...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, September 19, 2011

Rakyat Malaysia dinasihati tangguh lawatan tidak mustahak ke Selatan Thailand

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan sebarang lawatan tidak mustahak ke selatan Thailand berikutan kejadian letupan bom pada Jumaat yang menyebabkan empat rakyat Malaysia maut dan 18 yang lain cedera.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, kementerian itu mengingatkan warganegara Malaysia agar menangguhkan dahulu lawatan mereka sehingga keadaan keselamatan di wilayah berkenaan kembali pulih.

"Kementerian Luar terus memantau perkembangan di sana menerusi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan pejabat Konsul di Songkhla yang berhubung terus dengan pihak berkuasa Thai untuk memberi bantuan kepada semua rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian berkenaan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla melaporkan empat rakyat Malaysia termasuk seorang budak lelaki berumur tiga tahun terbunuh dalam kejadian letupan bom itu di Sungai Golok, selatan Thailand pada Jumaat malam.

Mereka yang terbunuh ialah Wong Hong Yep, 63, Wong Kai Sean, 3, Fong Too Keh, 45, dan Chan Yau Wing, 52, dan mayat mereka dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarga masing-masing kelmarin.

Kenyataan itu menerangkan daripada 18 rakyat Malaysia yang cedera itu, lima masih dirawat di Hospital Sungai Golok, seorang di Hospital Yala, manakala yang lainnya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar.

Mereka yang masih dirawat di Hospital Sungai Golok adalah Ling Yee Lung, 28, Lai Yok Long, 52, Phoo King Kuang, 54, Wee It Cheng, 61, dan Cheng Yew Mang, 40, manakala Ng Sai Kai, 63, menerima rawatan di Hospital Yala.- Bernama

sumber: sinar harian

0 kata-kata para sahabat......:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL