15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA
Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
Zakat dijadikan hutang
Suami mengikut kehendak isteri
Anak menderhakai ibunya
Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya
Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka
Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya
Arak diminum di merata-rata tempat
Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki)
Para artis disanjung-sanjung
Muzik banyak dimainkan
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”
(Hadith riwayat Imam Turmizi)
Huraian hadith:
Semua perkara di atas sudah biasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Sebab itulah banyak bala diturunkan Tuhan. Kekayaan negara biasanya berlegar di kalangan kaum keluarga pemerintah dan sahabat handainya sahaja (kroni). Sekiranya ada apa-apa peluang untuk mendapatkan duit, maka kaum keluarga dan sahabat handainyalah yang akan didahulukan.
Zakat tidak dibayar atau pun ditunggak-tunggak, suami ikut cakap isteri (queen control), anak-anak melawan ibu bapa, masjid digunakan untuk bercerita hal-hal keduniaan dan berlawak jenaka, arak mudah didapati, para artis menjadi pujaan, muzik menjadi teman seharian dan lain-lain.
3 kata-kata para sahabat......:
astaghfirullah.semua dh terang lagi nyata
hi sesumpah masih engat lagi tak saya? rasa dah lama abg sesumpah tak jenguk sy tul tak? Salam Aidilfitri untuk abg sesumpah
http://www.klik-aje.com/
sori lh kawan2 semua...terlalu busy sekarang...banyak kerja nak buat...
Post a Comment