...Kategori-Kategori Pilihan...

Monday, May 28, 2012

Sesumpah - Haiwan Ajaib



Salam buat semua kawan2 dan para2 sahabat... Entry baru ini aku ingin memperkenalkan akan kehebatan sesumpah atau sumpah-sumpah atau pokko (bahasa kelantan) atau juga dikenali sebagai chameleon...

Sesumpah merupakan reptelia yang mempunyai kekuatan untuk berpegang dengan kuat pada sesuatu objek sekalipun ia berlaku ribut tiupan angin kencang. 

Tahukah para sahabat bagaimanakah sesumpah mampu sehebat sedemikian? 
Sesumpah mempunyai sejenis ‘pelekat’ di bawah tapak kakinya seperti sejenis gam. Manakala pada bahagian ekornya pula begitu kuat untuk membolehkannya bergayut pada dahan pokok. 
Warna badan sesumpah sering berubah-ubah warna mengikut perubahan emosinya dan bukan pula pada persekitarannya. 

Kebiasaannya apabila kulit sesumpah berwarna cerah, ini bermakna keadaannya dalam situasi tenang dan stabil. Akan tetapi awas sekiranya warna kulit badannya semakin gelap reptlia itu sedang berada dalam keadaan tertekan. Bermakna ia tidak mahu diganggu. 

Sesumpah mampu merubah warna badannya mengikut cuaca ia juga bertujuan untuk mencari pasangannya. Manakala untuk menghalau musuhnya, Sesumpah akan menggembangkan badannya sehingga dua kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya. Sekiranya strategi tersebut gagal, Sesumpah akan menggunakan satu lagi strategi dengan melarikan diri dari mangsanya. 
Amnya kelajuan yang boleh di capai bagi seekor Sesumpah boleh mencecah enam meter sesaat, cukup laju untuk melarikan diri dari musuhnya. 

Sesumpah juga berkebolehan melihat dalam sudut 360 darjah bagi membolehkan ia memerhatikan pemangsanya tanpa bergerak walau seinci pun.
Ini jelas menunjukkan sesumpah peka pada persekitaran walaupun kita tidak melihat dia berubah atau hanya diam sahaja.

Tanpa menggerakkan badannya ke mana-mana arah sesumpah juga berupaya meluncurkan lidahnya dengan kepantasan 13 meter sejam. 
Apabila mangsa dapat di terkam maka potensi untuk melarikan diri amat tipis. Begitulah berbahayanya sesumpah kepada mangsanya.
Itulah sesumpah atau Chameleon atau pokko kehebatannya tiada siapa yang dapat menandinginya 

Repunzel dan Rango adalah antara dua filem yang menggunakan sesumpah sebagai watak utama...

Jom layan video akan kehebatan sesumpah dalam meniru warna objek yg berdekatan dengannya...

Wajib Tengok....

heheheehheeeee.....
Hebatkan haiwan ini...

Sesumpahmerah : heheeheheheheheee...so jangan cepat kita menilai seseorang, walau pun kita tengok dia diam dan slow tapi kita tidak tahu akan skill dan kehebatan yg dia ada selagi dia tidak tunjulkan...mungkin dia bukan seorang yg ego dan meniggi diri..hanya menggunakan ilmu diwaktu yg sesuai...merendah diri dan baik hati serta jujur heheheeheheee...

Blogger Station Group - Ping Entry Here




Salam Buat Kawan2 dan Teman2 semua...
Entry hari ini aku ingin mengajak semua kawan2 dan para sahabat untuk join atau menyertai 1 group blogger di facebook yg di beri nama BLOGGER STATION.

Group Ini Diwujudkan Sebagai Tempat Untuk Menambahkan Persahabatan Antara Blogger Dan Untuk Mengeposkan Entry Masing2.. Diharap Group Ini Dapat membantu Anda.. Diharap Blogger semua tidak membuat SPAM (iaitu meningalkan link biru dalam ruangan komen blogger lain)

Ini adalah salah satu SEO teknik untuk blogger2 terutama blogger2 baru mempromosikan blog anda dan menambah follower anda serta mengeratkan hubungan antara blogger.
Dengan menyertai group BLOGGER STATION ini anda dapat ping kan entry2 terbaru anda di group ini.

So apa tunggu lagi..jom kita sama2 memeriahkan group BLOGGER STATION ini..
.....ask to join.....
sila klik di sini ----> BLOGGER STATION

sesumpahmerah : kepada semua kawan2 yg sudi silalh copy entry ini dan heboh2 kn kepada teman2 dan sahabat. terutamanya blogger2 baru...terima kasih...

Sunday, May 27, 2012

Pencarian Admin Untuk Kelate Warise Kito


salam kawan2 semua...
ni Khas untuk orang-orang kelantan..kalu bukan orang kelantan pun buleh jugak...
admin pages Kelate Warise Kito mencari beberapa org admin baru untuk menjadi admin pages ni..
saper2 yg berminat boleh masuk ke pages ni kat facebook..
dan ikut syarat2 di atas...
pada saper2 yg berminat boleh PM kat admin Kelate Warise Kito

Kepada yg berminat boleh PM dengan kadar segera sementara stok masih ada heheheheehee....

Menarik Megenai Warna Merah


1. Merah juga bererti "indah/ cantik" dalam bahasa Rusia.

2. Kata "ruby" berasal dari kata "Rubens" dalam bahasa Latin, yang bererti "merah".

3. Warna merah tidak benar-benar membuatkan perak marah, Perak sebenarnya buta warna.

4. Setidaknya ada 23 jenis yang berbeza dari krayon merah.

5. Garis-garis merah di Bendera Amerika Serikat ertinya berdiri untuk keberanian.

6. Pengantin Cina tradisional mengenakan gaun pengantin bewarna merah untuk keberuntungan, Di Cina   merah diasosiasikan dengan keberuntungan dan keuntungan.

7. Melihat warna merah boleh membuat jantung Anda berdetik lebih cepat.

8. Sedikitnya, dua persen orang di Amerika Serikat memiliki rambut bewarna merah.

9. Dalam warna budaya Cina, merah berhubungan dengan lima elemen utama, arah dan empat musim. Merah dikaitkan dengan musim panas, api dan arah Selatan.

10. Di Jepun warna merah adalah warna tempat/kuil perlindungan Shinto.

11. Di Inggris, bilik telepon merah dan decker merah bus tingkat adalah ikon nasional.

12. Di India, tanda merah di dahi dikatakan membawa keuntungan.

13. Merah adalah warna yang paling terkait dengan Uni Soviet selama pemerintahan komunis, Bolshevik menggunakan bendera merah sebagai simbol mereka ketika mereka menggulingkan tsar pada tahun 1917. Itu adalah bagaimana merah menjadi warna komunisme.

14. Warna merah memiliki pengaruh untuk manusia secara mental dan fisik, ini beberapa pengaruhnya : Meningkatkan semangat Merangsang energi Mendorong tindakan dan keyakinan Rasa perlindungan dari ketakutan dan kecemasan

15. Dalam beberapa dekad terakhir, para ilmuwan telah melaporkan keberhasilan mereka dalam penggunaan cahaya merah yang efektif dalam pengubatan sakit kepala migrain dan kanker.

16. Perempuan/ Lelaki yang menggunakan warna merah membuat lawan jenisnya lebih tertarik.

17. Merah adalah warna pemenang .

18. Warna merah dalam dunia pendidikan bererti buruk.

19. Warna merah sering menjadi warna khas pakaian tradisional untuk pernikahan.

20. Di zaman romawi kuno, bendera merah adalah simbol untuk memulai pertempuran.

21. Kerana efek visual, tanda berhenti, lampu merah, lampu rem, dan peralatan api semua dicat merah.

22. Orang mesir kuno "menganggap" diri mereka adalah bagian dari "ras merah", dan mereka memberi penekanan dengan mengecat tubuh mereka dengan warna merah.

23. Warna merah sebagai warna berkabung/ duka cita ? hanya di afrika selatan ! .

24. Kata "red" banyak digunakan di frase kata dalam bahasa inggris.


Sesumpahmerah : Sesumpahmerah adalah seorang yg megemari warna merah yg juga penyokong setia pahlawan merah (RED WARRIOR) yg berasal dari Kelantan yg mempunyai bendera berwarna merah tetapi bukan berasal dari daerah Tanah Merah tetapi mempunyai syarikat yg bernama REDCHAME TRADING (redchame.blogspot.com) hehehehehehee....Banyaknya Merah....

Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Negara- YB K.J vs Rafizi Ramli



Andai Lihat Dan Nilai Sendiri...
Terima Kasih Pemimpin2 kerana menjadikan politik semakin terbuka....

Part 1


Video streaming by Ustream


Part 2


Video streaming by Ustream


Part 3


Video streaming by Ustream


sesumpahmerah: nilai dengan akal dan hati beserta dengan ilmu yg ada...jangan nilai dgn emosi...untuk kebaikan semua...saya bukan penyokong mana2 pihak..saya cuma pendokong pada yg benar dan yg baik untuk semua....

Tuesday, May 22, 2012

Urgent - Iklan Tak Boleh Blah

Perlu kan segera...
so saper2 yg berminat dan berkelayakan sila hubungi no yg tertera...



sesumpahmerah : iklan yg memang menguris hati hahaahahaaa..macam mana ya rupa anak dia tu..sibuk kerja hingga lupa nak cari calon untuk ibu...anak ibu...

Monday, May 21, 2012

Video Aksi Seksi Neelofa Berkemban - Hot

Siapa tidak kenal Neelofa..artis yg mempunyai wajah yang cantik dan menawan...
Neelofa dikatakan berpakaian seksi dalam sebuah video klip Tilu dengan lagu yg bertajuk Ku Bukan Aku...
Jom tgk video ini dan bagi pendapat anda...



Di bawah ini pulak beberapa gambar neelofa...









Gambar Perkahwinan Pengasas Facebook Mark Zuckerberg

Akhirnya, Pengasas Facebook Mark Zuckerberg berkahwin dengan Priscilla Chan. Mark meletakkan gambar perkahwinan di facebook dan menukar status facebook kepada Marrried to Priscilla Chan.








Thursday, May 17, 2012

Dikir Warrior Di MHI TV3 - Sempena Final Piala FA

Jom Layan..
Go more Kelante Go more...




Jom Pakar Beli CD dikir worriers dengan pengedar2 yang sah....

Wednesday, May 16, 2012

Pelajar Malaysia Kini - Khas Hari Guru

Salam buat semua teman dan sahabat alam maya...
hari ini genap 16 mei 2012..bila sampai tarikh 16 mei semua 1 malaysia akan sibuk menyambut hari guru...
sekolah-sekolah semua sibuk buat persiapan..guru-guru akan disambut dengan berbagai acara..murid-murid akan sibuk buat persiapan untuk menjayakan acara...yang pasti setiap tahun akan ada tema dan cikgu cemerlang...inilah yg akan terjadi setiap 16 mei...semua tahu dan kenal akan HARI GURU...

Hari guru disambut setiap tahun, kualiti guru dikatakan semakin meningkat..tetapi bagaiman pulak dengan kualiti pelajar. Ramai yg akan jawab mestilah kualiti pelajar semakin meningkat..ya betul...
meningkatnya kualiti pelajar dari segi akedemiknya tp bagaiman pulak akhlaknya....
ramai ibu bapa yang inginkan anak-anak berjaya dalam akademik, hingga masa anak-anak diisi dengan penuh aktiviti berakademik. rutin harian anak-anak sekarang sudah jelas dari bangun tido hingga tido balik..bangun pagi siap-siap pegi sekolah, balik sekolah pergi kelas tambahan atau aktiviti sukan dan ko kurikulum di sekolah, malam masuk tuesyen pulak..balik bila penat terus tido atau pun buat kerja-kerja sekolah...begitu lh aktiviti anak-anak pada masa kini....

Apakah yg dikejar oleh anak-anak ini sebenarnya..jawapannya adalah agak mudah bagi aku..mereka di ajar oleh ibu-bapa untuk mengejar sekeping kertas yg di panggil skrol atau sijil yg di atas kertas itu jelas menunjukkan mereka cemerlang dalam akademik dan akan diguna untuk masa depan mereka...
tp bagaiman pulak mereka yang menimba ilmu dar pondok=pondok, masjid-masjid dan pengalaman-pengalaman yang tiada sijil dan skrol oti..adkaah mereka bodoh kerana tiada sijil dan skrol yg mengatakan mereka ini cemerlang dunianya...

Malaysia akan berbangga menjadi negara maju dan cemerlang dalam akademiknya tapi dalam sedar tidak sedar bagaimana pulak dengan akhlak pelajarnya...
tidak perlu kita kupas terlalu jauh sampai kepada pelajar ipt atau yg belajar luar negara tp kita tgk sahaja pelajar-pelajar di sekolah yg masih berada di bawah jagaan ibu-bapa dan masih tinggal di rumah bersama ibu-bapa....
munkin isu ini agak terpencil kata mereka yg BERKUASA tp hakikatnya tetap nyata...
contoh mudah lihat gambar2 ini :




adakah ini bukan anak-anak permata negara Malaysia..yg jelas pakaiannya adalah pakaina pelajar Malaysia dan yg paling menyedihkan kepala mereka jelas bertudung, bermakna mereka adalah anak-anak ISLAM...




Terima kasih kepada teknologi yg semakin canggih kerana rahsia manusia semakin terdedah...



Jelas sekali itu adalah anak-anak pelajar kita....
dan biasanya kesudahan cerita-cerita ini adalah...

bila kesudahan cerita ini terjadi maka ramai lh yang akan marah yang akan kata..
"haiwan pun ada perasaan sayang pada anak"
tapi kemarahan itu pada akhir ceritanya bukan pada permulaannya yg perlu dicegah....

Sistem pendidikan terus dikaji dan di analisis untuk jadi lebih baik tetapi bagi aku yang lebih baik adalah keduniaannya bukan dalamannya...
kenapa kita tidak memastikan agar pendidkan menekan kan dalaman juga bukan sahaja luaran...
mungkin setengah pihak berkata itu adalah tangungjawab ibu bapa...
ibu bapa pulak kata itu tangungjawab guru-guru untuk mengajar perkara baik...

Jika pada masa dahulu (sewaktu manusia dianggap kekampungan dan bodoh pada tahun 70 dan 60an) bila guru-guru memarahi pelajar jika berbuat salah malah memukul pelajar yg berbuat salah maka ibu bapa akan menambah lg hukuman agar pelajar itu faham dan jelas benda itu salah..
Tetapi kini usahkan merotan, salah menjentik pun maka ayat ini akan kedegaran''
" see u in court"
macam mana cikgu berani sentuh anak saya...

Mungkin bagi setengah orang perkara ini adalah perkara kecil dan remeh tp perlu diingat yg kecil akan menjadi besar dan yg besar sukar dibendung..
contoh yang jelas isu dadah..jika dulu dadah hanya lh isu kecil sekarang dadah sudah menjadi musuh no.1 negara dan tidak salah kalau aku katakan dalam setiap kampung pasti ada penagih dadah dan pengedarnya...

Apa-apa pun sama2 lh kita fikirkan dan ambil tindakan...walaupun sekadar berdoa untuk kebaikan..

SELAMAT HARI GURU...
VIDEO KHAS --- LINK

sesumpahmerah: 
apa yg ingin aku perkatakan adalah tentang akhlak... seimbangkanlah antara kecerdikan dan kebaikan budi bahasa... kerana jika kamu cerdik tidak beerti kamu baik tp jika kamu baik jelas menunjukkan kamu seorang yg cerdik..
ini hanyalh pendapat akuu seorang rakyat malaysia yang sayangkan ISLAM dan bangsaku.. jika aku salah tegurlah aku, jika aku cetek tambahkanlh ilmu dan pengetahuanku..
aku hanya sekadar penulis...

terima kasih kepada www.klik-aje.com di atas keizinan gambar...



Sejarah Hari Guru Di Malaysia - Wajib Baca


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan 
Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif:
  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 
  • " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan

Tuesday, May 15, 2012

Palestinian Prisoners On Hunger Strike - Gambar Profile


Jom tukar Profile Picture Facebook Kita.
Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop. Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.
(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel) Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

 Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

 The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history..
Bilal Thiab ... 77 Days
Thaer Halahleh ... 77 Days
Hassan Safadi ... 71 Days
Omar Abu Shallal ... 69 Days
Mohammedd Al-Taj ... 61 Days
Mahmoud Sarsak ... 55 Days
Faris Al-Natur ... 48 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner .... 28 Days


Di sini ada 10 Profile Picture yg sesumpahmerah nak kongsi dgn kawan2....
jangan lupa copy dan guna profile picture ni dekat facebook anda atau di mana2 sahaja...
sila copy....











sesumpahmerah : sila like dan share di semua group2 yg ada.....

Sunday, May 13, 2012

Benarkah Ini Gambar Dato' Siti Nurhaliza ?

sesumpahmerah nak kongsi 1 gambar menarik...
yg dikatakan gambar Dato Siti Nurhaliza pada zaman sekolah menengah...
jom tengok....


sesumpahmerah : apa komen2 sahabat semua...betul x ni gambar Dato' Siti masa sekolah...
cantik kan Dato' Siti..dari sekolah lg sudah diakui kecantikan dan bakat yg ada...

ini lak gambar Tiz Zaqyah masa sekolah...Link


Sejarah Hari Ibu Yg Wajib Kita Tahu



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. 

Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. 

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. 

Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. 

Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. 

Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. 

 Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

sesumpahmerah/: nampaknya Anna Jarvis telah berjaya kerana hampir seluruh dunia menyambut Hari Ibu...
Ibu adalah insan yg paling istimewa hari2 adalah untuk ibu....
betulkan niat kita jgn sampai jiwa dan minda kita terus dijajah....

Saturday, May 12, 2012

Guru Jasamu Ku Kenang

Selamat Hari Guru...
sempena hari guru pada 16 mei ni aku nak ucapkan terima kasih kepada semua bekas2 guruku dan tahniah kepada kawan2 ku yg menjadi guru...
sesunguhnya jasa mu amat besar dan amanah mu amat berat...kerjamu amat mulia...
sesumpahmerah nak kongsi 1 video yg menarik untuk tontonan semua sempena hari guru...
jom lihat....




sesumpahmerah/: apa komen anda...jasa guru pasti dikenang...lagi2 bg pelajar yg macam dalam video tu...sampai mati dia akan kenang jasa guru heheheheheheee..

Wednesday, May 9, 2012

Renungan Bersama


sesumpahmerah/: jangan fikir akan selamat...

Syarat-Syarat Jika Kamu Ingin Membuat Maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata:
 "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

 Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
 "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." 

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
 "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:
 Syarat Pertama :
 "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
 Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
 "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
 Syarat Kedua :
 "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" 
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
 Syarat Ketiga :
 "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan: Syarat Keempat :
 "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
 Syarat Kelima :
 "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.


sesumpahmerah/: cari jalan untuk kamu mengelak dari maksiat...kerana kamu adalah manusia yg cerdik dan kamu tahu menilai mana maksiat dan mana yg bukan maksiat...

Jangan Diseksa Bayi Itu - Ya Allah s.w.t Ampunkan Dosanya

video

Kenapa wanita ini sangup memukul bayi kecil itu..?

sesumpahmerah /: wahai wanita yg bakal menjadi ibu dan para ibu serta lelaki sekelian...sesunguhnya anak itu adalah rezeki yg tidak ternilai...

Kemampuan Dan Kehebatan Manusia

Video ini memaparkan kemampuan manusia yg diluar batasan manusia biasa...
Jom Layan... sesumpahmerah /: manusia mampu melakukan yg diangap mustahil yg pasti perlu ada pengorbanan untuk mencari kesempurnaan...practice make perfect...

Tuesday, May 8, 2012

Nenek Termuda Di Dunia



Inilah Nenek Termuda di Dunia, Usianya Baru 23 Tahun semasa ia menjadi nenek - 
Nenek-nenek biasanya dianggap dengan usia tua, keriput dan rambut beruban. Tapi, nenek asal Rumania ini masih terlihat cantik dan bugar. Maklum, usianya baru 23 tahun semasa menjadi nenek. 

Dialah Rifca Stanescu, warga Desa Investi, Rumania. Dia melahirkan putrinya, Maria, saat berusia 13 tahun. Sementara Maria melahirkan putranya yang bernama Ion saat berusia 11 tahun. Rifca Stanescu pun dinyatakan sebagai nenek termuda di dunia. 

"Saya senang bila menjadi nenek, tapi saya sebenarnya berharap sesuatu yang lain pada Maria dan sesuatu yang berbeza untuk saya. Ion adalah anak yang baik, dan dia sudah bertunangan dengan seorang gadis berusia 8 tahun," kata Rifca, seperti dikutip Daily Mail. Rifca lahir pada 1985. Ia kawin lari dengan lelaki penjual perhiasan, Ionel Stanescu. Saat itu Rifca berusia 11 tahun dan Ionel 13 tahun. Satu tahun setelah menikah, Rifca hamil.

Gadis Cantik Tidak Pernah Gosok Gigi Selama 10 Tahun


Setiap orang kadang-kadang memiliki perangai yang tidak dimiliki orang lain. Tapi di Seoul, Korea Selatan seorang gadis mengaku tidak pernah menggosok gigi selama 10 tahun. Dalam sebuah program TV Martian Virus dari tvN Seoul memperkenalkan seorang gadis yang dikenal sebagai 'Cutey Yellowish'. Nama ini diberikan karena ia berhenti menggosok gigi satu dekad lalu. 

Kenali Wanita Dari Gaya Mereka Berjalan



1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah 
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.  

Kenali Al-Masjid Al-AQsa



p/s: aku berdoa padamu YA ALLAH s.w.t kuatkan lh kudratku, murahkan lh rezeki ku, kau berikan aku jalan petunjukmu dan ku memohon padamu agar ku mampu menjejak kaki dan melihat sendiri Masjid Al-Aqsa ini. Amin...

Sunday, May 6, 2012

Wardina Di Bumi Palestin



Hari ini akuu terbaca 1 berita yg menarik...dan sangat menarik bg akuu kerana berita ini membuat akuu cemburu dengan Wardina Saffiyah kerana dia telah berjaya menjejak kaki kesana...ke masjidil Aqsa...salah satu tempat yg sangat aku ingin lawati...kerana sejarah tempat itu amat panjang dan banyak sejarahnya berhubung kait dgn kita....
Baca beritanya di bawah ini................

Tuesday, May 1, 2012

Wanita Melamar Lelaki

Wanita melamar lelaki..dalam budaya dan adat kita perkara ini sangat ganjil walau pun ia tidak salah di sisi agama...tp jika berlaku juga masyarakat pasti akan mengata...
  • tidal malu lh perempuan tu...
  • mesti tak laku..sb tu gatal...
  • malu lh perigi cari timba...
 Tapi Hakikatnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...cOpYrIgHt...

...cOpYrIgHt...
Sesumpah ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan2 dan teman2 yg sudi datang menjengah ke blog sesumpahmerah.blogspot.com ini... Setiap entry dalam blog ini adalah untuk personal use dan sharing dgn semua rakan2 serta ada diantaranya adalah diambil dari third party... Apa2 pun terima kasih kerana sudi datang dan sudi lh follow blog ini serta jgn lupa untuk klik LIKE fan pages yg ada sebagai tanda sokongan untuk... sesumpahmerah.blogspot.com sesumpah sayang kamu semua.. LOVE U ALL