...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, October 10, 2011

Poligami


Hidup bermadu boleh jadikan wanita hidap kemurungan kronik

BAGI lelaki poligami sesuatu yang indah, tetapi bagi kebanyakan wanita hidup bagaikan tidak bermakna apabila mengetahui suami ingin berkahwin lagi. Malah, dalam kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan wanita dimadukan mengakui mengalami tekanan emosi yang hebat.


Malah, katanya, ada wanita yang mengalami kemurungan kronik sehingga tidak mengendahkan urusan rumah tangga khususnya anak selain terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menenangkan perasaan.

“Saya mendapati wanita yang dimadukan sama ada terpaksa, dipaksa atau memaksakan diri mereka menerima suami yang berpoligami, menghadapi masalah membabitkan perasaan yang serius kerana begitu kecewa dengan sikap suami yang dianggap tidak mengenang budi dan pengorbanan mereka selama ini.

“Jika ketika hidup susah semuanya dilalui bersama, tetapi apabila sudah merasa sedikit kemewahan, suami sanggup menduakan mereka. Dalam keadaan itu, yang menjadi mangsa ialah anak, tetapi kebanyakan lelaki berpoligami tidak melihat isu itu sebagai masalah kepada mereka,” katanya.

Kajian bertajuk ‘Poligami Dari Perspektif Pandangan Wanita’ itu dijalankan pada Julai 2005 hingga Mei 2006 membabitkan 270 orang wanita daripada pelbagai peringkat kerjaya.

Dr Rusinah berkata, poligami bukan lagi satu isu yang kontroversi dan sensasi untuk disalahertikan oleh pengamalnya atau isteri yang terkena tempias poligami, tetapi sesuatu yang perlu dipandang dari sudut lebih rasional dan bukan emosional oleh pihak suami dan isteri.

Daripada 270 responden itu, seramai 12 peratus mengakui dan mengetahui suami mereka mengamalkan poligami, manakala 35 peratus lagi mengesyaki suami mereka ada menjalin hubungan dengan wanita lain tetapi tidak berpoligami.

Bagi responden yang secara terang menyatakan bahawa suami mereka mengamalkan poligami mengakui mereka berasa rendah diri dan kekurangan sehingga suami beralih kasih kepada wanita lain. Malah, ada yang mengalami perubahan hidup termasuk rakan dan saudara menjauhkan diri kerana berprasangka suami berkahwin lain kerana perlakuan isteri yang tidak menyenangkan.

Bagaimanapun, kata Dr Rusinah, ada wanita yang bersikap positif dengan menganggap tindakan suami bukan penamat kepada kehidupan.

“Ada responden yang mengaku tidak ambil pusing dengan tindakan suami kerana sudah lama dibiarkan sendirian dan menanggung sendiri kehidupan bersama anak. Malah ada responden menyatakan ‘suami tidak balik lagi ke rumah lagi baik kerana tidak ada apa yang hendak diharapkan daripada suami’.

“Malah, ada juga yang dapat menerima tindakan suami dengan tabah dan menganggap ia takdir, lebih-lebih lagi suami masih menunjukkan kasih sayang dan tanggung jawab seperti biasa serta tindakan suami itu sudah mencukupi untuk mereka kekal dalam kehidupan rumah tangga,” katanya.

Begitu pun, beliau berkata, semua responden yang hidup bermadu itu mengakui tetap akan kekal dalam perkahwinan dengan mengamalkan strategi bertahan demi anak yang memerlukan kasih sayang bapa mereka, meskipun pada masa sama ada perubahan dalam kedudukan kewangan yang semakin sempit apabila suami terpaksa mengagihkan pendapatan dengan keluarga baru.

Begitupun, beliau menasihatkan wanita yang tidak dapat menerima hidup dimadukan supaya membuat keputusan dengan penuh rasional dan bukan emosional bagi membina kehidupan yang anda sendiri akan tentukan untuk kebahagiaan diri pada masa depan dan keluarga.

Benar seperti yang dikatakan, poligami adalah hak lelaki, tetapi kebanyakan lelaki yang mengambil keputusan itu sering kali tidak mengambil kira perasaan isteri dan anak yang sering menjadi mangsa. Bayangkan jika sebelum berkahwin lagi, seluruh tumpuan dan pendapatan yang diperoleh digunakan untuk keluarga sepenuhnya, tetapi apabila sudah menambah cawangan perhatian tidak lagi seperti sebelumnya.

Jangan hanya fikir keperluan diri sendiri, tetapi fikirkan akan apa yang anda lakukan kepada isteri dan anak. Gejala sosial yang semakin berleluasa ketika ini perlulah dilihat dari perspektif yang luas dan menyeluruh kerana mungkin kesibukan bapa dengan isteri baru dan keadaan ibu yang mengalami tekanan perasaan menyebabkan anak tersisih.

Fokus utama sesebuah perkahwinan ialah pembentukan rumah tangga bahagia yang mana suami menjadi pemimpin dan isteri menjadi pendorong kepada kepimpinan itu. Poligami hanya indah untuk suami, tidak kepada isteri dan anak.

FAKTA: Punca suami berpoligami


Tidak ada anak selepas lama berkahwin

Tidak tahu sebab dan punca mengapa suami berkahwin lain

Suami gemar berpoya-poya dengan wanita kerana ajakan kawan sekerja

Suami bosan di rumah dan gemar keluar rumah

Suami idak bertanggungjawab dan tidak bersyukur dengan pengorbanan isteri semasa hidup susah di awal perkahwinan

Suami sukakan wanita muda dan lebih menarik

Suami jatuh cinta dengan wanita lain

Suami ‘berubah tiba-tiba’ dan ada gangguan makhluk halus

Suami ingin bertanggungjawab terhadap percintaan itu

Suami kalah dengan godaan wanita

Suami sengaja mencari kesusahan diri

Suami tidak mahu terus mencari dosa

Suami yang tidak keharuan kerana godaan dan perasaan kecintaan terhadap wanita berkenaan

Suami tidak ada alasan yang munasabah

Suami tidak mahu bertindak ganas terhadap isteri dan anak-anak jika permintaan hendak berpoligami dihalang oleh isteri

Kesan terhadap diri hasil tindakan suami yang berpoligami

Tidak lalu makan dan minum

Gangguan tidur malam yang berterusan semasa kemelut rumah tangga

Mengambil cuti sakit yang berterusan

Mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan untuk menenangkan perasaan

Rasa rendah diri dan merasakan kekurangan diri sehingga suami beralih kasih pada wanita lain

Rasa kekecewaan yang mendalam dengan tindakan suami

Tidak menghiraukan urusan rumah tangga dan anak ketika kemelut rumah tangga

Tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana terlalu runsing dengan keadaan suami

Berendam air mata sehingga menjejaskan kesihatan diri

Suami berubah tingkah laku dan sangat menyedihkan isteri kerana tiada lagi kasih sayang dan gurau senda suami

Kepercayaan kepada suami berkecai dan hati yang retak sukar untuk pulih kembali

Personaliti berubah kerana tekanan perasaan seperti sifat periang bertukar kepada sikap pendiam dan pemarah

Perasaan kasih kepada suami telah berubah kepada kemarahan dan kekecewaan

Kemurungan dan sakit kepala yang teruk

Mencari kesalahan diri dan kesalahan suami

Ketidaktentuan terhadap kehidupan anak-anak

Tidak berminat dalam hubungan seksual

Gangguan makhluk halus

0 kata-kata para sahabat......:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL