...Kategori-Kategori Pilihan...

Wednesday, August 24, 2011

Dah Ditunaikan Ke Belum? - Zakat fitrah

Salam buat semua kawan2 blogger semuanya...sy tahu ramai kawan2 blogger ni masih bawah tangunggang ibu bapa dan penjaga lg so x mereka yg akan tunaikan zakat untuk anda semua....
tp kawan2 blogger yg ada tangungjawab tu dah tunaikan ke belum...x apa masa masih panjang lg tp jgn sampai kejar tok imam pg raya dah lh..tp kalu dapat bayar pg raya belum sembahyang raya ok lh....kat sini nak kongsi pasal zakat fitrah sikit...

Zakat Fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat ramadan dan zakat fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yg berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 syawal (siang dan malam)

Kadar Fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya.

Syarat Zakat Fitrah
  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan Zakat Fitrah
  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal


Ni Niat Untuk Zakat Fitrah

Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.


p/s : so pada kawan dan teman2 yg berkenaaan ingat ya zakat fitrah mesti ditunaikan...


Tuesday, August 23, 2011

BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!

Gambar PALSU 1

Batu Terapung PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kanterapung tu ustaz..? )

Gambar PALSU 2

Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?

Gambar PALSU 3

Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?

Gambar PALSU 4

Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?

Gambar PALSU 5

Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..

Jadi.. Mana yang ASLInya..?

___________________________ …

Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga **serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;

http://www.qhazanah.com/?p=1349

Syukran.. **


p/s : terima kasih kepada abg yg sudi berkongsi tentang crita ini...ini lh kebenarannya...

Thursday, August 18, 2011

Kisah Hari Ini

Salam buat semua kawan2 blogger..aper khabar semuanya..sudah lama masa berlalu...hari ini dah 18 ramadhan..lama giler aku x menulis dalam blog ni...
aku pun xtahu samaada aku sibk atau buat2 sibuk tp yg pastinya semakin malas nak menulis sb byk benda kena pk...
tp main asyik dok pk jer bila xtau nak jalan...yg pasti hidup kena teruskan...mulut kena suapkan..belanja tetap kena belanja tiap2 saat....
kadang2 pk2 pun x kena..kalu x pk lg lh x kena adusss....bila lah agaknya nak dapat keje yg lebih elok dari sekarang keje yg boleh menampung kehidupan aku dan keluarga agar lbh selesa...dalam hidup yg bagai mimpi ni dah dekat setahun dah akuu kawin tp rezeki masih belum ada lg...mungkin ini semua dugaan tuhan dalam menguji akuu agar terus bersabar dalam hidup...
apa2 pun tq pada semua kawan2 yg byk membantu selama ini...tp aku rasa hidup aku semakin jauh dari realiti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL