salam buat semua kawan2 dan teman2 blogger semua...
semua org mengimpikan untuk berkahwin dah bahagia sentiasa dalam melayari bahtera rumah tangga...
masa bercinta saat yg peling indah dalam dunia..ya lh time tu merancang macam2, berjanji sehidup semati lh...tp dok rumah asing x tau lg apa jenis udang di sebalik batu hahahahaa...
bila kawin dok serumah baru udang nampak sepit....
dalam melayari rumah tangga banyak dugaan yg kita hadapi...
di sini aku nak kongsi tip2 nak jd pasangan bahagia yg aku baca dan amalkan....
semua manusia yg ingin kawin perlu tahu dan amal kan ya...
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun,luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I LOVE YOU sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana,menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengahari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai
tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa saja dari isu rumah-tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya, kerana apa yang paling penting anda berada disisinya.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah,berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan
pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting,ceritalah sesuatu yang kelakar,teka-
teki atau apa saja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras untuk menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul,berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami / isteri yang baik dalam rumah-tangga yang bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
so amacam dah ramai yg lakukan...
tp pada yg belum pernah buat ...cubalah buat untuk kebahagian anda...
0 kata-kata para sahabat......:
Post a Comment