tp kawan2 blogger yg ada tangungjawab tu dah tunaikan ke belum...x apa masa masih panjang lg tp jgn sampai kejar tok imam pg raya dah lh..tp kalu dapat bayar pg raya belum sembahyang raya ok lh....kat sini nak kongsi pasal zakat fitrah sikit...
Zakat Fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat ramadan dan zakat fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yg berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 syawal (siang dan malam)
Kadar Fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya.
Syarat Zakat Fitrah
- Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan Zakat Fitrah
- Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
- Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal
Ni Niat Untuk Zakat Fitrah
“ | Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.
p/s : so pada kawan dan teman2 yg berkenaaan ingat ya zakat fitrah mesti ditunaikan... | ”
|
0 kata-kata para sahabat......:
Post a Comment