...Kategori-Kategori Pilihan...

Thursday, June 30, 2011

...Belasah mahu RM1...apa persoalan yg boleh kita soalkan?

KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM1, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di ibu kota cedera kaki kanan dan badan selepas dibelasah rakan sebaya di hadapan sekolah berkenaan, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dibelasah kerana enggan memberi wang.


Pelajar yang memukul mangsa juga dikenali sebagai ‘samseng junior’ di sekolah itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah sebelum dihampiri pelajar terbabit.


Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, pelajar terbabit meminta RM1.


“Mangsa mendakwa tidak memilik wang sebelum cuba meninggalkan kawasan berkenaan.

“Keengganan mangsa mengundang padah apabila pelajar itu sekali lagi menghalangnya dan mengugut untuk mencederakannya,” katanya.


Sumber berkata, sangkaan mangsa pelajar terbabit tidak berani memukulnya meleset apabila bajunya ditarik sebelum berlaku pergelutan.

Sumber berkata, pelajar terbabit beberapa kali menendang badan mangsa dan ketika itu mangsa merayu dikasihani.


“Pelajar terbabit melarikan diri selepas pengawal keselamatan sekolah itu yang menyaksikan kejadian berkenaan bergegas untuk membantu mangsa,” katanya.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.

SUMBER : HMETRO

MALAYSIA TERCINTA....sekarang byk dah jd gejala2 samseng macam ni..budak2 sekolah pun dah pandai tunjuk belang..apakah tanda semua ini...apakah persoalan yg kita boleh buat dari semua ini...salah siapa?..didikan mereka ke?..ibu bapa?...kerana metarealistik?...atau kekuatan dalaman yg rendah....
TANYA DIRI SENDIRI.........

0 kata-kata para sahabat......:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL