...Kategori-Kategori Pilihan...

Tuesday, July 12, 2011

...M'sia jadi negara tua menjelang 2030...

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjurkan Malaysia menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas mencakupi 15 peratus daripada jumlah populasi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pada masa ini, bilangan warga emas di Malaysia adalah seramai 2.1 juta atau 7.3 peratus daripada keseluruhan penduduk.

Katanya jangka hayat penduduk juga diunjur menokok daripada 72.6 tahun pada 2010 kepada 74.2 tahun pada 2020 bagi lelaki, manakala jangka hayat wanita meningkat kepada 79.1 daripada 77.5 tahun bagi tempoh yang sama.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil"Ini dijangka meningkat sejajar dengan peningkatan taraf kesihatan penduduk," katanya menjawab soalan Senator Noriah Mahat, di Dewan Negara hari ini.

Shahrizat (kanan, berbaju biru) berkata kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan Rumah Seri Kenangan untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif.

Katanya sehingga 31 Mei lepas, terdapat sembilan Rumah Seri Kenangan di seluruh negara yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada 1,942 orang penghuni.

Beliau berkata selain Rumah Seri Kenangan, kementerian juga menubuhkan 22 Pusat Jagaan Harian Warga Emas menerusi kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi manfaat kepada 16,331 warga emas di seluruh negara.

Shahrizat berkata kerajaan telah memperuntukkan RM733,260 untuk NGO terbabit sepanjang tahun lepas.

- Bernama

Ulasan red : masa ni akuu rasa akuu pun memang dah tua kot huhuhuuu...2030 ni umo aku dalam 48 dah dekat 50 tu..kira golongan yg tua2 ni lh ya ramai kat malaysia kot....

Thursday, July 7, 2011

...kahwin...


CINTA :


(sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.

I = iblis yang merosak minda.

N = nafsu semata-mata.

T = tuba yang dibalas semula.

A = api dalam neraka.


KASIH :


(sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??

S = simpati langsung tak ada.

I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.


SAYANG :


(sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.


HATI :


(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.


(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

Wednesday, July 6, 2011

...rindu kamuuu...

hai aper khabar semua..ari ni tiada isu yg nak diketengahkan..isu banyak tp masa x ada hahahaa..hari2 busyyy dengan kerja...tp alhamdulillah sb rezeki tgh tahun ni makin murah...syukur pada allah s.w.t....apa2 yg pasti nya sy doakan semua sihat sejahtera....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL