...Kategori-Kategori Pilihan...

Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Black pepper steak


Bahan-bahan ( 1 orang )

* 1 keping daging kambing
* 2 ulas bawang putih - ditumbuk
* serbuk lada hitam
* 3 s/b sos cili
* 2 s/b sos tomato
* sedikit kicap
* 1 biji kentang sederhana besar
* 1 s/k mentega/marjerin
* 5 s/b susu segar

Cara-cara

1. peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min.
2. masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut.
3. ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.
4. [untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh)
5. [untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.)
6. tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.

Sup tulang


Bahan-bahan ( 4 orang )

* 500g tulang lembu
* 1 sup bunjut adabi
* 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
* 2 1/2 liter air.
* 3-4 ulas bawang putih
* 1 cm halia
* minyak untuk menumis
* daun sup/ daun bawang
* bawang goreng
* cili padi -kalo nak pedas :)
* limau nipis- kalo suka masam2 sket..
* 2 ketul ubi kentang
* 1/2 batang lobak merah

Cara-cara

1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.

Gulai Kari Daging


Bahan-bahannya :

250g daging lembu/ kambing - direbus dan simpan airnya untuk jadikan kuah
2 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
1/2 inci halia*
3 ulas cili merah*
1/2 cawan serbuk kari - jadikan pes
Bunga lawang,bunga cengkih kulit kayu manis
1 cawan air rebusan daging tadi
1/2 cawan santan
2 biji kentang kecil
1 biji bwg besar dipotong 4
Asam gelugur
Garam

Cara-caranya :

Kisar bahan bertanda *.
Tumis bhn kisar hingga naik bau. Masukkan pes rempah kari daging.Kacau sedikit.
Masukkan daging dan air.
Masukkan asam gelugur,bunga lawang,bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Apabila agak pekat, masukkan santan,bwg besar dipotong 4 dan kentang.
Perasakan garam. Kacau perlahan hingga masak.

(masakan untuk 3 orang)

Daging Masak Lada Hitam


Bahan-bahannya :

250g daging lembu / kambing
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 ulas cili hijau
1 batang serai
1 helai daun limau purut
Kicap manis
Sos tiram
2 sudu lada hitam kisar
Bawang besar - dipotong bulat
Daun bawang dan tomato - untuk hiasan

Cara-caranya :
Kisar bawang merah,bwg putih dan halia.
Tumiskan bhn kisar hingga naik bau.
Masukkan daging, Kacau sedikit dan tunggu daging lembut.
Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau lagi hingga pekat. Tambahkan sedikit air untuk kuah.
Masukkan serai dan daun limau purut. Masukkan lada hitam.
Akhir sekali, masukkan bawang besar.
Setelah masak, hiaskan dgn tomato dan daun bawang.

Daging Masak Kicap Sedap


Bahan-bahannya:

250g daging . saya gunakan daging steak yg tak perlu direbus
5 sudu besar kicap manis
2 sudu sos tiram
Sedikit serbuk ketumbar dan jintan
2 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
Sedikit halia
Garam dan serbuk lada hitam sebagai perasa
2 ulas bwg besar dipotong 4
1 ulas cili hijau/merah

Cara-caranya:
Campurkan kicap,sos tiram dan serbuk ketumbar dan jintan, perapkan dgn daging. Letak ke dlm peti sejuk dan biarkan selama 30minit atau lebih.
Tumis bwg merah,bwg putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan daging tadi, kacau rata.
Masukkan garam,serbuk lada hitam, cili dan bawang besar.
Kacau rata hingga masak.

Tuesday, October 18, 2011

Tepung Pelita



yg ni makanan kegemaran dari dulu kini dan selamanya...

TEPUNG PELITA
Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit garam
• sedikit air kapur (aries omit)

Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan

Tuesday, October 11, 2011

Cencaru Bakar Daun Pandan


3 ekor ikan cencaru (di belah belah belakang)
Bahan di giling (A):
15 batang lada kering (Rebus 10 minit)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
½ inci halia
1 sudu teh garam

Bahan perisa sambal(B)

¼ cwan air asam jawa
1 sudu besar gula
1 inci lengkuas - tumbuk pecah-pecah
3 batang serai- tumbuk pecah-pecah
sedikit serbuk perasa.
½ cawan santan pekat
Hirisan sebiji bawang besar
Daun untk bungkus ikan
10 helai daun pandan


Caranya

1) Tumis semua bahan giling(A)hingga pecah minyak kemudian tambah bahan perisa sambal (B). Tambah Hirisan bawang Besar.

2. Sumbat bahan diatas dalam ikan dan balut/ bungkus ikan tersebut dengan daun pandan ( di bahagian perut ikan - untuk elak sambal dari terkeluar)dan bakar.

Cara menyiang ikan cencaru:

Potong ekor dan belah dari belakang untuk keluarkan isi perutnya dan bersih. Ini akan menjadikan keadaan ikan seperti poket untuk di isi sambal.

Sunday, October 9, 2011

Mee Hailam


Sedikit minyak
1 biji bawang besar dihiris halus
1 biji bawang putih dihiris halus
2 biji cili padi dihiris halus
150g fillet ayam dipotong ikut citarasa
1 paket jagung muda
kicap manis pekat
1 kiub chicken stocK
½ paket mee kuning
sawi dipotong sederhana besar
taugeh (jika suka)
air
sedikit garam


Cara-caranya

Panaskan minyak. Jangan terlalu panas Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi yg telah dihiris halus. Cili kena halus baru tak tergigit cili dan rasa pedasnya lebih menyerlah.Lepas tu masukkan ayam. Lepas tu, masukkan sedikit air. Bila nampak ayam dah putih2 tu, masukkan chicken stock dan air. Kemudian ambik botol kicap manis pekat tu, dan tuang lah hingga kelihatan macam mi hailam. Lepas tu masukkan jagung muda. Next, ambik sudu dan rasa. Tambah garam ikut citarasa. Biar sekejap sampai jagung tu dah masak. Kalau kering tambahlah air. Bila dah hampir mendidih, masuk mee kuning. Last sekali masukkan sayur macam sawi dan taugeh. Penting masukkan sayur last supaya tak melecur dan vitamin khasiatnya tak hilang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL