...Kategori-Kategori Pilihan...

Wednesday, November 9, 2011

Tips Agar Payudara Sentiasa Cantik - Bacaan Wanita Sahaja

Tips dan Cara Mengencangkan Payudara Wanita Secara Alami

Payudara yang tak lagi sekencang waktu masih gadis, memang wajar berlaku. Apalagi usia anda sudah merambat naik, sehingga payudara pun mula sedikit turun. Yang terjadi adalah, rangkaian pengikat sendi yang menahan payudara mula mengendur, sehingga payudara anda sedikit turun. Selain itu kulit tidak lagi kaku, sehingga kelenjar susu mengecut dan lemak menggantikan kelenjar tersebut. Bentuk dan sistem penundaannya pun berubah.

Tetapi anda tak perlu bimbang. Untuk urusan wanita, selalu ada cara untuk mencegah atau memperbaikinya. Minimal, mempertahankan bentuk dan kekencangan payudara.

1. Perkara pertama yang boleh dilakukan untuk mencegah bentuk payudara berubah adalah dengan mengatur posisi tidur. Jangan membiasakan diri untuk tidur meniarap, kerana tubuh akan menekan payudara selama berjam-jam di atas katil. Lebih baik tidurlah telentang atau mengiring.

2. Oleskan secara teratur kondisioner yang mengandung pelembab, seperti shea butter atau minyak vitamin E, untuk menjaga kekenyalan atau elastisitas kulit payudara. Krim ini akan meresap sempurna ke dalam kulit, membantu memelihara penampilan payudara yang tetap muda. Walaupun kulit anda sensitif, anda tetap boleh menggunakannya.

3. Ingin cuba ramuan yang lain? Campurkan satu sudu teh minyak vitamin E (pecahkan kapsul vitamin E untuk mendapatkannya) dengan satu sudu makan yogurt dan sebutir telur. Gunakan ramuan ini untuk mengurut payudara dengan gerakan memutar, lalu kenakan bra selama kira-kira 20 minit. Setelah itu, bilas dengan air hangat.

4. Giling satu buah mentimun ukuran besar ke dalam food blender, krim cake berlemak tinggi, dan putih telur (1 biji). Oleskan adunan ini ke payudara, dan biarkan selama 15 minit. Penggunaan produk natural seharusnya tidak memberikan kesan sampingan, namun sebaiknya tidak mengoleskannya jika kulit sedang terluka. Basuh dengan air hangat.

5. Ambil dua ice cube, lalu tempelkan pada payudara dengan gerakan memutar setengah lingkaran. Lakukan sekurang-kurangnya 1 minit. Jangan melakukan teknik ini lebih daripada 1 minit, atau jika es sudah membuat anda merasa tidak selesa. Es akan beraksi sebagai pembentuk jaringan di bawah kulit.

6. Latihan yang terbaik untuk mengencangkan otot dada adalah push up. Bentangkan yoga mat atau tikar, lalu lakukan 10 kali push up dalam 4 set, sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Lihat bagaimana perubahannya.

7. Bengkokkan kedua-dua tangan di depan payudara, telapak tangan saling menggenggam seperti sedang berdoa. Kemudian, tekan-tekan kedua-dua telapak tangan. Rasakan bagaimana otot dada akan meregang saat kedua-dua tangan saling menekan. Gerakan ini tidak memerlukan ruang khusus, anda boleh melakukannya ketika duduk di dalam bas menuju ke pejabat.

8. Ambil dua buah dumbbell seberat 1 atau 2 kg. Berbaringlah di tingkat, masing-masing tangan menggenggam satu dumbbell. Rentangkan kedua lengan dalam lingkungan paras bahu dengan telapak tangan menghadap ke atas. Angkat kedua-dua lengan ke atas, kedua-dua siku sedikit menekuk, sehingga beratnya memenuhi dada anda. Kemudian, turunkan lagi kedua-dua lengan ke samping bahu. Ulangi latihan ini 8-12 kali, dan berehatlah 1 minit. Lakukan untuk 4 set.

9. Latihan lain yang juga baik untuk mengencangkan payudara adalah berenang. Apabila anda sudah lama meninggalkan hobi anda ini kerana kesibukan di pejabat mahupun mengurus anak-anak, ayo, akan ikut nyebur ke kolam renang saat menghantar anak-anak.

10. Gunakan bra yang tepat, sesuai bentuk payudara anda. Kadang-kadang kita salah memilih model bra, sehingga bra tidak mengangkat payudara dan malah membiarkannya tergantung. Sport bra juga boleh anda pakai jika saiz payudara anda tergolong sederhana.

Tips menjaga kekencangan payudara

1. Oleskan dan urut payudara dengan krim sebelum tidur. Jangan lupa mengenakan bra payudara yang selesa dipakai.

2. Elakkan aktiviti seperti membongkok ke depan, jogging, atau berlari. Hal ini akan membuat payudara menurun. Pastikan anda duduk dengan tegak.

3. Jangan berharap bahawa semua ramuan atau latihan fizikal di atas boleh dilihat hasilnya dalam seminggu. Lakukan secara teratur setiap hari, dan tak usah menghitung hari bila-bila anda boleh melihat hasilnya.

0 kata-kata para sahabat......:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL