...Kategori-Kategori Pilihan...

Sunday, September 16, 2012

Petua Dan Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

TIP-TIP DAN AMALAN
Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
Doa Nabi Zakaria surah Al-Waqiah selepas subuh lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

Diet Pemakanan
 Badam (almond) 5 Biji tiap hari
Buah Delima
Buah Zaitun
Buah Kurma
Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan.
Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
Jangan minum air kelapa

CARA SENAMAN BATIN
 Duduk bersila badan tegak
Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..
jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)


Masa Berjimak
 Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"
 1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
 3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
 4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
 5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.
 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
 7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
 8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
 9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
 10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Thursday, September 13, 2012

Tanda-Tanda Anda Mengandung Bayi Perempuan

Terdapat beberapa tanda yg boleh dikenalpasti jika anda mengandung bayi perempuan
antaranya

mengalami morning sickness di awal kehamilan
merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
payudara kiri lebih besar berbanding kanan
rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
bentuk perut condong ke arah atas
perut tampak agak lonjong
mengidam makanan yang manis
sukakan buah-buahan
suka minum air atau jus yang bersifat masam
anda lebih cerewet semasa hamil
mudah moody berbanding sebelumnya
kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
tidak suka makan roti bersama kulitnya
payudara kelihatan mengembang
suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

ini hanyalh tanda-tanda dan ramalan sahaja...
yg penting bayi dilahirkan sihat dan kuat...
kerana itu lh harta yg akan kita tinggal kan bila kita sudah tiada nanti...

sesumpahmerah ; bulan 10 ni akuu akan dapat anak pertama heheheehehhee...
syukur pada yg maha kuasa...

Alien, Adakah Sebuah Konspirasi Atau Kebenaran?


Berita tentang adanya Alien atau makhluk luar angkasa terus diperkatakan. Dan berita  terbaru mengatakan FBI mengumumkan tentang dokumen rahsia yang telah lama di sembunyikan. Dokumen itu mengatakan tentang piring terbang yang dipandu oleh alien, memang pernah jatuh di bumi. Memo super rahsia ini mendukung teori konspirasi yang selama ini dibuat seputar keberadaan alien di planet ini.

Rilisnya dokumen yang mulanya super-rahsia ini, tentunya membuat orang-orang yang meyakini teori konspirasi semakin yakin, keberadaan alien memang sengaja disembunyikani. Pengamat UFO juga gembira karana dokumen itu boleh menjadi bukti alien dan piring terbang memang benar wujud.

Dokumen menyatakan, UFO benar-benar mendarat di kota tersebut dan kemudian diangkut ke area rahsia, pangkalan Area 51.


Yang jadi pertanyaan kenapa FBI baru mengumumkannya sekarang ? Biasanya mereka menutupi semua berita tentang alien atau sejenisnya.
apa memang ada rahasia yang di sembunyikan ataukan memang sengaja membuat orang bertambah tertanya-tanya.
Ataukah ada rencana di balik semuanya ?
Lalu ada apa dengan Area 51 yang katanya tempat menyimpan mayat alien.

Saya ingin ajak anda berpikir sejenak dan jangan pernah terima berita mentah-mentah.

Marilah kita tengok kembali keadaan seperti apa yang namanya area 51 ?

Nellis Airforce Base (Area 51) di selatan Nevada yang terletak 8 mil (13 km) dari Las Vegas merupakan rumah dari beberapa rahsia besar dan Projek Hitam Amerika. Proyek rahsia seperti U2, SR71, B2A Bomber, F117A, dll.


Pada tahun 1994, sebuah UFO terakam oleh sistem radar pelacakan milik pemerintah di sebuah lokasi yang diketahui sebagai Area S30 di Nellis Test Range (Area 51). rakaman tersebut berhasil diseludupkan oleh salah seorang pegawai yang bekerja di sana dan dipublikasikan pada acara “SIGHTINGS” dari sebuah stesen TV.



Objek ini terlihat aneh untuk beberapa alasan. Ia tidak terlihat seperti sebuah pesawat pada umumnya, ia tidak memiliki sayap dan tidak terdapat tenaga pendorong yang terlihat. Bentuk objek ini tidak dapat ditentukan. Dalam videonya, objek terlihat berubah-ubah dari frame ke frame. Ia terlihat seperti 4 bola dengan bagian yang lebih gelap di tengahnya. Dalam videonya objek terlihat melakukan pergerakan yang tidak dapat dilakukan oleh pesawat-pesawat pada umumnya.

Tapi apa benar kalau yang melintas di area 51 adalah UFO ?




Robert Scott Lazar (Bob) mengatakan bahawa dia pernah bekerja sebagai psikis dari tahun 1988 hingga 1989 di sebuah area yang bernama S-4 (Sector Four), berlokasikan di dekat Groom Lake, Nevada, di dekat Area 51. berdasarkan pernyataan Lazar, S-4 merupakan markas militer rahsia untuk mengkaji akan piring terbang (flying saucers). Lazar berkata bahwa dia melihat 9 piring terbang alien yang berbeza dan dia juga melihat semua dari rancangan gaya pendorongnya.
Dia diperkenalkan untuk bekerja di S-4 oleh Dr. Edward Teller. Tugasnya adalah riset saintifik dari sistem gaya pendorong dari salah satu UFO. Lazar berkata bahwa saat dia pertama kali melihat 9 UFO tersebut, dia berpikir bahwa itu merupakan rahsia besar yang percubaan terbangnya (testflight) dilaporkan sebagai UFO dalam media massa.


Untuk bahan bakarnya, Bob Lazar menjelaskan bahwa UFO menggunakan unsur 115 sebagai bahan bakar nuklirnya. Unsur 115 menyediakan sumber tenaga untuk menghasilkan anti-gravitasi. Hasilnya merupakan distorsi gravitasi dari medan gravitasi disekelilingnya. Kendaraan yang menghasilkan distorsi ini dapat mengubah hubungannya dengan ruang disekitarnya. Membuatnya dapat memendek jarak dengan arah tujuannya.



 Intinya AS telah berhasil menciptakan teknologi piring terbang yang di beritakan media adalah UFO

Bukan hanya pesawat saja, Lazar menambahkan tekhnologi AS juga sedang mengembangkan makhluk yang menyerupai Alien. Mungkin untuk lebih hebatnya anda pernah lihat film AVATAR yang bercerita tentang pembuatan makluk luar angkasa dengan memakai DNA manusia juga di operasikan  oleh manusia.




sesumpah : teknologi semakin berubah dan maju...manusia semakin cuba untuk mencipta sesuatu yg diluar akan fikiran, jika difikir dengan akal yg biasa mungkin ini mustahil..tp jika difikir dengan otak manusia yg dikatakan lebih hebat dari komputer perkara ini tidak mustahil...

semua negara ingin menuju ke depan lebih dari negara lain..jadi macam2 teori dan konspirasi yg dilakukan untuk memastikan sentiasa di depan...

fikir-fikir kn lh...

di sini saya ingin kongsi 1 video dari teknologi amerika..
tp saya tidak tahu ini adakah benar atau pun konspirasi..
tp yg jelas teknologi mereka lebih ke depan...





sumber : beritaterkiniheboh.blogspot

Wednesday, September 12, 2012

Nostalgia Silam - 5 Delta Dalam Kenangan

Salam buat semua teman dan kawan2....
aku godek2 terjumpa gambar kenangan masa belajar2 dulu...
tgk kat gambar dah lh ganbar hitam putih rasa mcam tahun 60an pulak...
tp ni gambar tahun 2000...
masa ni tingkatan 5 kat sekolah menengah kebangsaan jelawat bachok kelantan...


bila tengok gambar ni...banyak dah berubah...
boleh dikatakan ramai dah yg kawin dan dapat anak...
syukur2...
semua dah keje...
ada jadi askar, polis, cikgu,akautan, suri rumah...
rasa bangga tgk kawan2 semua keje...
aku gak lh yg masih mencari kerja dan mengangur...
bila lh keje nak datang kat aku ni ya...

sesumpahmerah : cuba teka mana 1 akuu??????????

Sunday, August 26, 2012

15 Perkara Mengundang Bahaya - Wajib Baca

15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA 

Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu: 

Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu 

Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 

Zakat dijadikan hutang 

Suami mengikut kehendak isteri 

Anak menderhakai ibunya 

Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya 

Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya 

Suara sudah ditinggikan di dalam masjid 

Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka 

Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya 

Arak diminum di merata-rata tempat

 Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki) 

Para artis disanjung-sanjung 

Muzik banyak dimainkan 

Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu 


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Imam Turmizi) 

 Huraian hadith: 
 Semua perkara di atas sudah biasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Sebab itulah banyak bala diturunkan Tuhan. Kekayaan negara biasanya berlegar di kalangan kaum keluarga pemerintah dan sahabat handainya sahaja (kroni). Sekiranya ada apa-apa peluang untuk mendapatkan duit, maka kaum keluarga dan sahabat handainyalah yang akan didahulukan. Zakat tidak dibayar atau pun ditunggak-tunggak, suami ikut cakap isteri (queen control), anak-anak melawan ibu bapa, masjid digunakan untuk bercerita hal-hal keduniaan dan berlawak jenaka, arak mudah didapati, para artis menjadi pujaan, muzik menjadi teman seharian dan lain-lain.

Wednesday, August 8, 2012

Antara Dua Darjat


Beza mereka:
orang yg berharta dan berpegaruh:
 org sentiasa berfikir dan meyangka mereka berharta dan gembira walau pun dalam keadaaan mereka hanya tinggal seringgit di dalam bank dan bersedih...
mereka tidak pernah mengeluh atau menunjukkan kesedihan tp sentiasa cuba mencari penyelesaian

orang miskin dan pekerja:
 mereka sentiasa fikir susah untuk berjaya dan mendapatkan harta yg banyak seperti org2 kaya kerana segalanya perlukan modal yg besar...
mereka akan menampakkan kesedihan dan merungut2 dengan kehidupan

Beza mereka hanya pada pemikiran dan keberanian dalam mengubah nasib...
ingat lh PERUBAHAN adalah penting dalam hidup dan perubahan itu adalah sesuatu yg tersangat sukar..
....Merubah Diri Sendiri Adalah Lebih Sukar Dari Kita Merubah Org Lain...

Kita boleh melihat org lain, pergerakan dan personaliti..kita akan menegur dan berharap mereka berubah
tapi untuk diri sendiri kita sukar mengesan kerana setiap pergerakan dan personaliti itu telah menjadi rutin dalam hidup kita....

Mungkin selangkah dan perubahan mampu membawa seribu kejayaan...
tapi 1 langkah itu lebih berat dari segunung kinabalu...
selagi kita tidak dapat nampak kejayaan di hadapan...

tapi kita mudah berubah bila nampak kejayaan orang lain dan kita mula ingin berangan untuk jadi seperti mereka walaupun mereka hanya menggunakan kita untuk kejayaaan mereka...

bantuan yg sebenar bukan dari org lain tp dari dalam diri kita sendiri..yg kuat menarik kita untuk tidak berubah...pecahkan lh dinding kota lama itu maka kita bina istana baru yg lebih gemilang....

....Cari lh Keberkatan Walau Kita Miskin Atau Kaya....
kerana harta akan ditinggalkan jua

Tuesday, August 7, 2012

Mati Itu Pasti

Salam buat teman semua...
hari ini sudah 18 ramadhan...
masa terus berlalu tnapa sesaat pun menuggu kita...
bila hari2 terus berlalu itu beerti kita terus kehilangan masa dalam kehidupan...
sehari berlalu bermakna sehari kita semakin dekat dengan kematian..
walau apa pun yg telah terjadi atau akan terjadi yg pastinya hidup mesti kita teruskan...
biarkan kisah2 lalu menjadi kenangan dan pegajaran dalam menempuh masa depan yg masih belum kita tahu mana hujungnya....
kita tiada beza dengan banduan akhir di penjara...
banduan itu akan mati bila tiba tarikhnya..begitu juga kita..tp banduan itu mungkin lg bernasib baik dari kita kerana ia sudah tahu bila tarikh akhir hidupnya dan masa yg ada boleh digunakan untuk menginsafi diri dari kesalahan lalu...
tapi kita sama seperti mereka kita juga akan mati yg bezanya kita tidak tahu bila tarikhnya akan tiba...mungkin tahun depan atau tahun ini atau minggu depan atau minggu ini atau lusa,esok atau hari ini,,ataupun seminit lg....
tidak ramai org yg ingat akan kematian tapi terlalu ramai yg alpa dengan dunia...
harta benda lebih penting dari keberkatan hingga membuat kita lupa akan bekalan ke hari depan....
aku juga insan lemah yg selalu lupa akan kematian bila dibelai keenakan dunia yg pelbagai...
dugaan dan ujian dunia ini sangat indah dan mengasyikkan hingga ramai terlalai dibuainya...
Ya ALLAH swt kau ampunkan lh dosa2 lalu ku..
ku mengharapkan redha dan keberkatan dari mu....
ku berdoa agar ku mendapat kebahagiaan dalam hidup di dunia dan di akhiratMu, ya ALLAH swt

Cukupkah AMALANku untuk menghadapmu YA ALLAH swt?
AMPUNKAN AKU...

Monday, July 30, 2012

Politiking - Dua Video Bercerita - Antara Kerajaan Dan Pembangkang

Salam Buat semua teman dan kawan2...
hari ni aku nak update pasal politik hahahahahahaaaa....
aku tringat kata2 Doktor yg mengajar aku dulu...dia menegur aku kerana aku berkata bosan dengan akhbar hari2 cerita pasal politik..
dia kata "pa walau sejauh mana kita tidak suka politik tp kita tidak boleh lari dari politik..macam2 mana pun kita akan berpolitik jugak..paling tidak pun depan mertua kita..berpolitik nak ambil hati mertua"
trima kasih Doktor atas nasihat itu...

dalam asyik2 berjongging di dunia maya ini aku terjumpa lh video lagu tema JANJI DITEPATI lagu baru untuk merdeka...dan 1 lagi video OLEY tentang hudud...

Video ni di buat oleh dua parti yg berbeza...Kerajaan Dan Pembangkang...

Kat sini aku nak share sikit pasal video ni gan kawan2 semua...dan cuba kauorg semua komen...



Bila tgk video ni..selain dari menghayati isi kandungan video cuba kita tengok kat like dan dislike...
dari situ kita dapat tahu video mana lebih popular kan...
aku tidak tahu lh kenapa..mungkin ada yg like kerana pengisian video itu dan mungkin yg dislike tu dari pihak yg bertentangan...

1 jer nak tanya...
agak2 pilihanraya lambat lagi ker?....





sesumpahmerah : xnak ulas banyak2, lihat lh sendiri dan nilai sendiri kerana semua manusia ada pendapat masing2...yg pasti pilihanraya bukan sekali seminggu hehehehee..oleh itu buat lh pilihan yg tepat...

Thursday, July 26, 2012

Yang Paling

Yang Singkat Itu "WAKTU".

Yang Menipu Itu "DUNIA".

Yang Dekat Itu "KEMATIAN".

Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".

Yang Berat Itu "AMANAH"

Yang Sulit Itu "IKHLAS".

Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".

Yang Susah Itu "SABAR".

Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".

Yang Membakar Amal Itu "MENGUMPAT [GHIBAH]". 

Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".

Yang Berharga Itu "IMAN".

Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".

Yang Ditunggu Allah Swt. ♥ Itu "TAUBAT"

Yang Paling Anda Takut ---> ???????????

Wednesday, July 4, 2012

Apa Yang Mereka Cari Kat Blog Sesumpahmerah?

Salam buat semua...
entry hari ni sajer jer sebenarnya..
kau org tentu pernah cek kan dekat search keyword blog kauorg kan...
biasa apa yg org search dan jumpa blog kauorg...
ni salah satu search keyword kat blog sesumpahmerah...


menarikkan search keyword ni...
hahaahahahaa..
tiap kali aku cek search keyword mesti banyak jumpa search yg lucah2...
adussss...
terasa bersalah pulak diri ini...

Sunday, July 1, 2012

Apek (Khairul Fahmi Che Mat) Berlakon

salam semua...lama aku x update blog ni heheheehhe...
almaklum lh...bz sikit skg...
ni aku ada 1 video lakonan Apek atau khairul fahmi che mat..penjaga gol kelantan dan kebangsaan...
cuba kauorang tgk komen macam mana lakonan saudara kita ni...
ok x...




sesumpahmerah: dulu pernah gak jadi pelakon kat sekolah hahahaahhaaa...

Friday, June 22, 2012

Kisah Iblis Bertemu Dengan Rasulullah s.a.w



KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:


"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H

Wednesday, June 13, 2012

Kebakaran Di Hdapan Uitm Machang

Semalam, 12 June 2012...
satu tragedi kebakaran telah berlaku di hadapan uitm machang yg telah memusnahkan asrama pelajar perempuan....

Salam...
yang aku nak crita kat sini adalah...
pertama, kesian pelajar yg terlibat..baru 3 hari datang daftar..barang2 xsempat simpan lg tp hancur musnah menjadi abu..laptop2..kamera2 dslr, kain baju, buku2, dan artwork semua musnah...

kedua, bersyukur pada ilahi kerana tidak menlibatkan nyawa dan semua selamat kerana kebanyakan penghuni tiada di rumah kerana ada kelas...

ketiga, syukur pada yg maha esa kerana kedai aku yg berdebelahan yg ada signboard double a tu tidak terkena...hanya sedikit syiling dan signboard yg kena..

keempat, terima kasih kepada abang2 bomba yg bertungkus lumus menjalankan tugas menyelamat...sehingga kena guna 3 jentera bomba untuk memadam api...

punca kebakaran yg dimaklunkan adalah kerana lintar pintas...so adik2 semua kalau nak tinggalkan bilik silalah pasti kan semua suis off ya..neringat sebelum kena....

sesumpahmerah: syukur pada Allah s.w.t....

Monday, June 11, 2012

Lelaki Vs Wanita - Part 1


Kisah Di Bank..

Seorang lelaki sedang menuggu nombor giliran untuk kekaunter...
tiba2 seorang lelaki masuk nak menegur lelaki itu sambil senyum...
lelaki 1 :"ramai lak org hari ini.."
lelaki 2 : "entahlh..."
lelaki 1 :" nombor berapa?"
lelaki 2 :"2099"

lelaki 1 terus duduk dan diam sambil menunggu nombor gilirannya....

Di bahagian hadapan lelaki tadi ada seorang wanita sedang menuggu nombor gilirannya...
tiba2 seorang wanita lagi masuk dan duduk ditepi wamita tadi...
wanita 1 :" salam..nombor berapa?..kenapalah ramai sangat org hari ni..dah lh hari ini panas"
wanita 2 :"tak tahu lh biasa tak ramai..ni nombor baru 2045..saya punya 2066..lambat lagi..dah kaunter   lambat dari tadi lagi menunggu ni"
wanita 1 :"yeker...sabar je lh...mari dari mana lg ni?"
wanita 2 :" bla bla bla bla...bla ...bla
wanita-wanita itu terus berbual sampai lh keluar dari bank....
adussssss...

heheheheeheheheheheeeee...

kesimpulannya...anda simpul lh sendiri kat ruangan komen kat bawah ni ya...

sesumpahmerah : sabar je lh.....

Friday, June 8, 2012

Pergerakan Wanita Yg Boleh Membuat Lelaki Bernafsu



1. Memusing kepala dan menguak rambut 
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Pastikan anda memakai deadorant dan ketiak tidak berbau hehehehehee....

2. Muncung, basahkan bibir dan buka sedikit mulut 
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik. Tapi awas jangan selalu muncungkan bibir takut nanti bibir jadi panjang lak heheheheheee.... 

3. Sedikit sentuhan tubuh 
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka. Sebelum melakukan pergerakan ini pastikan keadaan sekeliling selamat terlebih dahulu ya....takut nak goda yg lain tp yg lain lak tergoda...

4. Jelingan atas bahu yang terangkat 
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakang. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia. Bila dia dah perasan buat2 lh jual mahal sikit takut nanti nampak wanita lak terlebih mengada....

5. Usap objek bulat 
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya. Nak usap tu tengok2 objek gak ya takut tersilap usap benda yg tak sepatutnya nanti jadi lain lak....

6. Jengketkan pinggul anda 
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa. 

7. Lenggokkan pinggul anda 
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda. 
Macam itik pulang petang daaaaa.....

8. Dedahkan pergelangan tangan 
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini. 

9. Kekalkan minat si dia 
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda. Pastikan beg anda tidak menampakkan wang takut nanti makan anda lak kena bayar heheheheee....

10. Halakan lutut ke arah si dia 
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.
Khas untuk yg dah berkahwin....


sesumpahmerah: tip2 ini ditujukan khas pada yg sah kahwin ya..yang masih solo, diharapkan jangan bermain dengan api takut terbakar diri sendiri....

Wednesday, June 6, 2012

Cara Mudah Hasilkan Duit Dari Blog


Salam buat semua teman dan para sahabat....
entry kali ini saya nak kongsi cara mudah mendapatkan duit dari blog heheheeheheee...
baiklh sebelum saya memberitahu caranya saya ingin sentuh dulu mengenai DUIT dan pandangan kita pada duit....
DUIT...MONEY atau PULUSss...semua org inginkan duit yg banyak kerana bg pandangan sesetengah pihak duit adalah segalanya....
.....MONEY IS EVERYTHING....
ok...cuba kita lihat perspektif duit dari dua pandangan berbeza..pandangan pada zaman sekarang dan pada 1 masa dahulu...
Di zaman sekarang duit adalah segala-galanya, manusia sangup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit, hingga ada yg menghalalkan cara untuk mencapai matlamat...
Pada masa dahulu zaman datuk2 nenek2 kita dahulu mereka lebih mementingkan keberkatan lebih dari nilai duit itu,,mereka sangup belapar dari mendapatkan duit dengan cara yg tidak berkat...malah mereka sangup berhabis duit dan harta untuk menunaikan haji, rukun islam kelima....
itu pandangan saya pada duit lh....

Baiklh sekarang saya ingin kongsi cara mendapatkan duit dari blog....
Setiap blogger ada tujuan masing2 bila mula berblog...
ada yg ingin jadikan diari hidup...
ada yg ingin berkongsi maklumat...
ada yg ingin berpolitik dan bergosip..
dan macam2 ber lg lh tujuan berbloger ni....
tapi bila masuk kedunia blog ni ramai yg mula kenal akan iklan2 yg boleh mendapatkn hasil sampingan dari blog..bermacam2 cara nak dapatkan hasil sampingan itu...
ada yg kata bila follower ramai maka akan cepat lh dapat hasil..maka ramai lh buat macam2 strategi nak tambah follower..maka bermacam2 segmen dan hadiah2 lh yg dijanjikan...
u follow me i follow back lh....tp nak org follow kita dulu baru nak follow balik...kenapa tidak kita jer yg follow dulu nanti dia follow lh balik kalu dia suka blog kita lh heheheehee....tp kadang2 sekali tu jer masuk blog tu..folllow lepas tu tidak tahu lh bila pulak nak g ziarah....
Bila dah tahu akan iklan2 mcam ni ramai lh blogger yg pasang iklan sb nak dapatkan hasil.
Terdapat ramai blogger2 lama dan baru mula tayang dia punya income...
siap print pages gambar income dia nak tunjuk kat blogger2 lain dgn riak nya kata dapat itu lh dapat ini lh tp kat ruangan jumlah RM yg dapat tu blurkn lak..kenapa xtunjukkan dah kata dapat banyak...

Semua blogger tahu iklan di bayar melalui jumlah klik pada iklan dan jumlah pelawat yg datang kat blog itu...
sb itu lh ramai blogger cuba untuk tarik perhatian dan ada yg sangup letak mcam2 cerita2 kontroversi janji ramai orang datang padahal tidak tahu cerita itu betul atau salah..secara tidak langsung menjadi egent penyebar fitnah lak....
Untuk pengetahuan teman2 dan sahabat cuba tengok blog apa paling ramai pengunjung kat malaysia ni...
Pertama BLOG POLITIK...setiap kali ada isu blog ni paling ramai reader dia walaupun dia punya follower kurang...
Kedua BLOG GOSIP...blog2 ni ramai pembaca dan ramai juga follower, kerana dah lumrah rakyat malaysia ni suka sangat gosip2 artis yg kadang2 tidak tahu betul ke x,,,,
Ketiga BLOG2 OTAI (katanya)...ni blog2 yg ramai follower dan diangap otai kerana dah lama berblog..xperlu lh aku bgtau blog saper kerana ramai blogger2 baru yg follower dan promote diaorg secara free sb tu diaorg semakin femes....
ada macam2 lg blog2 tp setakat 3 tu sudah jelaskan untuk menunjukkan blog mana paling ramai reader dan follower dan dapat duit lebih sikit...

Sebelum saya bgtau caranya say ingin bertanya...
ADAKAH ANDA BLOGER FULLTIME @ PARTTIME?
yg fulltime ni maksudnya tiap2 hari atau tiap2 jam dia update blog dia paling kurang pun semingu 5 kali...
kalau anda update blog pun sebulan sekali atau sebulan 5 kali maka susahlah nak dapat income yg diimpikan...

Kesimpulannya untuk dapatkan hasil yg diimpikan blog anda mestilh femes, ramai follower dan reader,
maknanya kena selalu update dan promote blog anda...

tapi ni cara yg lagi mudah.....
Pastikan anda ada blog dan komputer anda ter ON...
gerakkan mouse anda ke atas belah kanan blog anda lepas tu tekan SIGN OUT..
terus turn off computer anda dan pergi cari kerja yg jelas anda akan dapat gaji atau berniaga yg mendapatkan hasil heheheheehhee...
kalu tungu nak dapat hasil dari blog gak...cuba anda kira dalam masa 6 bulan berblog berapa anda dapat..lepas tak bayar bill broadband heheheheehe....
kalu tak lepas maknanya kena cari keje lh tu ya kawan2...

JANGAN MARAH GURAU JER...

sesumpahmerah : entry ni untuk pemahaman jer, jgn marah ya..amacam dapat banyak tak income, cuba try bg komen sikit....

Monday, May 28, 2012

Sesumpah - Haiwan Ajaib



Salam buat semua kawan2 dan para2 sahabat... Entry baru ini aku ingin memperkenalkan akan kehebatan sesumpah atau sumpah-sumpah atau pokko (bahasa kelantan) atau juga dikenali sebagai chameleon...

Sesumpah merupakan reptelia yang mempunyai kekuatan untuk berpegang dengan kuat pada sesuatu objek sekalipun ia berlaku ribut tiupan angin kencang. 

Tahukah para sahabat bagaimanakah sesumpah mampu sehebat sedemikian? 
Sesumpah mempunyai sejenis ‘pelekat’ di bawah tapak kakinya seperti sejenis gam. Manakala pada bahagian ekornya pula begitu kuat untuk membolehkannya bergayut pada dahan pokok. 
Warna badan sesumpah sering berubah-ubah warna mengikut perubahan emosinya dan bukan pula pada persekitarannya. 

Kebiasaannya apabila kulit sesumpah berwarna cerah, ini bermakna keadaannya dalam situasi tenang dan stabil. Akan tetapi awas sekiranya warna kulit badannya semakin gelap reptlia itu sedang berada dalam keadaan tertekan. Bermakna ia tidak mahu diganggu. 

Sesumpah mampu merubah warna badannya mengikut cuaca ia juga bertujuan untuk mencari pasangannya. Manakala untuk menghalau musuhnya, Sesumpah akan menggembangkan badannya sehingga dua kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya. Sekiranya strategi tersebut gagal, Sesumpah akan menggunakan satu lagi strategi dengan melarikan diri dari mangsanya. 
Amnya kelajuan yang boleh di capai bagi seekor Sesumpah boleh mencecah enam meter sesaat, cukup laju untuk melarikan diri dari musuhnya. 

Sesumpah juga berkebolehan melihat dalam sudut 360 darjah bagi membolehkan ia memerhatikan pemangsanya tanpa bergerak walau seinci pun.
Ini jelas menunjukkan sesumpah peka pada persekitaran walaupun kita tidak melihat dia berubah atau hanya diam sahaja.

Tanpa menggerakkan badannya ke mana-mana arah sesumpah juga berupaya meluncurkan lidahnya dengan kepantasan 13 meter sejam. 
Apabila mangsa dapat di terkam maka potensi untuk melarikan diri amat tipis. Begitulah berbahayanya sesumpah kepada mangsanya.
Itulah sesumpah atau Chameleon atau pokko kehebatannya tiada siapa yang dapat menandinginya 

Repunzel dan Rango adalah antara dua filem yang menggunakan sesumpah sebagai watak utama...

Jom layan video akan kehebatan sesumpah dalam meniru warna objek yg berdekatan dengannya...

Wajib Tengok....

heheheehheeeee.....
Hebatkan haiwan ini...

Sesumpahmerah : heheeheheheheheee...so jangan cepat kita menilai seseorang, walau pun kita tengok dia diam dan slow tapi kita tidak tahu akan skill dan kehebatan yg dia ada selagi dia tidak tunjulkan...mungkin dia bukan seorang yg ego dan meniggi diri..hanya menggunakan ilmu diwaktu yg sesuai...merendah diri dan baik hati serta jujur heheheeheheee...

Blogger Station Group - Ping Entry Here




Salam Buat Kawan2 dan Teman2 semua...
Entry hari ini aku ingin mengajak semua kawan2 dan para sahabat untuk join atau menyertai 1 group blogger di facebook yg di beri nama BLOGGER STATION.

Group Ini Diwujudkan Sebagai Tempat Untuk Menambahkan Persahabatan Antara Blogger Dan Untuk Mengeposkan Entry Masing2.. Diharap Group Ini Dapat membantu Anda.. Diharap Blogger semua tidak membuat SPAM (iaitu meningalkan link biru dalam ruangan komen blogger lain)

Ini adalah salah satu SEO teknik untuk blogger2 terutama blogger2 baru mempromosikan blog anda dan menambah follower anda serta mengeratkan hubungan antara blogger.
Dengan menyertai group BLOGGER STATION ini anda dapat ping kan entry2 terbaru anda di group ini.

So apa tunggu lagi..jom kita sama2 memeriahkan group BLOGGER STATION ini..
.....ask to join.....
sila klik di sini ----> BLOGGER STATION

sesumpahmerah : kepada semua kawan2 yg sudi silalh copy entry ini dan heboh2 kn kepada teman2 dan sahabat. terutamanya blogger2 baru...terima kasih...

Sunday, May 27, 2012

Pencarian Admin Untuk Kelate Warise Kito


salam kawan2 semua...
ni Khas untuk orang-orang kelantan..kalu bukan orang kelantan pun buleh jugak...
admin pages Kelate Warise Kito mencari beberapa org admin baru untuk menjadi admin pages ni..
saper2 yg berminat boleh masuk ke pages ni kat facebook..
dan ikut syarat2 di atas...
pada saper2 yg berminat boleh PM kat admin Kelate Warise Kito

Kepada yg berminat boleh PM dengan kadar segera sementara stok masih ada heheheheehee....

Menarik Megenai Warna Merah


1. Merah juga bererti "indah/ cantik" dalam bahasa Rusia.

2. Kata "ruby" berasal dari kata "Rubens" dalam bahasa Latin, yang bererti "merah".

3. Warna merah tidak benar-benar membuatkan perak marah, Perak sebenarnya buta warna.

4. Setidaknya ada 23 jenis yang berbeza dari krayon merah.

5. Garis-garis merah di Bendera Amerika Serikat ertinya berdiri untuk keberanian.

6. Pengantin Cina tradisional mengenakan gaun pengantin bewarna merah untuk keberuntungan, Di Cina   merah diasosiasikan dengan keberuntungan dan keuntungan.

7. Melihat warna merah boleh membuat jantung Anda berdetik lebih cepat.

8. Sedikitnya, dua persen orang di Amerika Serikat memiliki rambut bewarna merah.

9. Dalam warna budaya Cina, merah berhubungan dengan lima elemen utama, arah dan empat musim. Merah dikaitkan dengan musim panas, api dan arah Selatan.

10. Di Jepun warna merah adalah warna tempat/kuil perlindungan Shinto.

11. Di Inggris, bilik telepon merah dan decker merah bus tingkat adalah ikon nasional.

12. Di India, tanda merah di dahi dikatakan membawa keuntungan.

13. Merah adalah warna yang paling terkait dengan Uni Soviet selama pemerintahan komunis, Bolshevik menggunakan bendera merah sebagai simbol mereka ketika mereka menggulingkan tsar pada tahun 1917. Itu adalah bagaimana merah menjadi warna komunisme.

14. Warna merah memiliki pengaruh untuk manusia secara mental dan fisik, ini beberapa pengaruhnya : Meningkatkan semangat Merangsang energi Mendorong tindakan dan keyakinan Rasa perlindungan dari ketakutan dan kecemasan

15. Dalam beberapa dekad terakhir, para ilmuwan telah melaporkan keberhasilan mereka dalam penggunaan cahaya merah yang efektif dalam pengubatan sakit kepala migrain dan kanker.

16. Perempuan/ Lelaki yang menggunakan warna merah membuat lawan jenisnya lebih tertarik.

17. Merah adalah warna pemenang .

18. Warna merah dalam dunia pendidikan bererti buruk.

19. Warna merah sering menjadi warna khas pakaian tradisional untuk pernikahan.

20. Di zaman romawi kuno, bendera merah adalah simbol untuk memulai pertempuran.

21. Kerana efek visual, tanda berhenti, lampu merah, lampu rem, dan peralatan api semua dicat merah.

22. Orang mesir kuno "menganggap" diri mereka adalah bagian dari "ras merah", dan mereka memberi penekanan dengan mengecat tubuh mereka dengan warna merah.

23. Warna merah sebagai warna berkabung/ duka cita ? hanya di afrika selatan ! .

24. Kata "red" banyak digunakan di frase kata dalam bahasa inggris.


Sesumpahmerah : Sesumpahmerah adalah seorang yg megemari warna merah yg juga penyokong setia pahlawan merah (RED WARRIOR) yg berasal dari Kelantan yg mempunyai bendera berwarna merah tetapi bukan berasal dari daerah Tanah Merah tetapi mempunyai syarikat yg bernama REDCHAME TRADING (redchame.blogspot.com) hehehehehehee....Banyaknya Merah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL