...Kategori-Kategori Pilihan...

Thursday, June 30, 2011

...Belasah mahu RM1...apa persoalan yg boleh kita soalkan?

KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM1, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di ibu kota cedera kaki kanan dan badan selepas dibelasah rakan sebaya di hadapan sekolah berkenaan, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dibelasah kerana enggan memberi wang.


Pelajar yang memukul mangsa juga dikenali sebagai ‘samseng junior’ di sekolah itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah sebelum dihampiri pelajar terbabit.


Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, pelajar terbabit meminta RM1.


“Mangsa mendakwa tidak memilik wang sebelum cuba meninggalkan kawasan berkenaan.

“Keengganan mangsa mengundang padah apabila pelajar itu sekali lagi menghalangnya dan mengugut untuk mencederakannya,” katanya.


Sumber berkata, sangkaan mangsa pelajar terbabit tidak berani memukulnya meleset apabila bajunya ditarik sebelum berlaku pergelutan.

Sumber berkata, pelajar terbabit beberapa kali menendang badan mangsa dan ketika itu mangsa merayu dikasihani.


“Pelajar terbabit melarikan diri selepas pengawal keselamatan sekolah itu yang menyaksikan kejadian berkenaan bergegas untuk membantu mangsa,” katanya.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.

SUMBER : HMETRO

MALAYSIA TERCINTA....sekarang byk dah jd gejala2 samseng macam ni..budak2 sekolah pun dah pandai tunjuk belang..apakah tanda semua ini...apakah persoalan yg kita boleh buat dari semua ini...salah siapa?..didikan mereka ke?..ibu bapa?...kerana metarealistik?...atau kekuatan dalaman yg rendah....
TANYA DIRI SENDIRI.........

...busyyyyyyyyyyyyy....


lama giler akuu x update blog ni..tp alhamdulillah kerana masih ada yg sudi datang menziarah blog akuu ni..terima kasih kepada kawan2 dan adik2 yg sudi datang menjengah kan diri ke sini..dah dekat sebulan akuu x update blog ni..kerja makin byk..hari2 makin bz...tubuh pun makin penat hari2..rasa 24jam sehari seperti x cukup untuk melakukan kerja...

apa2 hal pun 15/7 ni akuu akan pergi holiday untuk release tension sambil snokling kat tioman...minta2 ramai lh yg sudi ikut sama...

pada semua kawan2 terima kasih banyak2 kerana sudi datang menziarah teman yg kesibukan ini...

LOVE U ALLL....

Wednesday, June 8, 2011

Lebih ramai wanita ganas? - apa kata wanita malaysia

Lebih ramai wanita ganas?

LONDON - Jumlah wanita disabit bersalah atas dakwaan keganasan rumah tangga meningkat lebih dua kali ganda di Britain sepanjang lima tahun lalu.

Menurut pejabat pendakwa raya, hampir 4,000 wanita berjaya disabitkan bersalah atas kesalahan itu berbanding kurang 1,500 orang pada 2005.

Pengerusi badan kebajikan lelaki ManKind, Mark Brooks berkata, peningkatan jumlah pesalah wanita itu adalah kerana lebih ramai lelaki memilih untuk melaporkan keganasan yang dihadapi mereka.

“Selain itu, polis juga dilihat mengambil pendekatan lebih seimbang dalam laporan berkaitan kes penderaan lelaki” katanya.

Data yang diperoleh turut menunjukkan jumlah lelaki disabitkan atas kesalahan keganasan rumah tangga juga meningkat dalam tempoh sama, iaitu seramai 55,000 orang berbanding 28,700.

sumber: sinarharian

...kajian ni kat london mungkin sb lelaki london dah xtahan kena dera kat wanita london...
kat malaysia ni maybe x ada lg kot lelaki yg report pasal keganasan dari kalangan golongan wanita ni...mungkin sb wanita lebih ramai terjadi kes macam ni...
...APA KOMEN WANITA MALAYSIA...

...bogel seksi lucah...

salam 1 malaysia untuk semua warga alam maya...
tgk tajuk entry mcam rasa loyakan sikit..tp memanng nampak xelok dan kurang ajar..
cuma di sini red ingin berkongsi pendapat dan apa yg red rasa bila terdapat perkataan macam tu pada entry2 yg di tulis oleh blogger..
...bila ada entry yg blogger tulis tajuk macam tu maka ramai lh yg akan usha2 tgk..try2 skodeng masuk apa sebenarnya sebalik tajuk entry tu...
...maknanya ramai penghuni alam maya ni yg suka cari dan usha tajuk2 entry yg macam tu..
bila red tgk ada blogger yg wat entry dgn menggunakan tajuk macam tu..traffic agak naik gak sb ramai yg datang nak menjengah tgk crita di sebalik nya...
...apa2 hal pun kita sendiri yg tentukan tindakan kita..sb dalam alam maya ni sama jer kat alam realiti...apa yg jd kat dunia realiti mcm tu gak jd kat alam maya ni...apa yg manusia nak dan mahu sama jer walau kat mana pun yg berbeza cuma keadaannya jer...
...PANASSSSSS....

Sunday, June 5, 2011

Gambar lucah dalam Yasin - (Kerja Manusia Mungkar Manalh Ni)

KEPALA BATAS - Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.

Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.

Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.

“Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.

“Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet.

“Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.

“Kami tidak tahu motifnya dan kenapa Yasin di masjid ini dijadikan pilihan,” katanya.

Pihaknya telah membuat laporan polis dan kesemua 21 naskhah terbabit diambil polis untuk disiasat.

Imam 1 masjid berkenaan, Ahmad Zawawi Ali berkata, majlis bacaan surah Yasin itu diadakan malam semalam untuk menggantikan kuliah agama dan dihadiri 75 lelaki dan 25 wanita.

“Selesai solat Isyak, naskhah surah Yasin itu diambil dan diedarkan kepada jemaah. Seorang daripada jemaah lelaki menyedarinya dan memberitahu Abdul Rahman.

“Suasana majlis bertukar menjadi riuh apabila lebih ramai jemaah menemui gambar itu di dalam naskhah masing-masing,” katanya.

Gambar lucah itu tidak ditemui di dalam naskhah yang dikhaskan untuk jemaah perempuan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan laporan polis yang dibuat.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Sehingga kini belum ada tangkapan.

“Kita ingin menasihati jemaah dan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau meminta pentadbir masjid lebih berhati-hati menjaga masjid dan meletakkan pengawal untuk mengelak pencerobohan.

sumber: SInarHarian

--- kerja manusia jahil manalah ni..apa motif manusia ni buat perkara macam ni...ini melibatkan maruah agama dan sensitiviti umat islam...
Agar siasatan dijalankan dengan mendalam dan pesalah ditangkap secapat mungkin...

Wednesday, June 1, 2011

Tarif elektrik naik 2.23 sen ----apa komen anda

PUTRAJAYA - Sebagai sebahagian daripada proses merasionalisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan, kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun.

Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kW sebulan.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.

Mereka berkata, kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Harga gas asli naik daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU seiring dengan peningkatan harga tenaga global.

Chin berkata, kenaikan tarif elektrik itu juga melibatkan semakan tarif asas Tenaga Nasional Bhd (TNB) iaitu kenaikan sebanyak dua peratus atau 0.63 sen/kWj
daripada kadar purata tarif semasa.

“Semakan tarif asas ini akan membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan infrastruktur sistem penghantaran dan pengagihan,” kata beliau.

TNB dijangka melabur sebanyak RM4.5 bilion setiap tahun untuk menyediakan dan menaik taraf sistem infrastruktur bekalan elektrik.

Chin berkata, selaras dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan harga tenaga mengikut mekanisme harga pasaran, maka kerajaan telah bersetuju supaya mekanisme pelepasan kos bahan api diguna pakai dalam penetapan tarif elektrik di masa hadapan.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api fosil iaitu gas dan arang batu, kerajaan telah memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan pengguna disumbangkan kepada dana tenaga boleh diperbaharui (RE) untuk menampung kos tambahan ini.

Bagaimanapun, Chin berkata kutipan tambahan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.

sumber : sinarharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL