...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, September 19, 2011

raya dulu, kini dan selamanya....(cerpen dari seorang kawan)

Hari raya? memang suatu hari yang indah yang lazimnya sangat dinantikan oleh golongan yang tidak berpuasa.. mungkin jua kerana daya ketahanan diri yang kurang dan rayuan syaitan berbadan insan, mereka tidak mampu bertahan lebih lama di bulan ramadhan al-mubarak.. namun begitu, bukan semua orang menyambut hari raya dengan cara yang sama.. di sini dilampirkan sambutan hari raya aidilfitri mengikut usia..

usia 1-3 tahun

tidak memahami maksud sebenar hari raya.. tapi sangat menghargainya kerana dapat membotakkan kepala ayah dan menebalkan buku hutang ibu dengan barang-barang bukan keperluan yang baru tanpa dimaki hamun atau usapan telapak tangan.. hairan dengan sikap saudara mara yang memberi wang saku tanpa diminta biarpun dengan air muka yang terpaksa.. si ibu tidak lagi menyediakan nasi menggunakan rice cooker sebaliknya membelah buluh untuk mendapatkan nasi yang bentuknya lebih kenyal dan lembik.. tertanya-tanya mengapa ibu tidak membelah buluh pada hari-hari yang lain.. bukankah cara itu lebih jimat berbanding membeli beras yang harganya jauh lebih mahal berbanding buluh yang hanya perlu ditanam atau mengambilnya di pokok jiran.. walau apa pun yang berlaku, hari raya adalah hari yang ceria berbanding hari-hari lain..

usia 4-10 tahun

kegirangan tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata.. beg tangan lama ibu dan tempayan simpanan nenek sudah tersedia untuk dimuatkan dengan duit-duit raya yang bakal dikutip bermula jam 6 pagi hari raya.. tidak dapat tidur nyenyak pada malam sebelum raya mengenangkan baju melayu golok beserta sampin jawa dan songkok siam yang akan digayakan pada keesokan harinya.. bagi yang perempuan mungkin berbaju kurung litup bersulamkan tudung datuk K.. ternampak si ayah menitiskan air mata sambil membelek dompet kosongnya tetapi tidak dipedulikan.. hari raya lebih penting.. bersama anak-anak jiran dan saudara mara seusia bertandang dari rumah ke rumah sejauh yang mungkin dengan harapan mendapat pulangan yang lebih lumayan... namun kecewa dengan sikap ibu yang sering merampas wang kutipan dengan alasan untuk simpanan tabung haji... hari raya adalah hari yang ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 11-16 tahun

sudah mula berasa kurang enak dan timbul rasa malu dalam diri untuk bertandang ke rumah-rumah untuk mendapatkan wang lebihan...tetapi sembahyang raya masih disempurnakan setelah ternampak renungan tajam dari mata si ayah... mungkin masih bersinggah di rumah jiran namun hanya bertujuan untuk menghabiskan lemang dan mengotorkan rumah di samping bermain mata dengan anak mereka.. beraya hanya di rumah rakan-rakan sekolah dan bagi rakan yang berada, singgahan di rumah mereka mungkin lebih lama kerana berpeluang meratah makanan yang enak-enak sambil bermain permainan video keluaran terbaru... ada juga yang beraya di rumah guru kelas bertujuan semata-mata untuk mendapatkan markah yang tinggi waktu peperiksaan akhir... hari raya adalah hari yang agak ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 17-25 tahun

tiada lagi sembahyang raya di pagi aidilfitri.. si ayah hanya mampu menggelengkan kepala mengenangkan sikap anak yang masih berlingkar di bawah selimut tebal bercorak bunga sambil bantal patrick berbau jahanam ditekupkan di muka biarpun matahari sudah meninggi... mimpi enak di siang hari sering diganggu rakan-rakan yang bertandang ke rumah yang kononnya bertujuan untuk menimbulkan suasana raya namun pada hakikatnya mereka ingin merakuskan makanan percuma di samping mendapat duit minyak motor dari ayah rakan... hanya berbekalkan baju melayu kusam beserta levi's lusuh, membonceng teman wanita dengan rxz hitam dan bersuka-ria bersama teman-teman di supermarket berdekatan... mengadakan jamuan sendiri di tepi pantai hasil duit belanja teman yang kurang aktif... malam raya diisi dengan bertandang ke rumah syaitan... lemang kecil berasap, teh o berbuih melebihi gelas beserta kuih ecstasy antara juadah raya pada malam itu... menggantikan takbir raya dengan dendangan suara sumbang teman-teman di karaoke... hari raya adalah hari yang sangat ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 26-60 tahun

akhirnya tiba hari yang sangat merunsingkan kepala... selain bertinju dengan si isteri kerana bertelagah tentang di kampung siapa hari raya pertama patut disambut, anak-anak pula sudah mula menunjukkan reaksi kurang ajar dengan memboikot seisi rumah jika baju raya baru tidak dibelikan.. graf wang simpanan maybank dan cimb sudah mula menurun dengan mendadak di tahap sangat membimbangkan.. si isteri tersenyum simpul sambil godaan melebihi hari-hari biasa melambangkan langsir serta sofa yang baru dibeli dua bulan lalu yang bayarannya masih tertangguh perlu digantikan dengan yang baru... not lima ratus pula perlu diganti dengan senafkah seringgit kertas untuk sumbangan sanak saudara yang bermata duitan yang datangnya dari puluhan keluarga dari seluruh negara... tambahan pula sejak komesialnya tongkat ali dan power root di dunia... hari raya adalah hari yang tidak ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 61-infiniti

kesedihan terpancar dari wajah mengenangkan bulan pahala sudah pun berlalu... darah tinggi dan sakit jantung perlu dikawal memandangkan para cucu mungkin tiba di perkarangan rumah pada bila-bila masa.. barang-barang antik dan barangan mudah pecah perlu segera disorokkan di tempat selamat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku... mungkin jua elektrik rumah dapat dijimatkan dengan menggantikan radio dan televisyen dengan hilai tawa dan pekikkan cucu-cucu... harapan agar sempat bertemu dengan ramadhan berikutnya..

2 kata-kata para sahabat......:

RinsyaRyc said...

ini cerpen nasihat nih.. gud job ^^

tak bleh tahan arr
--->graf wang simpanan maybank dan cimb sudah mula menurun dengan mendadak di tahap sangat membimbangkan..


http://bulatmata.blogspot.com/

sesumpahmerah said...

rlak2...aku graf x naik2 pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL