...Kategori-Kategori Pilihan...

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Politiking - Dua Video Bercerita - Antara Kerajaan Dan Pembangkang

Salam Buat semua teman dan kawan2...
hari ni aku nak update pasal politik hahahahahahaaaa....
aku tringat kata2 Doktor yg mengajar aku dulu...dia menegur aku kerana aku berkata bosan dengan akhbar hari2 cerita pasal politik..
dia kata "pa walau sejauh mana kita tidak suka politik tp kita tidak boleh lari dari politik..macam2 mana pun kita akan berpolitik jugak..paling tidak pun depan mertua kita..berpolitik nak ambil hati mertua"
trima kasih Doktor atas nasihat itu...

dalam asyik2 berjongging di dunia maya ini aku terjumpa lh video lagu tema JANJI DITEPATI lagu baru untuk merdeka...dan 1 lagi video OLEY tentang hudud...

Video ni di buat oleh dua parti yg berbeza...Kerajaan Dan Pembangkang...

Kat sini aku nak share sikit pasal video ni gan kawan2 semua...dan cuba kauorg semua komen...



Bila tgk video ni..selain dari menghayati isi kandungan video cuba kita tengok kat like dan dislike...
dari situ kita dapat tahu video mana lebih popular kan...
aku tidak tahu lh kenapa..mungkin ada yg like kerana pengisian video itu dan mungkin yg dislike tu dari pihak yg bertentangan...

1 jer nak tanya...
agak2 pilihanraya lambat lagi ker?....





sesumpahmerah : xnak ulas banyak2, lihat lh sendiri dan nilai sendiri kerana semua manusia ada pendapat masing2...yg pasti pilihanraya bukan sekali seminggu hehehehee..oleh itu buat lh pilihan yg tepat...

Sunday, July 1, 2012

Apek (Khairul Fahmi Che Mat) Berlakon

salam semua...lama aku x update blog ni heheheehhe...
almaklum lh...bz sikit skg...
ni aku ada 1 video lakonan Apek atau khairul fahmi che mat..penjaga gol kelantan dan kebangsaan...
cuba kauorang tgk komen macam mana lakonan saudara kita ni...
ok x...




sesumpahmerah: dulu pernah gak jadi pelakon kat sekolah hahahaahhaaa...

Wednesday, June 13, 2012

Kebakaran Di Hdapan Uitm Machang

Semalam, 12 June 2012...
satu tragedi kebakaran telah berlaku di hadapan uitm machang yg telah memusnahkan asrama pelajar perempuan....

Salam...
yang aku nak crita kat sini adalah...
pertama, kesian pelajar yg terlibat..baru 3 hari datang daftar..barang2 xsempat simpan lg tp hancur musnah menjadi abu..laptop2..kamera2 dslr, kain baju, buku2, dan artwork semua musnah...

kedua, bersyukur pada ilahi kerana tidak menlibatkan nyawa dan semua selamat kerana kebanyakan penghuni tiada di rumah kerana ada kelas...

ketiga, syukur pada yg maha esa kerana kedai aku yg berdebelahan yg ada signboard double a tu tidak terkena...hanya sedikit syiling dan signboard yg kena..

keempat, terima kasih kepada abang2 bomba yg bertungkus lumus menjalankan tugas menyelamat...sehingga kena guna 3 jentera bomba untuk memadam api...

punca kebakaran yg dimaklunkan adalah kerana lintar pintas...so adik2 semua kalau nak tinggalkan bilik silalah pasti kan semua suis off ya..neringat sebelum kena....

sesumpahmerah: syukur pada Allah s.w.t....

Monday, May 21, 2012

Gambar Perkahwinan Pengasas Facebook Mark Zuckerberg

Akhirnya, Pengasas Facebook Mark Zuckerberg berkahwin dengan Priscilla Chan. Mark meletakkan gambar perkahwinan di facebook dan menukar status facebook kepada Marrried to Priscilla Chan.








Tuesday, May 15, 2012

Palestinian Prisoners On Hunger Strike - Gambar Profile


Jom tukar Profile Picture Facebook Kita.
Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop. Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.
(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel) Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

 Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

 The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history..
Bilal Thiab ... 77 Days
Thaer Halahleh ... 77 Days
Hassan Safadi ... 71 Days
Omar Abu Shallal ... 69 Days
Mohammedd Al-Taj ... 61 Days
Mahmoud Sarsak ... 55 Days
Faris Al-Natur ... 48 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner .... 28 Days


Di sini ada 10 Profile Picture yg sesumpahmerah nak kongsi dgn kawan2....
jangan lupa copy dan guna profile picture ni dekat facebook anda atau di mana2 sahaja...
sila copy....











sesumpahmerah : sila like dan share di semua group2 yg ada.....

Tuesday, May 8, 2012

Gadis Cantik Tidak Pernah Gosok Gigi Selama 10 Tahun


Setiap orang kadang-kadang memiliki perangai yang tidak dimiliki orang lain. Tapi di Seoul, Korea Selatan seorang gadis mengaku tidak pernah menggosok gigi selama 10 tahun. Dalam sebuah program TV Martian Virus dari tvN Seoul memperkenalkan seorang gadis yang dikenal sebagai 'Cutey Yellowish'. Nama ini diberikan karena ia berhenti menggosok gigi satu dekad lalu. 

Wednesday, February 8, 2012

Guna Sihir Nak Lulus Exam

KUALA LUMPUR: “Tindakan ini sebenarnya merugikan diri mereka sendiri kerana jika menggunakan ‘sirih azimat’ yang diberikan bomoh untuk lulus dalam peperiksaan bahasa Inggeris, hakikatnya mereka tidak dapat menguasai bahasa berkenaan, tidak guna juga.

“Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai pelajaran sepatutnya tidak percaya dengan perkara seperti itu kerana setiap kejayaan memerlukan usaha serta diiringi doa dan bukannya dengan mengambil benda mengarut seperti ini,” kata bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai segelintir pelajar di sebuah IPT di Lembah Klang yang mempercayai kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bahasa Inggeris.

Mereka juga sanggup membayar RM350 kepada seorang bomoh yang menawarkan khidmat untuk membekalkan daun sirih itu dengan bantuan jin handal bahasa Inggeris untuk mendampingi pelajar berkenaan ketika peperiksaan.

Menurut Ibrahim, kebanyakan pelajar Melayu yang sering terdedah kepada kepercayaan sedemikian dan pengambilan sirih berkenaan amat tidak realistik kerana pelajar IPT seharusnya tahu kepentingan pelajaran pada masa depan.

sumber : HMetro

p/s : zaman aku belajar dulu kemudahan dah lh x cukup, photostat x boleh kena salin tp x pernah lak terpikir nak guna bomoh...masalah sekarang pelajar tu masuk ipt sebab dia cerdik ke atau kenapa....adussss ...boleh terpikir macam ni...

Thursday, January 12, 2012

Wardina Saffiyah Dirompak?


Dunia hiburan tanahair hari ini dikejutkan dengan berita tergempar yang dinyatakan oleh pengacara dan pelakon, Wardina Saffiyah melalui laman sosial 'Twitter' beliau bahawa dirinya dan keluarga telah dirompak di dalam rumahnya lewat pagi tadi.

Suaminya turut dipukul oleh tiga orang lelaki yang bersenjatakan parang. Antara barangan yang hilang adalah 5 buah komputer riba dan juga telefon bimbit. Perompak tersebut memukul suaminya kerana dikatakan berang dengan ketiadaan barang kemas di rumah tersebut. Wardina dan anak-anaknya hanya mampu bersembunyi di bawah selimut kerana ketakutan dengan insiden tersebut.

Polis dan juga pakar forensik turut bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan dari Wardina. Pihak polis juga turut menjangkakan bahawa para perompak tersebut akan kembali kerana tidak berpuas hati dengan hasil rompakan mereka. Apa-apa pun Wardina turut berpesan agar semua orang turut berjaga-jaga apatah lagi dengan ketibaan musim perayaan Hari Raya Cina tidak lama lagi. Semoga keadaan Wardina dan keluarganya kembali pulih dari trauma kejadian malam tadi.

SUMBER: http://gegar.thr.fm/Komuniti/Cerita-Kedai-Kopi/January-2012-%281%29/Wardina-Saffiyah-Dirompak-.aspx

Ciuman Hangat Tepi Jalan

Salam buat semua teman dan rakan2 alam maya....
hidup sekarang ni macam-macam kn benda yg kita dulu tidak sangkareable berlaku dan benda yg di kawal sudah semakin tidak terkawal...
dunia semakin moden (teknologi jer)...manusia semakin bertamadun (katanyalh tp moral k.o)
mana kah sebenarnya moden dan tamadun itu...sebenarnya semua itu bergantung pada pandangan masing2....
pandangan golongan pendidik lain dari pandangan golongan politik...

sebenarnya kat sini aku nak kongsi foto tentang budak2 yg bercium kat tepi jalan...dah lh budak2 kecik lg tu baru umur 6 tahun...harap2 anak2 kita kat malaysia jangan lh sampai jd macam ni...
kerana kejar ketamadunan dan kemodenan sampai moral dan akhlak tak tahu mana...

jom temgok...

Wednesday, November 16, 2011

152,182 anak luar nikah dalam 2 tahun

KUALA LUMPUR - Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Tuesday, November 15, 2011

Sperma Di Atas Jalan


Tgk tajuk macam kejadian ngeri jer kan huhuhuhuu..
sebenarnya ni brita pasal basikal...
ni berita dia baca lh ya...

65000 Gambar Lucahnya Di Internet

Angie Varona
Menyesal: Angie Varona, 18, berkata posting gambar provokatif diri sendiri secara online pada usia hanya 14 telah memusnahkan hidupnya

Nama Angie Varona, 18 tahun amat popular di internet sehingga jika di google ia mengeluarkan hampir sejumlah 65,000 gambar dirinya yang kebanyakannya berbikini.
Apabila akaunnya digodam, gambarnya itu mula tersebar di internet. Bukan setakat itu, terdapat juga begitu banyak akaun palsu Facebook, Twitter, Youtube di bawah namanya. Satu daripada akaun FB palsu beliau mempunyai lebih 41,000 likes. Terdapat juga gambar beliau yang telah di Photoshop.

Monday, November 14, 2011

69,000 pelajar diperintah bayar balik pinjaman PTPTN


Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lepas.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

"Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau hari ini.

Ismail, yang juga anggota parlimen Kuala Krau, berkata sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 8,143 pelajar yang disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.

Katanya, jumlah itu masih rendah berbanding 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Sementara itu, beliau berkata Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini mencecah RM456.02 juta membabitkan 1.03 juta penyimpan sehingga 30 September lepas.

- Bernama

Tesco henti program kebajikan tapi sokong Festival Gay

TESCO telah mencetuskan kemarahan apabila menamatkan sokongannya kepada Cancer Research "race for life" sebaliknya membuat keputusan untuk menaja festival gay terbesar di Britain.

AWAS!!!!Sihir melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.


KOTA BHARU - Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.

Sunday, November 13, 2011

Bekuk Kemboja, Malaysia Luncurkan Indonesia

Headline

INILAH.COM, Jakarta - Malaysia menduduki tangga teratas Kumpulan A SEA Games 2011 setelah mengalahkan Kemboja di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Minggu (13/11/11).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL