to Afghanistan and later buried at sea.

ini sumber yg diambil dari http://english.aljazeera.net/news/americas/2011/05/2011522132275789.html

kebenaran cerita ini tidak kita ketahui kerana hanya allah sahaja yg mengetahuinya...

kematian seorang pejuang akan melahirkan lbh ramai pejuang baru..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL