...Kategori-Kategori Pilihan...

Tuesday, May 31, 2011

...AMARAN buat perogol...

Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.

Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. “Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah,” kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer. - AFP

sumber : HMetro

ni lh kalu dah nasib..dahlh wat jahat terus terima balasan...syabas pada wanita yg berani menpertahankan hak anda...

...BERINGATLAH WAHAI PEROGOL BERSIRI HAHAHAHA...

Monday, May 30, 2011

...Gambar Abg Salleh Yaakob Kahwin Isteri ke 4...





...akuu ingin mengucapkan tahniah pada abg salleh moga bahagia bersama empat org isteri dan anak2 tersayang....

....ABG MEMANG LEGEND LAH...

Saturday, May 28, 2011

‘Bir halal’ jadi haram - menarik metro hari ini..

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.


Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.


“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.


Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.


“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.


Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.


“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.


“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

sumber : Hmetro

.....kenapa boleh jadi macam ni..semasa msuk pasaran x cek dulu ke status halal haram produk ni..ada logo halal ke pada produk sebelum ni..xsemestinya barangan dari arab semuanya halal..arab pun manusia macam kita gak......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL