...Kategori-Kategori Pilihan...

Tuesday, November 15, 2011

Nafsu Lelaki Memuncak Bila....


Mengikut kajian, lelaki terangsang 30 kali dalam sehari. Kepada kaum Hawa, peliharalah aurat anda dengan sebaik-baiknya. Menutup aurat bukan hanya sekadar pakai tudung. Ingatlah! JANGAN.....

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan ayat al-Quran ada menyebut dengan meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Cara menutup aurat mengikut Islam



Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....




PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH.. TAK TAKUT KE?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel..

HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI!!!


6 kata-kata para sahabat......:

Ku Azhar said...

terbaekk!! :)

sesumpahmerah said...

tahan nafsu hari2...

arizWanmerahs said...

Tundukkan pandangan..

Anonymous said...

hati2 bla menunduk...jangan sampai terlanggar tiang lampu dah....

Anonymous said...

ksian kt llaki sbb mjd mgsa keadaan stp hr kn..?

Unknown said...

tertengok pd kali pertama xpe..
kali kedua dh xleh

Punca Lelaki Mandul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL