...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, October 31, 2011

Makanan Yang Memanjangkan Umur


1. Brokoli
Menurut para ahli, brokoli mengandungi lebih banyak vitamin C daripada buah limau, lebih banyak mengandungi kalsium daripada segelas susu dan lebih banyak mengandungi serat semulajadi dari pada setangkup roti gandum serta mengandungi banyak antioksidan
Keuntungan: Sayur brokoli merupakan salah satu sayur-sayuran yang mengandungi banyak anti karsinogen yang boleh merangsang tubuh untuk melawan bahan-bahan penyebab kanser. Bukan hanya itu saja, brokoli juga berfungsi untuk mencegah terjadinya katarak, penyakit jantung, radang sendi, bisul dan pelbagai virus. Penyajian: anda mendapat keuntungan yang maksimum jika anda mengambil brokolo itu dengan cara direbus atau dimakan mentah. Boleh juga dibuat salad dengan taburan keju rendah lemak.
2. Chamomile
Chamomile masih termasuk keluarga bunga aster dan biasanya digunakan untuk rawatan. Keuntungan: Chamomile biasanya digunakan untuk mengendurkan urat saraf. Umumnya digunakan untuk mengurangkan stress dan tekanan. Semakin sedikit kadar stress yang anda derita, maka semakin rendah juga kemungkinan anda diserang pelbagai penyakit yang berkaitan dengan stress. Selain itu Chamomile juga membantu detoksifikasi tubuh dengan cara membuang "sampah-sampah" tidak kepada melalui buah pinggang. Penyajian: Chamomile boleh diambil seperti makanan kering atau diseduh. Dapat pula dicelupkan ke air hangat seperti teh.

3. Cranberries
Buah yang masih termasuk keluarga berry ini mengandungi vitamin c, bahan kimia pemberantas bakteria dan mengandungi antioksidan. Keuntungan: Cranberries membantu melindungi terjadinya jangkitan saluran kencing, kanser dan juga melindungi kemasukan bakteria berbahaya ke organ-organ tubuh. Penyajian: Buah ini memang mempunyai manfaat yang "manis" bagi tubuh tetapi menikmati buah ini mentah-mentah sangatlah asid. Jika anda senang menikmati buah, cuba padukan dengan muffin gandum. Tapi bila anda ingin mengambil keuntungan maksimum dari buah ini, cubalah meminum campuran jus cranberries dan epal agar rasanya tidak terlalu masam.

4. Minyak Ikan
Sesetengah ikan seperti salmon, mackerel atau ikan haring terkenal sebagai penghasil omega-3. Keuntungan: Pengambilan ikan jenis ini boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan juga melindungi anda agar tidak berlaku stroke dan pembekuan darah di dalam otak Penyajian: Anda boleh mengambil secara mentah seperti menikmati sushi atau boleh juga dipanggang.

5. Lemon
Buah lemon masih merupakan kerabat yang dekat dengan buah oren dan buah ini juga mengandungi banyak sekali vitamin C. Keuntungan: Selain bermanfaat untuk menjaga kecantikan wajah, ternyata jus lemon juga mengandungi sifat sebagai anti bakteria yang mana sangat baik untuk memerangi jangkitan di mulut seperti sariawan dan sakit tekak. Penyajian: Cuba peras buah lemon di atas ikan salmon ketika anda sedang ingin menikmati sushi, boleh juga dengan meminum perasan lemon yang dicampur dengan air atau menambah perasan air lemon itu di salad anda.

6. Bawang
Menurut para ahli, bawang juga kaya dengan vitamin c, zat antioksidan dan sulfur. Keuntungan: Memang ironis kerana bawang membuat nafas anda kurang sedap tapi ternyata mampu melindungi anda daripada pelbagai penyakit pernafasan seperti asma dan adang saluran pernafasan. Tidak hanya itu saja, ternyata bawang juga mampu menaikkan kadar HDL atau kolesterol baik dalam darah dan melindungi anda daripada ancaman kanser. Penyajian: Cara yang terbaik untuk mengambil bawang adalah dengan memakan secara mentah dalam salad atau sandwich. Dan bawang yang terbaik untuk dimakan adalah bawang merah dan bawang putih.

7. Gandum
Gandum mempunyai kandungan kalsium yang tinggi, selain itu juga mempunyai serat semulajadi yang terbaik bagi anda yang ingin melakukan diet. Keuntungan: Jika anda ingin menikmati hidup panjang dengan tubuh yang sihat, cubalah untuk beralih ke gandum. Gandum berfungsi untuk melindungi gigi anda agar tidak mudah rapuh dan juga mencegah kekeroposan tulang sehingga anda tidak terkena osteoporosis. Selain itu gandum juga merupakan bahan makanan yang rendah kolesterol, boleh mengurangkan tekanan darah dan memerangi kanser usus. Penyajian: Cara penyajian terbaik tidak lain iaitu dengan memasaknya di atas api kecil atau dengan di seduh air panas.

5 kata-kata para sahabat......:

Nyamuk Terbang said...

kalau dh ajal tue
mkn jer ap pn
ttp mati
wink ^^

Unknown said...

yg slalu mkn bwang, gndum n brokoli..2jerr..len x taw..haha..

minyak ikan lak x sukaa..eeuuwww~

sesumpahmerah said...

makan je tika hidup ni...sb bila mati dah x blh makan...

Unknown said...

oh boleh try nih..

Hot Tub Repairs Ann Arbor said...

Thhank you for writing this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL