...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 - Dimana Kedudukan Anda


Hanya 1 Persoalan...Dimana Anda Berada?
                                 Kiri...
                                 Kanan...
                                 Tengah...

Anda yg tentukan.....Kembali kepada punca...Selidiki..Tafsirkan...Nilaikan
Lihat lh....Sebelum...Semasa...Selepas...



Sunday, April 29, 2012

Neelofa - Cantik Menawan

Muka hadapan Hmetro hari ini menceritakan akan kecantikan yg diwarisi oleh keluarga neelofa.... Tiba2 terasa nak kongsi crita ni sb Neelofa org pasir mas kelantan hehehehee... Bak kata org tua2 dulu dulu pasir mas kelantan ni kilang wanita cantik.... Ni Berita nya.... 




BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak. Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu. Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan. Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza. Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun. “Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad. 


Jom kita tgk gambar2 keayuan dan kecantikan neelofa...
 
  

p/s : kecantikan hanya sementara dan ia hanya pinjaman dunia..yg penting amalan kita...jangan rasa rendah diri bila andai rasa diri anda tidak secantik org lain tp cantikkan lh dalaman mu sahabat...

BERSIH - SIAPA AMBIGA SEBENARNYA? - Ini Sejarah

Aku bukan penyokong politik tp aku pencinta islam...
mungkin ada yg akan marah dgn apa yg akan aku siarkan ini tp ini adalah hakikatnya....
mungkin juga ada yg menyokong kerana ini adalah sejarah sebenarnya...
ini ada video menarik untuk kita tonton tentang sejarah yg pernah berlaku di malaysia yg menyatukan umat islam tidak kira parti politik yg menentang golongan jahil (siapa mereka)...
anda tonton sendiri dan nilaikannya...



kepada kawan2 semua..sila bg komen yg membina...

Saturday, April 28, 2012

The Avengers 2012 Full Movie




Sinopsis Movie...
Filem The Avengers menceritakan ikon adiwira Iron Man lakonan Robert Downey Jr, The Incredible Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Black Widow (Scarlett Johansson) serta Nick Fury (Samuel L Jackson) iaitu pengarah agensi keamanan antarabangsa dikenali S.H.I.E.L.D untuk beraksi di bawah payung pasukan Avengers. Nick terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh baru yang lebih berkuasa didalangi Loki (Tom Hiddleston) yang juga adik Thor. Namun, usahanya bersama Ejen Coulson (Clark Gregg) dibantu Ejen Maria (Cobie Smulders) tidak mudah apabila setiap adiwira itu perlu diyakinkan terlebih dulu. Selain sarat elemen pergaduhan menentang kejahatan Loki yang cuba menakluk bumi, turut diselitkan unsur kerjasama dan kesepakatan antara adiwira meskipun awalnya mereka tampil dengan ego masing-masing dan saling berlawanan. Penonton juga berkesempatan melihat bagaimana watak The Hulk terkenal sebagai makhluk hijau yang gagal mengawal kemarahan bertukar menjadi hero dan lebih fokus menentang musuh utama. Tidak ketinggalan, Captain America yang terperangkap dalam ketulan ais ketika Perang Dunia Kedua perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zaman moden tanpa orang tersayang dan rakan seperjuangannya.

Download Full Movie Here [LINK]
Sementara Stok Masih Ada heheehhehe...

Thursday, April 26, 2012

Dira Nafi Minum Peluntur

17 Apr - Pengacara rancangan hiburan tempatan, Melodi iaitu Dira Abu Zahar mengaku berada di hospital pada hari Ahad yang lepas di hospital kerajaan di Hospital Serdang, namun menafikan ia disebabkan cubaan membunuh diri dengan meminum cecair peluntur pakaian. Dia didakwa telah cuba membunuh diri dengan meminum peluntur pada hari Ahad yang lepas. Ada saksi yang melihat kelibatnya dimasukkan ke wad kecemasan disamping ada keluarga terdekat ketika itu dengan keadaan yang lemah dah mengalami muntah yang banyak, namun memberikan kenyataan yang berbeza. "Saya berada di hospital berkenaan kerana mempunyai gastrik. Ianya penyakit keturunan, adik beradik saya keempat-empatnya mempunyai masalah yang sama. Nasib tidak menyebelahi apabila pada hari Ahad yang lepas saya dimasukkan ke wad akibat dari masalah tersebut. Tambahan pula, saya memiliki tekanan darah rendah, doktor memberitahu perkara ini terjadi di akibatkan tekanan kerja yang saya hadapi. Ketika kejadian, jika ada yang melihat saya, saya tidak berapa pasti kerana ketika itu saya tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku seterusnya. Yang pasti saya telah dimasukkan ke wad,"ujarnya. Apabila diajukan pertanyaan mengenai dia dimasukkan ke wad kecemasan akibat dari masalah tekanan lantas meminum peluntur, dia menafikan sekeras-kerasnya dan seperti mahu memarahi pihak wartawan yang cuba mendapatkan pengesahan darinya. "Perkara ini yang membuatkan saya tertekan. Saya mempunyai masalah gastrik dan apabila ditahan wad, doktor memberitahu saya ada appendix pula. Tiada kena mengena dengan meminum bahan peluntur. "jelasnya dengan tegas. Walau bagaimanapun, keadaan pengacara dan juga pelakon popular ini beransur pulih apabila dia telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari Isnin yang lalu. Dira atau nama sebenar, Khaidhirah Abu Zahar pernah terlibat dalam kes pergaduhan di dalam sebuah kelab di ibu negara baru-baru ini namun tetap menafikan perkara tersebut walaupun ternyata bukti tidak menyebelahi dirinya.

sumber

Wednesday, April 25, 2012

Selaput Dara Untuk Dijual





 KAHERAH: Ahli politik konservatif Mesir menyeru kerajaan mengharamkan pengimportan selaput dara tiruan buatan China bagi memalsukan status seseorang wanita. Bernilai kira-kira RM105 setiap set, alat itu digunakan wanita yang tiada dara ‘memulihkan’ status mereka sebelum berkahwin.


 Wakil Ikhwanul Muslimin, Sheikh Sayed Askar, turut menyeru ulama mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan alat itu. “Jika dibiarkan berada di pasaran, ia akan memalukan negara,” katanya semalam. – AP

p/s: macam2 dah manusia boleh buat...kerana ada permintaan maka terhasillh penawaran...
harap2 benda ini pun di haramkan di malaysia kerana ia boleh mendatangkan masalah 1 hari nanti.

Pakai Baju Tetapi Seksi


Baju yg di cipta khas untuk mereka yg ingin menunjukkan sangat body kat org lelaki...
so pada gadis2 yg rasa seksi pakai lh baju ini...baju ini menutup aurat tp membuka urat2 baju yg memang konfem org tengok....
dengan tercipta baju ini maka x perlu lg anda memakai baju ketat untuk menunjukkan body anda...
adusss...
ps: nasib baik baju ni kat jepun kalu kat malaysia x tahu lh...

Tuesday, April 24, 2012

50 Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY


Salam buat semua...Siapa tidak kenali Tan Sri Mokhtar Albukhary..Orang melayu paling kaya di Malaysia.. Ramai mana orang yg bercita-cita dan berazam untuk menjadi seperti beliau tetapi ramai mana lak yg sanggup bersusah payah seperti beliau...cuba kita hayati kata-kata beliau ini dan selaminya...

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN. 

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata. 

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT. 

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal. 

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita. 

Wednesday, April 18, 2012

10 Petua Menjaga Hati Pemaisurimu (Isterimu)


Petua Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

p/s: dalam berumahtangga banyak dugaan dan cabarannya..jaga lh hati pasangan masing2 kerana hati itu sangant sensitive..sayangilh isteri anda walau pun anda telah mengandakan perkataan isteriku menjadi isteri-isteriku tp jagalah hati itu...

Thursday, April 12, 2012

Gambaran Hari Kiamat


Gambaran Hari Kiamat

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Wednesday, April 11, 2012

Tahi Lalat Itu Ada Rahsianya

Jom kita kongsi rahsia tahi lalat...cuba cek ya kat mana lalat tu membuang kat badan anda...
1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14-Betis kanan= Suka berhibur, boros
15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21-Kening kanan = Cerdas dan cekap
22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31-Pada hidung= Banyak rezeki

Tuesday, April 10, 2012

Perkembangan Janin Dalam Kandungan


Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Minggu 2

Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Tanda-Tanda Anda Mengandung Bayi Lelaki

Salam buat semua...
Kehadiran anak dalam rumah tangga akan menyerikan lg kehidupan rumah tangga anda...
Kat sini aku ingin berkongsi tanda-tanda bayi yg dikandung itu adalah lelaki...
tp ini hanya lh 1 perkongsian tetapi kita kena terima walau bayi lelaki atau perempuan kerana itu adalah rezeki yg sangat bernilai dalam hidup kita.
Antara tanda-tandanya adalah....


1-Mual dan morning sickness

Banyak orang kata jika anda sedang mengandung bayi perempuan, maka rasa mual jarang dirasakan. Namun, jika anda sedang mengandung bayi laki-laki, maka anda boleh muntah hingga penuh baldi. Morning sickness lebih sering dirasakan pada trimester pertama dan kebanyakan ibu hamil lebih tidak kisah pada penampilan mereka.

2-Bentuk perut condong ke arah bawah

Tonjolan bayi anda sudah mulai terlihat apabila anda hamil bayi laki-laki. Bentuk perut ini kelihatan berbeza pada wanita yang mengandung bayi perempuan, iaitu perut membulat. Beberapa orang juga mengatakan bahawa wanita yang hamil bayi laki-laki, jika dilihat dari belakang malah kelihatan seperti tidak sedang hamil.

3-Berat badan tidak naik

Kenaikan berat badan merupakan perkara biasa ketika hamil. Apabila anda mengandung janin bayi laki-laki, maka berat badan anda tidak akan mengalami kenaikan terlalu banyak. Proporsi kenaikan ini berasal dari janin.

4-muka sayu

Walaupun anda merasa dengan mudah dapat membentuk kembali bentuk tubuh setelah persalinan, namun selama masa kehamilan anda tidak akan berpenampilan 'wah'. Hal itu berbeza dengan penampilan ibu hamil bayi perempuan yang selalu terlihat tampil cantik dan cerah, ibu hamil bayi laki-laki lebih cenderung tampil pucat dan selalu berpenampilan serba serabai serta malas dandan.

5-Ngidam Asam

Menginginkan makanan sesuatu merupakan perkara biasa selama masa kehamilan. Hal ini menjadi cara alami bagi tubuh untuk 'menagih' asupan nutrisi tertentu yang dirasa tubuh memerlukan pengambilan tersebut. Janin bayi laki-laki lebih memerlukan nutrisi dari makanan yang masam-masam.

p/s: walau lelaki atau wanita bayi yg dikandung kita perlu bersyukur dengan rezeki daripadanya...ada ramai pasangan yg bertahun-tahun kahwin tp belum lg mendapat zuriat..semuanya datang dariNya...Ia sudah tentukan yg mana baik dan sesuai untuk kita..

Wednesday, April 4, 2012

Ragam Dunia 2

Salam Dunia Buat Semua...jom kita bg cerita pada gambar2...

Nak ke rumah sebelah ker...

Bukan sengaja tertido....adusssss kena betul2 tepat...


ingatlh jika bercouple dgn gadis chinese kerana atoknya pandai kungfu



pink tarzan


hati2 bila anda pakai seksi...lagi2 depan kamera...kesian penonton


oleh kerana mata...

naluri seekor ular...dia tahu mana ada lubang untuk sembunyi..



Tuesday, April 3, 2012

Ragam Dunia

Salam buat semua teman dan sahabat....
macam2 perkara yg berlaku kat dunia ni...tp yg ditangkap kamera mesti tersebar huhuhhuuu...
ni antara gambar2 ragam manusia di dunia ini...
meh nak bagi ulasan sikit...

Mesti ramai kenalkan gambar ni...ni lh keadaan POPEYE sekarang di zaman tuanya


Jangan terlalu bersedih walaupun pasukan anda kalah


Ni kes nak jadi ANGEL pasang sayap dan nak terbang tp nasib baik sangkut kat pagar kalu x sangkut hancusss...


Pastikan Driver dulu naik sebelum anda naik di belakang


Bawa basikal tgk depan..mentang2 yg ambik gambar cantik xnampak tiang


Tempat tidur impian


Adusss...agak2 lh kalu xnak pakai handfree pun...


p/s: hati2 bila upload gambar anda huhuhuhuhuhuuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL