...Kategori-Kategori Pilihan...

Sunday, August 26, 2012

15 Perkara Mengundang Bahaya - Wajib Baca

15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA 

Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu: 

Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu 

Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 

Zakat dijadikan hutang 

Suami mengikut kehendak isteri 

Anak menderhakai ibunya 

Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya 

Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya 

Suara sudah ditinggikan di dalam masjid 

Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka 

Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya 

Arak diminum di merata-rata tempat

 Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki) 

Para artis disanjung-sanjung 

Muzik banyak dimainkan 

Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu 


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Imam Turmizi) 

 Huraian hadith: 
 Semua perkara di atas sudah biasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Sebab itulah banyak bala diturunkan Tuhan. Kekayaan negara biasanya berlegar di kalangan kaum keluarga pemerintah dan sahabat handainya sahaja (kroni). Sekiranya ada apa-apa peluang untuk mendapatkan duit, maka kaum keluarga dan sahabat handainyalah yang akan didahulukan. Zakat tidak dibayar atau pun ditunggak-tunggak, suami ikut cakap isteri (queen control), anak-anak melawan ibu bapa, masjid digunakan untuk bercerita hal-hal keduniaan dan berlawak jenaka, arak mudah didapati, para artis menjadi pujaan, muzik menjadi teman seharian dan lain-lain.

3 kata-kata para sahabat......:

CikMai said...

astaghfirullah.semua dh terang lagi nyata

KA! said...

hi sesumpah masih engat lagi tak saya? rasa dah lama abg sesumpah tak jenguk sy tul tak? Salam Aidilfitri untuk abg sesumpah
http://www.klik-aje.com/

sesumpahmerah said...

sori lh kawan2 semua...terlalu busy sekarang...banyak kerja nak buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL