...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, November 14, 2011

AWAS!!!!Sihir melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.


KOTA BHARU - Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.

“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.

“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.

Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.

Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.

Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.

Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.

“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.

“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya

0 kata-kata para sahabat......:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL