...Kategori-Kategori Pilihan...

Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

15 Perkara Mengundang Bahaya - Wajib Baca

15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA 

Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu: 

Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu 

Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 

Zakat dijadikan hutang 

Suami mengikut kehendak isteri 

Anak menderhakai ibunya 

Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya 

Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya 

Suara sudah ditinggikan di dalam masjid 

Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka 

Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya 

Arak diminum di merata-rata tempat

 Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki) 

Para artis disanjung-sanjung 

Muzik banyak dimainkan 

Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu 


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Imam Turmizi) 

 Huraian hadith: 
 Semua perkara di atas sudah biasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Sebab itulah banyak bala diturunkan Tuhan. Kekayaan negara biasanya berlegar di kalangan kaum keluarga pemerintah dan sahabat handainya sahaja (kroni). Sekiranya ada apa-apa peluang untuk mendapatkan duit, maka kaum keluarga dan sahabat handainyalah yang akan didahulukan. Zakat tidak dibayar atau pun ditunggak-tunggak, suami ikut cakap isteri (queen control), anak-anak melawan ibu bapa, masjid digunakan untuk bercerita hal-hal keduniaan dan berlawak jenaka, arak mudah didapati, para artis menjadi pujaan, muzik menjadi teman seharian dan lain-lain.

Thursday, July 26, 2012

Yang Paling

Yang Singkat Itu "WAKTU".

Yang Menipu Itu "DUNIA".

Yang Dekat Itu "KEMATIAN".

Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".

Yang Berat Itu "AMANAH"

Yang Sulit Itu "IKHLAS".

Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".

Yang Susah Itu "SABAR".

Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".

Yang Membakar Amal Itu "MENGUMPAT [GHIBAH]". 

Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".

Yang Berharga Itu "IMAN".

Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".

Yang Ditunggu Allah Swt. ♥ Itu "TAUBAT"

Yang Paling Anda Takut ---> ???????????

Tuesday, May 15, 2012

Palestinian Prisoners On Hunger Strike - Gambar Profile


Jom tukar Profile Picture Facebook Kita.
Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop. Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.
(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel) Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

 Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

 The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history..
Bilal Thiab ... 77 Days
Thaer Halahleh ... 77 Days
Hassan Safadi ... 71 Days
Omar Abu Shallal ... 69 Days
Mohammedd Al-Taj ... 61 Days
Mahmoud Sarsak ... 55 Days
Faris Al-Natur ... 48 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner .... 28 Days


Di sini ada 10 Profile Picture yg sesumpahmerah nak kongsi dgn kawan2....
jangan lupa copy dan guna profile picture ni dekat facebook anda atau di mana2 sahaja...
sila copy....











sesumpahmerah : sila like dan share di semua group2 yg ada.....

Wednesday, May 9, 2012

Syarat-Syarat Jika Kamu Ingin Membuat Maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata:
 "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

 Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
 "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." 

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
 "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:
 Syarat Pertama :
 "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
 Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
 "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
 Syarat Kedua :
 "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" 
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
 Syarat Ketiga :
 "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan: Syarat Keempat :
 "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
 Syarat Kelima :
 "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.


sesumpahmerah/: cari jalan untuk kamu mengelak dari maksiat...kerana kamu adalah manusia yg cerdik dan kamu tahu menilai mana maksiat dan mana yg bukan maksiat...

Tuesday, May 8, 2012

Kenali Al-Masjid Al-AQsa



p/s: aku berdoa padamu YA ALLAH s.w.t kuatkan lh kudratku, murahkan lh rezeki ku, kau berikan aku jalan petunjukmu dan ku memohon padamu agar ku mampu menjejak kaki dan melihat sendiri Masjid Al-Aqsa ini. Amin...

Tuesday, May 1, 2012

Wanita Melamar Lelaki

Wanita melamar lelaki..dalam budaya dan adat kita perkara ini sangat ganjil walau pun ia tidak salah di sisi agama...tp jika berlaku juga masyarakat pasti akan mengata...
  • tidal malu lh perempuan tu...
  • mesti tak laku..sb tu gatal...
  • malu lh perigi cari timba...
 Tapi Hakikatnya...

Thursday, April 12, 2012

Gambaran Hari Kiamat


Gambaran Hari Kiamat

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL