...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, November 14, 2011

69,000 pelajar diperintah bayar balik pinjaman PTPTN


Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lepas.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

"Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau hari ini.

Ismail, yang juga anggota parlimen Kuala Krau, berkata sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 8,143 pelajar yang disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.

Katanya, jumlah itu masih rendah berbanding 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Sementara itu, beliau berkata Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini mencecah RM456.02 juta membabitkan 1.03 juta penyimpan sehingga 30 September lepas.

- Bernama

3 kata-kata para sahabat......:

sesumpahmerah said...

hhuhuhuuu...saper x bayar lg cepat byr yerrr..

Anonymous said...

adoii..parah le cmni.. jgn biarkan hidup anda diselubungi HUTANGGG...

sesumpahmerah said...

wat relak sudah huhuhuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL