...Kategori-Kategori Pilihan...

Thursday, January 12, 2012

Wardina Saffiyah Dirompak?


Dunia hiburan tanahair hari ini dikejutkan dengan berita tergempar yang dinyatakan oleh pengacara dan pelakon, Wardina Saffiyah melalui laman sosial 'Twitter' beliau bahawa dirinya dan keluarga telah dirompak di dalam rumahnya lewat pagi tadi.

Suaminya turut dipukul oleh tiga orang lelaki yang bersenjatakan parang. Antara barangan yang hilang adalah 5 buah komputer riba dan juga telefon bimbit. Perompak tersebut memukul suaminya kerana dikatakan berang dengan ketiadaan barang kemas di rumah tersebut. Wardina dan anak-anaknya hanya mampu bersembunyi di bawah selimut kerana ketakutan dengan insiden tersebut.

Polis dan juga pakar forensik turut bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan dari Wardina. Pihak polis juga turut menjangkakan bahawa para perompak tersebut akan kembali kerana tidak berpuas hati dengan hasil rompakan mereka. Apa-apa pun Wardina turut berpesan agar semua orang turut berjaga-jaga apatah lagi dengan ketibaan musim perayaan Hari Raya Cina tidak lama lagi. Semoga keadaan Wardina dan keluarganya kembali pulih dari trauma kejadian malam tadi.

SUMBER: http://gegar.thr.fm/Komuniti/Cerita-Kedai-Kopi/January-2012-%281%29/Wardina-Saffiyah-Dirompak-.aspx

0 kata-kata para sahabat......:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL