...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, May 28, 2012

Sesumpah - Haiwan Ajaib



Salam buat semua kawan2 dan para2 sahabat... Entry baru ini aku ingin memperkenalkan akan kehebatan sesumpah atau sumpah-sumpah atau pokko (bahasa kelantan) atau juga dikenali sebagai chameleon...

Sesumpah merupakan reptelia yang mempunyai kekuatan untuk berpegang dengan kuat pada sesuatu objek sekalipun ia berlaku ribut tiupan angin kencang. 

Tahukah para sahabat bagaimanakah sesumpah mampu sehebat sedemikian? 
Sesumpah mempunyai sejenis ‘pelekat’ di bawah tapak kakinya seperti sejenis gam. Manakala pada bahagian ekornya pula begitu kuat untuk membolehkannya bergayut pada dahan pokok. 
Warna badan sesumpah sering berubah-ubah warna mengikut perubahan emosinya dan bukan pula pada persekitarannya. 

Kebiasaannya apabila kulit sesumpah berwarna cerah, ini bermakna keadaannya dalam situasi tenang dan stabil. Akan tetapi awas sekiranya warna kulit badannya semakin gelap reptlia itu sedang berada dalam keadaan tertekan. Bermakna ia tidak mahu diganggu. 

Sesumpah mampu merubah warna badannya mengikut cuaca ia juga bertujuan untuk mencari pasangannya. Manakala untuk menghalau musuhnya, Sesumpah akan menggembangkan badannya sehingga dua kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya. Sekiranya strategi tersebut gagal, Sesumpah akan menggunakan satu lagi strategi dengan melarikan diri dari mangsanya. 
Amnya kelajuan yang boleh di capai bagi seekor Sesumpah boleh mencecah enam meter sesaat, cukup laju untuk melarikan diri dari musuhnya. 

Sesumpah juga berkebolehan melihat dalam sudut 360 darjah bagi membolehkan ia memerhatikan pemangsanya tanpa bergerak walau seinci pun.
Ini jelas menunjukkan sesumpah peka pada persekitaran walaupun kita tidak melihat dia berubah atau hanya diam sahaja.

Tanpa menggerakkan badannya ke mana-mana arah sesumpah juga berupaya meluncurkan lidahnya dengan kepantasan 13 meter sejam. 
Apabila mangsa dapat di terkam maka potensi untuk melarikan diri amat tipis. Begitulah berbahayanya sesumpah kepada mangsanya.
Itulah sesumpah atau Chameleon atau pokko kehebatannya tiada siapa yang dapat menandinginya 

Repunzel dan Rango adalah antara dua filem yang menggunakan sesumpah sebagai watak utama...

Jom layan video akan kehebatan sesumpah dalam meniru warna objek yg berdekatan dengannya...

Wajib Tengok....

heheheehheeeee.....
Hebatkan haiwan ini...

Sesumpahmerah : heheeheheheheheee...so jangan cepat kita menilai seseorang, walau pun kita tengok dia diam dan slow tapi kita tidak tahu akan skill dan kehebatan yg dia ada selagi dia tidak tunjulkan...mungkin dia bukan seorang yg ego dan meniggi diri..hanya menggunakan ilmu diwaktu yg sesuai...merendah diri dan baik hati serta jujur heheheeheheee...

4 kata-kata para sahabat......:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL